Showing posts with label .Psikologi.. Show all posts
Showing posts with label .Psikologi.. Show all posts

.DIA atau dia di hati??? .

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Salam'alaik ukti wa akhi :)



Hati...hati oh hati...
berhati-hatilah dgn hati...

Masalah tentang hati ni tak putus-putus dtg, ujian dari Allah yg agak berat kerana kdg-kdg mengelirukan hati sendiri. Kdg² tenung ke hadapan dan mencari penjelasan yg ringkas tp bermakna kerana terselit jawapan yg di cari. *erk..fhm ke?* 


DIA atau dia yg di hati???
Di mana DIA di hati ni???
adakah lagi ruang untung dia di hati??

Persoalan yg bermain-main dlm fikiran. Kata org kita kena seimbangan, DIA sudah tentu ada ruang di hati ni kerana DIA yg maha pencinta tp dia pula?? Seorg sahabat kata, "dia ada ruang di hati tp jgn letakkan dia memenuhi ruang hatimu sehingga tiada ruang untuk DIA." *Fikir sejenak* Mungkin dari pengalaman atau pun kisah silam takut nk membuka hati untuk dia tapi lebih mengutamakan DIA...

Allah tu maha adil..ada sesuatu yg DIA aturkan, bkn ke perancangan kita usaha dan perancangan Allah itu takdir? Kecewa sekali tak bermakna akan kecewa berkali-kali. Janji Allah tu pasti. Pernah mengeluh, pernah menangis tapi bkn selama-lamanya kena mcm tu kan?? Andai pernah tersungkur bangunlah..andai pernah sakit ubatilah..mengadu dgn Allah, bercerita dgn DIA insha'Allah itu ubat yang terbaik untuk hati.

Hurmmmm diri ini masih tercari-cari jawapannya...tgh menggodek-godek blog terbaca blog seorg ukhti...
Bagaimanakah CARANYA untuk membuatkan diriku DICINTAI oleh seseorang..? 
Ibnu al-Qayyim menjawab, "CINTAILAH ALLAH, nescaya ALLAH akan MENGHADIAHKAN seseorang yang juga MENCINTAI_NYA untuk DIRIMU. 
Imam Syafie pula menjawab, "..Jangan cintakan orang yang tidak cintakan ALLAH, kerana jika mereka boleh tinggalkan ALLAH, mereka juga boleh tinggalkan kita.." 
-Syukran Kak Fizah^^-

Subhanallah,betu-bertul terkesan di hati, mungkin ke Allah nak berikan jwpn dlm bentuk ini??? atau pun ini petunjuk?? wallahualam. Semoga diriku kuat..inshaAllah...




notahati | ckp soal hati tak pernah habis..jodoh tu urusanNya... kuatankan hati ^^

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Cinta itu Ujian.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Assalamualaikum...

Alhamdulillah msih dpt bernafas hari ini untuk meneruskan penulisan. Sepanjang berdiam diri byk yg dihadapi dan dilalui, byk juga yg dipelajari. Alhamdulllah Allah masih menyanyangi hambaNya yg satu ini. Ujian demi ujian yg diberi, kadang kala jatuh juga sebab terasa tak mampu untuk hadapi sendiri, tp bila difikir Dia maha adil, Dia tak mungkin uji hambaNya melampaui kemampuan. :)

Saat diri rebah terjatuh, Allah sebenarnya hadirkan insan-insan yg cukup memahami. Insan yg selama ni tak kita perasan kehadiranya disisi, insan yg selama ni diabaikan dan tak dihargai. Itu lumrah kehidupan. Kadang kala manusia alpa bila bercinta, alpa dgn duniawi dan lagha. Andai dia yg terbaik Allah akn tunjuk pd kita, andai dia punya sesuatu kekurangan juga Allah akn tunjuk. Allah sygkan kita, rindu dgn setiap tangis taubat kita sbb tu di uji dgn pelbagai keperitan. Tapi bila diuji kita pula yg meraung...masa kita lupakan Dia tak pula kita fikir betapa Dia rindu kita dkt dgnNya?

Allah hadirkan sahabat, ibu ayah untuk sentiasa beri semangat saat kita rasa kita keseorangan melalui detik-detik kecewa dan luka. Allah akn gantikan dgn yg lebih baik. Apa yg kita lupa ialah, jodoh itu rahsia Allah. Sejauh mana kita melangkah, sejauh mana kita mengejar kalau Allah tetapkan bkn dia jodoh kita.. kunfayakun, kita dan dia tetap takkan disatukan.Hentikan mengejar, hentikan menagih!... Allah merancang sesuatu untuk kita, betul jodoh perlu diusaha dan doa, tp  berhenti mengejar, ada beza antara berusaha dan mengejar :) Kejar la cinta Allah sebelum menagih cinta manusia. Belajarlah hargai Kasih syg sahabat sebelum mengabaikan mereka demi insan yg belum pasti. 


Setiap manusia pasti akn ada saat kejatuhannya, mungkin dlm pelajaran, tdklah ianya specific tentang hati sahaja. Tp kebykkannya memang saat² kejatuhan itu berkenaan hati, kerana ini perlunya hati-hati dgn hati. Fitrah yg ditetapkan Allah, ada hikmah yg tersembunyi dan kita sebagai hamba hanya mampu meneruskan langkah mengenal siapa diri dan mencari ape yg kita mahukan dlm kehidupan. Mengapai mardhatillah itu tersangatlah penting. Dalam pencarian mengenal diri dktkan hati dgn insan-insan yg mendekatkan hati mereka pdNya. Kelalaian dan alpa itu biasa tp menangkis kelalaian dan kealpaan itu luar biasa. Jgn terus hidup dlm byg-byg kisah silam. Perjuangan hidup mesti diteruskan setiap saat sgt berharga andai kita sedar kepentingan ciptaan Allah dan sekeping hati yg diberikanNya untuk bertahan di bumi ini. 

Cinta terbahagi kepada 3 dlm islam... 

  1. cinta agung dimana cinta kepada Allah dan para RasulNya, cinta ini adalah cinta yg mendorong kita kepada kebahagiaan hakiki. 
  2. Cinta pertengahan, cinta terhadap ibu bapa, sahabat dan sesama manusia. Cinta yg boleh melalaikan dan mendekatkan pd Dia,
  3. Cinta terendah yg secara ringkasnya mencintai sesuatu melebihi Allah.

Cintai Allah, Rasul, Ibu bapa, dan diri, kemudian barulah fikirkan cinta yg lain. Cinta itu boleh mendekatkan juga boleh melalaikan andai tersalah langkah. Ianya boleh jd indah boleh jd juga sengsara, Ada cinta yg sanggup mengorbankan agama, maruah. Sepatutnya cinta dijadikan sebagai pendekat antara insan dan pencipta, sebab tu cinta berlandaskan syariat sgt dituntut. Buat adik-adik yg masih bersekolah, digalakkan hentikanlah penglibatan dlm cinta palsu, perjalanan masih pnjang.Teruskan melangkah ye, menulis berdasarkan pengalaman bukan membuka pekung didada tp sebagai ikhtibar dan perkongsian kerana tak sanggup mereka yang disayangi turut merasa jalan yang penuh duri tu. Sentiasa mengingatkan diri bahawa cinta itu adalah ujianNya :) 



































notahati | kekuatan itu terus diraih dgn redhaNya...

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Istiqomah Ke Aku???.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 


Salam'alaik..

Alhamdulillah bernafas lagi., mcm-mcm ujian dtg lately and i dont really good in handle it. Masalah hati dan fikiran..ting ting! Meh nak share sikit as lesson to u guys yg mengalami situations mcm ni. Jujur ku akui *jujur taw* rase mcm berbeza sgt dari IEYRA NAZARI yg dulu. Perubahan itu perlu but why i think that my changes more to negative way. Kita nak masuk dgn org biar bawa akhlak yg baik, tu yg tersemat dlm hati. Itu jugak reason why i badly..BADLY want to study at UIA..permohonan di TOLAK sekali lgi *frust berguling* xpe sabar k wahai hati. 

A talk with a friend is needed. Even die la makhluk yg paling selalu cari masalah die jugak a good listerner and a good adviser . Pendapat die semue yg logik untuk akal menerima. Betul ckp die bertudung labuh tak bermakna kne msuk UIA. Even Uia ramai student luar. If I'm running away from the reality..the reality of my life now sape yg nak bawa dakwah dkt sini? there is a reason why i'm here!. Kalau dulu ira always ok when people talking behind me, boleh cool je why now rase cam nk hentam je.so not me. *tp x buat masih ade kesabaran :) * Kadang-kadang bile dah jadi mcm ni rase mcm ira mkn diri pun ade. "Tertny-tny istiqomah ke aku sebagaimana itiqomahnye aku yg dulu???" Kalau yg dulu die x kan membalas kata-kata yg menyakitkan tp senyum but now?? ermm renung-renungkan :) Refer balik ayat Allah dlm surah as-saff 3.
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
Rase teruk pun ade. Dlm usia 20 ni *soon!* mcm-mcm dugaan, dulu sng je ckp tp bila dtg pd diri berat sebenarnye. Kalau dulu diam je, now mengeluh, since when???? since i don't even know my self..seriously kadang-kadang akan sampai satu tahap kita akan rase nak mengalah, tapi dari situ la kene bangun n prove that we can go through all the test from HIM. MOVING ON tu yg terbaik. Nasihatkan org mmg sng tp nasihatkan diri? Think and keep thinking..tak lut langsung pd otak ni. Bak kate cupi "hang ingat hang sorang ada masalah?, hang sorang dilema??" kan??? kannnn?? rase mcm hidup sorang je kat dunia ni. Sepatutnye bile ade masalah face it ni tak, i'm running away. ade jugak yg ckp "wat ape lari jalan je la" *ni ayat mintak kne siram dgn milo ais favourite cheq ni. :P * So, what i'm trying to say is we should start a new life after we going through all the things in the past. *tok sah dok berangan la dik hang tu baru 20, tok sah dok pikiaq hal lain, blajaq dulu"  tu akk slalu ckp dan setiap kali die ulang ira sengeh je hehe. Yang penting bile ditimpa musibah jgn sesekali mengeluh..buaat ape susah-susah kejar yang tak kan dapat tunggu je die datang bergolek ;) Cinta Allah tu teramat luas...rahmat Allah terlampau besar..

".... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolonganAllah itu melainkan kaum yang kafir."

Haa see Allah dah kate jgn putus asa so be strong and keep thinking on a positive way, bukan susah pun :) Allah bg ujian untuk hambaNya sebab die tahu hambaNya mampu untuk jalani ujian tu. So now i will inshaAllah, keep trying to find my self within my self *fhm ke??* inshaAllah the new me will be better than before. Tp kne ade usaha la kan..tak de usaha ape pun tak jalan ;) Perkongsian ini sekadar untuk pengajaran, yg baik boleh di renung yg kurang perbaiki..just sharing :)


















ighfirli Ya Allah..

notahati | Jgn terlampau fikir sesuatu yang tak perlu..moving on and face the reality not dreaming in fantasy :)

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

::Mujahadah::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam'alaik..
Menulis..menulis..menulis..ini jelah yg menjadi aktiviti bile kebosanan dan x tahu nak buat ape. Tapi jgnlah leka dan lalai sampai yg wajib ditinggalkan. Jom ambil sikit mase utk bermujahadah dan muhasabah diri, jom layan lagu ni dulu :)



Kata-kata dari KH Rahmat Abdullah iaitu seorang daei..

Teruslah bergerak hingga kelelahan itu lelah mengikutmu..
Teruslah berlari hingga kebosanan itu bosan mengejarmu..
Teruslah berjalan hingga keletihan itu letih bersamamu..
Teruslah bertahan hingga kefuturan itu futur menyertaimu..
Teruslah berjaga hingga kelesuan itu lesu menemanimu..

Semakin hari titik hitam semakin membesar dalam hati kalau tidak dijaga dengan baik. Untuk menjaganya kenalah tarbiyah diri ni supaya kurangkan dgn terlalu mengingati pentas yg sementara ni.  Pentas yang mungkin membawa langkah ke taman syurga atau membawa langkah ke azab neraka.

Hari ni je dah 9 Ramadhan..cepat je rase, bulan ramadhan ni la seharusnya kita cuba sebaik mungkin melawan hawa nafsu kerana syaitan laknatullah dah pun diikat. Dibulan yg mulia ini seharusnya kita sama² mengejar redha Ilahi dan perbanyakkan ibadah terutama pada 15 mlm terakhir iaitu mlm lailatul qadar yg kita semua tahu ia digelar mlm 1000 bulan. Pada mlm tersebut Allah memberi ganjaran berlipat ganda pada org² yg bgn utk beribadah. Subhanallah besarnya nikmat Allah tu.  Jd cubalah belajar untuk menjadi seorang mujahid dan mujahidah yg bermujahadah untuk meraih keredhaan Allah. Berjihadlah dgn hati yg ikhlas, ikhlas kerana Allah. sememangnya diri ini  sering diuji dan akan terus diuji, semoga cekal hati dan terus cekal. Kesabaran yg sangat tinggi amat diperlukan semoga segala urusan di permudahkan Allah.. Ighfirli Ya Allah kerana sering terleka dgn dunia yg Engkau pinjamkan ini.

sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.(al-Baqarah:153)




By:

♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

::Istiqomah::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam'alaik..
Dah lebih seminggu berpuasa, alhamdulillah masih istiqomah tarawikh pun xde yg tinggal. Sekejap je dah seminggukan. Tapi dlm mase seminggu ni jugak ujian Allah byk yg dtg dan bakal dtg. Kuat ye hati. Dugaan,cubaan dan ujian perkara yg berbeza tapi dalam satu aspek yg same. Allah tidak pernah tidur DIA`sentiasa ada memerhatikan kita. Terasa diri ni masih byk yg belum diperbaiki. masih mencuba,masih berusaha insyaAllah boleh. Revolusi mesti diupdate dari mase ke semasakan kalau tak mcm mana nak pastikan diri ni istiqomah dlm buat sesuatu perkara..

Sebut pasal istiqomah..tawadduk pula jd persoalan. kalau dah istiqomah adekah kita tawadduk? Hrmm takut sebenarnye diri ni tak tawadduk. takut timbul rase riak dlm diri, nauzubillah minta dijauhkan. Masa pulak mmg jarang ade tambah² sekarang exam week memang x menang tgn nak pegang buku :)  Status rakan² MC110 mesti kebanyakkan pasal public speaking "speech to inform"..hari ni akan dinilai, tapi tuan punya blog ni hari khamis,alhamdulillah..walaupun berdebar nak present cekalkan hati kuatkan iman mesti boleh..Allah bersama kita. Tajuk yg menjadi pilihan hati "SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH" mmg sangat mengkagumi beliau, sultan yg termuda menakluk Konstantinople. Asalnye nak buat pasal Imam Hassan Al-Banna iaitu yg menubuhkan Ikhwanul Muslimin di mesir, juga merupakan tokoh islam tapi belum cukup ilmu nak ckp pasal die.

Khamis ni jugak kne submit outline speech to persuade. Hrmm masih berusaha, antara salah satu ujian buat diri ni. Tapi bukan penghalang utk teruskan niat..niat yg berlandaskan tanggungjawab dan amanah. Nampak tenang diluar tak bermakna hati setenang riak wajah. Hati ni tahu bakal ada hati yg terguris dgn kata-kata dan isi yg bakal disampaikan, tapi..WAJIB meneruskan..semoga yg buruk menjadi baik..tidak baik menjadi buruk..semoga dipermudahkan Allah. InsyaAllah. Semoga diri ini istiqomah dan tawadduk dlm meneruskan perjuangan...


By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Ujian + Sabar + Redha = HIKMAH.



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


   Salam'alaik..

 Alhamdulillah dapat tulis satu post lagi =) Blog ni pun insyaAllah semakin membaik, mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan Allah. Sejak 2,3 hari ni ujian yg dtg x henti,mungkin Dia nak uji sama ada diri ini kuat atau tak..insyaAllah dpt hadapi dgn tenang. Sebagai manusie biasa memang diakui hati ni x lari dari rase kecewa tp itulah ujian namanya..Allah menguji diri, Dia tak bagi ape yg ana minta tp insyaallah DIA akan ganti dgn yg lebih baik. 2 permohonan tak dpt..mungkin belum ada rezeki, atau rezeki bkn kat situ. Allah ada perancangan yg lebih baik buat diri ini. Sebagai manusia hanya mampu merancang..tp penentunya Allah..kan perancangan manusia tu usaha, perancangan Allah tu takdir. jadi bersabarlah..itu yg terbaik..

  Selalu mengingatkan diri supaya sabar dgn setiap yg terjadi, sbb ape yg jadi tu adelah ujian dari Allah utk mentarbiyah diri ni supaya lebih kuat dan mendidik hati supaya menjadi lebih tabah. Dari ujian tulah kita akan belajar utk sabar dan redha dgn ketetapan Ilahi dari setiap ujian tu pula ade hikmah yg tersembunyi. Perancangan Allah tu sgt rapi. Bersabar tak bermakna menyerah tp tekad utk terus berusaha..ada kata-kata yg berbunyi..

 "Sabar adalah sebuah kebulatan tekad, bukan kepasrahan" (Abbas As- Sisi)

 Bukan senang nak didik hati utk menyemai sifat kesabaran yg tinggi, tp insyaAllah juga dengan kesabaran akan terdidiklah hati utk menyemai sifat sabar. Istimewanya org² yg sabar adalah ganjaran dari Allah..seperti mana firmanNya..

 ".....dan Kami pasti berikan balasan kpd org yg sabar dgn pahala yg lebih baik dari apa yg telah mereka kerjakan." (Al-Nahl 16 : 96)

 Subhanallah bertapa besarnya nikmat Allah bagi org² yg sabar dan redha. Hikmahnya juga besar. kita memang seharusnya bersyukur kerana diuji. Kalau rasa² diri tu down atau lemah semangat jgn terus mcm tu..jadikan sabar,redha dan ikhlas tu sebagai kekuatan..solat tu kekuatannya..yg penting kita sebagai hamba tak putus² doakan yg terbaik insyaAllah yg tersurat akan terserlah yg tersirat akan terbentang..

Firman Allah:
"Jadikan sabar dan solat sebagai penolong,sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bg org² yg khusyuk" (Al-Baqarah 2 :45)

"Wahai org² yg beriman mintalah pertolongan (utk menghadapi susah payah dlm menyempurnakan perintah Tuhan) dgn bersabar dan mengerjakan solat krn sesungguhnya Allah menyertai (menolong) org² yg sabar" (2 : 153)

 Besarkan ganjaran dan hikmah Allah pada org² yg sabar ni..jadi hati sabarlah..ujian Allah adalah tanda cinta dariNya..sabar dan redha kerana ada hikmah yang tersembunyi Allah lebih tahu. Ingatlah Dia tak akan menguji hambaNya melebihi apa yang kita mampu..

  "..Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan sesuai dengan kesanggupan mereka.." (2 : 286)

Ujian adalah tarbiyah dari Allah untuk mendidik supaya sabar dan redha..ujian juga merupakan petanda agar kita muhasabah diri..tp kesabaran adalah tugas kita sendiri utk pastikan ianya tersemat dlm diri..sabar tu juge sebahagian dari iman.insyaAllah diri ini kuat nak hadapi ujian yg diberi..tak dpt yg ni, Dia akan gantikan dgn yg lebih baik, ada hikmahnya insyaAllah..janji Allah itu pasti..wallahualam..



By:
 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic