Ya Akhi
satu nama yg indah diberi
penuh bermakna,
Cahaya Yang Terpuji
terlakar disanubari..
terpancar bercahaya dari mata yg terang sinarnya
Wajahmu bersih dihiasi senyum nan ikhlas,
terukir hati yg jujur berhias kata² yg luhur
terzahir dibibirmu yg petah bicaranya
Kata²mu tajam,
lebih tajam dari belati yg menghiris
sekeping hati yg lembutnya lebih
lembut dari sehelai sutera..
lembut dari sehelai sutera..
Tapi jujur diakui
setiap patah yang terlahir
semuanya berisi semuanya bermakna..
baik tersurat mahu tersirat
mengingati diri agar
pelihara akhlak dan hati
Ya Akhi,
semoga akhlakmu seiring dgn indahnya namamu
tingkah laku mu dididik agar teguh seperti
Muhammad kekasih-Nya
Semoga semangat jihad mu kuat
umpama jihad Rasulullah tercinta
tegas sikapmu biarlah mengikut sunnah
agar dapat menjadi imam pada yg
bakal dipimpin mu kelak..
wahai akhi,
Keutuhan persahabatanmu biarlah
manisnya terasa sebagaimana Muhammad
menjaga ukhwahnya dan para sahabat..
tidak aku minta hartamu
tidak diinginkan berdampingan sentiasa
cukuplah sekadar mendorong dan memimpinku
untuk sentiasa dekat dgn-Nya
tidak juga aku tagih kata² manis dan puitis
tetapi cukuplah dengan
mendidik hatimu untuk memelihara
pada yang diniatkan menjadi halal buatmu
yg bakal melengkap tulang rusukmu
dan yg bakal menjadi ibu pd zuriat mu
bukan hanya sekadar lafaz yg terlahir dibibir
tetapi masih blm pasti di ruang hati..
Tarbiyah diri dgn ilmu yg tinggi
mendalami agama dgn iman dihati
nawaitu yang ikhlas dan suci pelengkap
peribadi mulia yang mengiringi langkah dihati
andai kau yang dipilih Allah
untuk membimbingku hingga ke jannah
akn dijaga sekeping hati ini untuk mu
hingga masa yang tepat untuk dizahirkan
lafaz ijab qabul hanya itu yg dinantikan..
andai kau yang dipilih Allah
untuk membimbingku hingga ke jannah
akn dijaga sekeping hati ini untuk mu
hingga masa yang tepat untuk dizahirkan
lafaz ijab qabul hanya itu yg dinantikan..
insha'Allah..
:)
notahati | Ya Allah Jika dia benar untuk dekatkanlah hatinya dgn hatiku, jika dia bukan milikku damaikanlah hatiku dgn ketentuanMu..
By:
♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫
No comments:
Post a Comment