.Hati ini milik DIA.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam'alaik..






Hati kita milik DIA..
Andai ia pernah terluka..
sembuhkanlah..
Andai ia telah kotor dgn dosa..
sucikanlah dgn memohon keampunanNya..
sesungguhnya Dia maha pengampun...

Andai satu masa engkau pernah terleka
sehingga hanyut dgn dosa..
Kembalilah pada DIA dan bertaubatlah dgn ikhlas
hanya keranaNya..

Hanya Dia yg maha mengetahui..
apa yg tersirat dalam hatimu..
Dia jugalah yg mengampunkan dosa kecil jua yg besar..
Subhanallah..Pemurahnya Engkau Ya Rabb..

Sesungguhnya diri ini merasakan terlampau hina disisiMu..
terlalu byk dosa yg dilakukan dlm sedar mahu pun tidak..

Ya Rabbul Izzati..
andai hati ini telah terlalu hitam warnanya..
izinkan aku bersihkannya dgn namaMu..
Izinkan aku hiaskan ia dgn sedikit NUR dariMu..

Ya Allah..
kerana Engkau pemilik sekeping hati 
yg sering lagho dgn dunia ini

ku memohon..
ampuni diriku atas segala kekhilafanku.
Izinkan aku kembali padaMu.
terimalah taubat hambaMu..
sesungguhnya Engkau maha pemurah lagi maha pengampun

amin...

Hati ibarat tanah,ia boleh gersang dan hati yg gersang tidak akan menumbuhkan lagi pokok² kebaikan. Hati gersang disebabkan tidak berzikir, dan tidak selalu mengingati mati.

.::Ingatan buat diri dan sahabat²::.

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Indahnya Ukhwah.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


image by google


Salam'alaik...

Tersenyum tidak bermakna gembira
ceria tidak bermakna bahagia..
tenang hatinya tidak bermakna setenang raut wajahnya..
indah matanya tidak bermakna seindah perjalanan hidupnya

Andai yg dilihat itu bahagia..
selamilah kelukaannya..
andai yg dilihat itu gelak dan tawa
rasailah kepedihannya..

Ukhwah itu mudah
Ukhwah itu indah..
Ukhwah juga pembawa riang tawa dan mesra
ukhwah jualah yg menghapuskan mutiara jernih
tatkala ada yg menitiskan tanpa sengaja..

Ya Allah..
Manisnya anugerahMu
Indahnya nikmatMu..
Lebih indah lagi kerana ia terjalin diatas jalanMu

Ya Rabb..
Alhamdulillah ku amat bersyukur
mengenali mereka yg selama ini tidak pernah ku kenal..
semoga ukhwah ini terjalin buat selamanya..
insyaAllah..

.::Buat sahabat² tercinta, uhibbukum fillah abadan abada::.


p/s: Maaf lame x post entry agak busy dgn assignment :)

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic