.Diet Rasulullah.

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.



Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.



Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)



CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

* Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.



Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:



1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.



2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).



3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.



4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).



Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya

.Tanda-tanda hati kita keras.

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan.

Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.


.Tudung moden = tudung rahib.

PERHATIAN!!!Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Rahib Kristian=Tudung Wanita Moden....(SALAM PERINGATAN)

Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!Moga selepas anda membacanya,bakal mengukuhkan jiwa anda supaya bertudung seperti Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w perkatakan BUKANNYA semata-mata berfokuskan kepada fesyen dan ingin menunjukkan bentuk tubuh anda kepada KHALAYAK RAMAI...Kepada sesiapa yang masih ingkar perintah ALLAH S.W.T dan tidak mengenakan pakaian yang menutup aurat dan bentuk tubuh anda 100%,mulakanlah langkah pertama anda KERANA sesungguhnya manusia pada hari ini lebih teruk berbanding apa yang berlaku pada zaman Jahiliyah dahulu...Mengapa saya BERANI MENGATAKAN SEDEMIKIAN???

(contoh ringkas:wanita di zaman Jahiliyah dulu,perempuan sudah tiada maruah dan menayangkan bentuk badan kepada semua LELAKI SEMATA-MATA INGIN MENARIK PERHATIAN....Benarkan,zaman Jahiliyah kembali mengungkap sejarah pada zaman KITA KETIKA INI???zaman Jahiliyah dulu anak perempuan akan ditanam hidup-hidup,TETAPI KINI tak kisah anak perempuan atau anak lelaki dibuang bertempiaran......)

JIKA ANDA MASIH BELUM MENGENAKAN TUDUNG DAN SUKA TAYANG RAMBUT ANDA kerana INGIN KAN PERHATIAN MANUSIA LAIN,sila baca huraiannya pada salah satu NOTE saya yang bertajuk

Manfaat Berjilbab jika ANDA masih belum MENGAMALKANNYA-kaitan ISLAM dan SAINS


Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.

Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.

Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...

Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..

Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..

Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..

selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..

Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).

Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen

Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta
Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat
Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan
Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..
Gambar yang sudi dikongsikan bersama antara saudara seISLAM untuk menyebarkan SALAM PERINGATAN ini...Sambutlah salam peringatan ini WAHAI WANITA YANG MASIH DEGIL!!!Ingatlah,ISLAM itu bukan hanya terletak pada nama sahaja, ISLAM itu bukan terletak pada keturunan sahaja...TETAPI Islam itu terletak pada PENGHAYATAN,PENDEKATAN DAN DIPRAKTIKKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN SEPENUHNYA TERHADAP ISLAM......

Hayatilah maksud yang tersirat pada SURAH AL-WAQIAH berulangkali...Kerana Ia Menyedarkan kepada MEREKA yang Leka Permainan DUNIA(http://www.facebook.com/notes/zameer-fisabilillah/hayatilah-maksud-yang-tersirat-pada-surah-al-waqiah-berulangkalikerana-ia-menyed/130195997032861)


p/s:Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian.Boleh dikatakan,ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas.Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???

Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.

Firman Allah s.w.t,“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)

Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.

Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak.Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.

Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan,SALAM PERINGATAN…..

Tahukah anda?setiap molekul makanan CIPTAAN barat mengandungi sistem Dajjal?Sudahkah anda lupa apa yang saya katakan dulu melalui alam maya ini mengenai sistem dajjal yang semakin hari semakin hampir mencapai tahap KESEMPURNAANNYA?

jika anda tidak tahu,masih belum terlewat untuk anda mengetahui maklumat ini.

Rajin-rajinlah MENYELONGKAR "Older post" saya yang suatu ketika dulu telah saya tuliskan dari awal...

jangan sekadar MENYELONGKAR statement yang dituliskan sahaja,TETAPI teruskan usaha anda MENYELONGKAR segala COMMENT yang tersembunyi di bawah STATEMENT tersebut...

Sudahkah anda merantau apa yang saya post sejak dari awal saya menjejakkan jari menaip di alam maya ini???Saya juga manusia lemah macam saudara-saudari sekalian juga,boleh jadi saya lebih teruk dari saudara-saudara sekalian....Tidak mustahil Allah s.w.t sengaja mengilhamkan kepada naluri saya untuk mengirimkan nasihat-nasihat dan peringatan-peringatan kepada manusia melalui kemudahan teknologi,dengan harapan ada manusia dapat memahami dan segera membuat pembetulan....



KEPADA ANDA SEMUA YANG ADA SEBARANG SOALAN/KERAGUAN/KEMUSYKILAN/TIDAK BERPUAS HATI MENGENAI SALAM PERINGATAN INI,JEMPUTLAH COMMENT DI BAWAH INI...KERANA KAMI DI SINI MENERIMA KEHADIRAN ANDA...

Berapa ramaikah di kalangan anda menyahut salam peringatan saya sejak dari awal lagi?Berapa ramaikah di kalangan anda yang menganggap negatif terhadap salam peringatan saya ini sebagai BUKAN SATU TEGURAN TETAPI SATU SINDIRAN?Berapa banyakkah antara anda yang menyebarkan SALAM PERINGATAN saya?sungguh bergembiralah malaikat yang mencatat amalan kebaikanmu dan sedihnya malaikat tatkala mencatat amalan keburukanmu…

Jika anda menutup aurat sepenuhnya(bertudung sebegini)..,TAHNIAH SAYA UCAPKAN...Moga anda selamat di DUNIA dan di AKHIRAT...Amin...Moga anda menjadi pengunjung syurga dan menetap di sana selama-lamanya...Berpesanlah kepada kaum anda juga,Moga mereka diberkati Allah seandainya berpakaian menutup aurat sepenuhnya..Bukan sekadar sedikit dan seketika cuma

.Mata oh mata knp engkau liar?.

Babak 1

Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.

Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..

Sop: Ha ah.. ok gak la.. dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia.. kau nak tengok?

Babak 2

Pada suatu hari Sop dan Meon sedang berjalan-jalan di kotaraya London. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB).

Sop: Eh, ada gadis mcam dalam KCB la...

Meon: Mana? Mana? Mana?

Sop: Tuuu...tengah jalan ramai2 depan Madame Tusod..

Meon: Ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?

Babak 3

Sop dan Meon menyambung kembara cuti musim bunga mereka di bandaraya Dublin. Cuaca semakin panas.

Sop: Astaghfirullahal azim, singkatnya skirt minah saleh tu...tak solehah langsung...! !

Meon: Eh ye ke? Yang mana satu? Yang skirt oren tu ke?

Sop: Tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..

Meon: Ha ah la..betul lah cakap kau...

Ada apa dengan mata?

Untuk jadi hebat, kita perlu menutup dan menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.

Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.

''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik''

Allah berfirman :

"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." - [Surah Al-Mulk :12]

Kalau dahulu dia tidak bertudung, atau kurang menutup aurat, perlukah kita menatap gambar-gambar 'lama' itu lagi? Fear Allah brothers... malulah sebab mereka itu sudah diberikan hidayahnya. Kita bila lagi?

Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.

Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.

.Iktibar dari penciptaan manusia.

"...(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." (Surah Al-Baqarah: Ayat 255)

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang Maha Agung. Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, manusia ialah makhluk yang mempunyai akal budi. Jika diperincikan lagi maksudnya, akal daripada aspek manusia bermaksud dapat berfikir, manakala budi pula bermaksud kebijaksanaan. Jadi bolehlah dirumuskan secara ringkas dan umum daripada segi bahasa, bahawa manusia itu adalah makhluk yang dapat berfikir dengan bijaksana.

Penciptaan Manusia

Dalam Al-Quran telah diterangkan mengenai asal penciptaan manusia yang bermula daripada tanah (Nabi Adam a.s.) kemudian seterusnya seperti mana firman Allah s.w.t.:

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu sari pati (berasal) daripada tanah. Kemudian Kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik." (Surah Al-Mu'minun: Ayat 12-14)

Perlu diingat bahawa asal penciptaan manusia di dalam Al-Quran bukanlah sebuah teori atau sangka-sangka manusia. Ini adalah hakikat penciptaan manusia yang sebenar oleh Allah yang Maha Pencipta dengan sebaik-baik ciptaan-Nya. Malahan Allah yang Maha Agung juga mampu mencipta sesuatu yang lebih baik dari manusia.

"Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Al-Mu'min: Ayat 57)

Maka mengapa manusia perlu sombong? Sombong dalam segala aspek kehidupan, daripada segi hartanya, keluarganya, pangkat dan kekuasaannya dan ilmunya.

Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia daripada tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunannya daripada saripati air yang hina. Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur." (Surah As-Sajadah: Ayat 7-9)

Sekiranya manusia merasakan dirinya hebat dengan adanya pangkat dan kekuasaan, sila perhatikan daripada apa ia diciptakan? Bukankah sperma melalui zakar yang berkongsi dengan air kencing? Manusia berkongsi tempat dengan saluran najis kencing, hinakah manusia? Tidak kira siapa pun juga, Presiden Amerika, Russia, China mahupun Sultan, Perdana Menteri hatta para Nabi a.s. sekalipun melalui proses yang sama kecuali Nabi Adam a.s., Hawa dan Nabi Isa a.s.

Akan tetapi, Allah yang Maha Agung telah mengangkat manusia menjadi makhluk yang mulia dan memberi gelaran yang terbaik. Pangkat yang terbaik dan mengatasi segala gelaran atau pangkat yang diberikan oleh manusia. Pangkat dan gelaran terbaik itu selain para Nabi dan Rasul, adalah Muslim dan kemuliaan yang paling mulia adalah manusia yang paling bertakwa di sisi Allah yang Maha Agung. Perlu diingat, manusia tidak dapat mengatasi ketakwaan para Nabi dan Rasul kerana mereka adalah maksum.

"...Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (Al-Hujuraat: Ayat 13)

Tujuan Manusia Diciptakan

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Surah Al-Baqarah: Ayat 30)

Dalam ayat di atas diterangkan tujuan manusia diciptakan adalah untuk dijadikankhalifah di muka bumi. Dalam tafsir Ibn Katsir, ayat "menjadikan seorang khalifah" bukan sahaja bermaksud untuk melantik pemimpin dalam kalangan manusia, malahan Allah berkehendak melantik para Nabi dan Rasul. Selain itu, Allah juga berkehendak menjadikan di antara manusia itu para syuhada, orang-orang soleh, wali-wali, ulama-ulama dan secara umumnya orang yang mencintai Allah serta orang-orang yang mengikuti para rasul-Nya.

Apa yang paling utama adalah Allah yang Maha Penyayang mahu memberi kenikmatan syurga kepada hamba-Nya yang ingin menikmati syurga. Jadi, adakah kita benar-benar menepati tujuan kita diciptakan? Adakah kita benar-benar mencintai Allah yang Maha Agung dan mengikuti apa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.? Adakah kita benar-benar mahukan nikmat syurga?

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." (Surah Adz-Dzariyat: Ayat 56)

Dalam ayat di atas, Allah secara jelas menerangkan tujuan penciptaan jin dan manusia, iaitu untuk menyembah-Nya. Tidak boleh dipersoalkan lagi. Mengikut Ibn Abas r.a., tidak diciptakan mereka (jin dan manusia) itu, kecuali untuk tunduk (patuh) beribadah kepada Allah secara sukarela atau terpaksa. Dalam tafsir Ibn Katsir juga menerangkan sedemikian dan ditambah, manusia disuruh beribadah kepada-Nya dan bukan kerana Aku (Allah yang Maha Tinggi) memerlukan mereka (manusia).

Jadi, adakah kita benar-benar memerlukan Allah atau kita memerlukan selain-Nya? Adakah kita lebih memerlukan pangkat, harta dan segala jenis keindahan di dunia melebihi rahmat dan penjagaan Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang?

"Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggungjawaban)?" (Surah Al-Qiyaamah : Ayat 36)

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis mani yang bercampur, yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat." (Surah Al-Insaan: Ayat 2)

Manusia diberi ujian berupa tanggungjawab melaksanakan perintah dan menjauhi larangan di bumi sebelum diadili di akhirat, iaitu penentu sama ada masuk syurga atau neraka.

"Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Surah Al-Mu'minuun: Ayat 115)

Penciptaan Anggota Badan

"Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu." (Surah Al-Infithaar: Ayat 7-8)

Allah yang Maha Penyayang telah menciptakan manusia dengan tubuh badan yang sempurna, seimbang dan rupa yang menarik. Malah keupayaan berfikir otak termasuk bahasa dan percakapan juga telah sempurna semenjak penciptaan Nabi Adam a.s.

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." (Surah Al-Tin: Ayat 4)

Anggota badan telah diletakkan sesuai pada tempatnya dan mudah digunakan. Jari-jari yang fleksibel, mata yang dilengkapi alis mata dan semua penciptaan asal dari Allah telah sempurna dan sesuai pada tempatnya. Samakah penciptaan anggota tiruan manusia dengan penciptaan original oleh Allah yang Maha Agung?

  1. Manakah yang lebih baik antara tangan tiruan ciptaan manusia dengan tangan original ciptaan Allah? Jawapan: Tentulah yang original.
  2. Manakah yang lebih baik antara kaki tiruan ciptaan manusia dengan kaki original ciptaan Allah? Jawapan: Tentulah yang original.

  3. Manakah yang lebih baik antara pendengaran (telinga) dan penglihatan (mata) tiruan ciptaan manusia dengan mata dan telinga original ciptaan Allah? Jawapan: Tentulah yang original.

  4. Manakah yang lebih baik antara hukum tiruan ciptaan manusia dengan hukum original (Al-Quran) ciptaan Allah? Jawapan: Jawablah dengan penuh kejujuran dan keikhlasan. Nikmat manakah yang hendak kita dustakan lagi?

Persoalan

Antara Sifat-Sifat Semula jadi Manusia

1. Mengakui Kewujudan Tuhan

Semua manusia telah diciptakan oleh Allah berada dalam keadaan mengakui akan kewujudan yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu sama ada secara sedar atau tidak.

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui..." (Surah Ar-Ruum: Ayat 30)

Disebabkan oleh manusia sudah fitrahnya (fitrah disini bermaksud pembawaan atau sifat-sifat semulajadi) mengakui akan kewujudan Tuhan, maka manusia perlu mencaribagaimana memohon (mengadu nasib, melepaskan diri dari kesulitan dan sebagainya) kepada Tuhan. Maka diutuskan para Rasul untuk memberi penjelasan kepada manusia mengenai Tuhan yang wajib disembah dan sebenar-benar tempat bermohon, iaituhanya menyembah Allah yang Maha Esa dan tidak mensyirikkannya (agama tauhid).

Oleh sebab itu, wajiblah bagi manusia untuk menuntut ilmu. Ilmu yang diajarkan oleh para Nabi dan Rasul supaya tetap di jalan agama Allah yang lurus dan tidak terjerumus dalam kesyirikan dan melanggar fitrah yang ditetapkan oleh Allah yang Maha Agung. Perumpamaannya, seperti fitrah bumi dan bulan yang beredar dalam orbitnya. Andai kata bumi dan bulan melanggar sifat semulajadinya, pasti hancur keduanya berlanggar sesama sendiri. Begitu juga manusia, jika melanggar fitrahnya,maka porak perandalah sistem kehidupan.

2. Dorongan Fisiologi

Dorongan fisiologi disini bermaksud pentadbiran sistem badan tanpa sedar atau tanpa perlu berfikir dan tanpa kehendak. Ini adalah salah satu nikmat terbesar daripada Allah dan sangat diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupan dan mengembangkan populasi manusia di muka bumi. Sesungguhnya Allah Maha Teliti ciptaan-Nya.

"Musa berkata: Tuhan kami ialah (Tuhan) yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian memberinya petunjuk." (Surah Thaahaa: Ayat 50)

a. Contohnya, perjalanan sperma, jantung yang berdegup, kefungsian buah pinggang, kelenjar pituitari, sistem pernafasan dan pelbagai lagi nikmat yang dikurniakan kepada manusia secara semulajadi tanpa manusia perlu berfikir untuk melakukan itu semua.

Persoalannya, berapa ramaikah di antara manusia pernah bersyukur akan nikmatjantung, buah pinggang, hormon dan pelbagai lagi nikmat-Nya? Pernahkah walau sekali ketika selepas solat kita berdoa agar Allah yang Maha Penyayang mengekalkan nikmat mata yang berkelip, jantung yang berdegup atau sekurang-kurangnya mengucapkan syukur atas nikmat yang tidak terhingga ini?

b. Termasuk dalam dorongan fisiologi adalah nafsu. Nafsu bermaksud dorongan hati atau keinginan yang kuat. Kadangkala kita juga memerlukan kehendak, contohnya apabila lapar, perut perlu diisi. Maksudnya kita tidak perlu berfikir samada perlu lapar atau tidak. Ia berlaku secara semulajadi.

"(Nabi Yusuf a.s berkata) Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Yusuf: Ayat 53)

Ini bermaksud nafsu itu adalah rahmat dan nikmat kepada manusia, tetapi dorongan hati yang kuat untuk melakukan kemaksiatanlah antara punca kejahatan dan ia dipanggil hawa nafsu. Apa yang paling penting adalah, manusia perlu mengenal dan memahami perbezaan nafsu dan hawa nafsu dan bukan memeranginya, tetapi mengendalikannya kerana ia sebahagian daripada fitrah manusia. Bagaimana mungkin kita memerangi fitrah Allah yang Maha Pencipta segala sesuatu?

Ciptaan Allah yang Maha Agung adalah sempurna dan tiada kekurangan sebesar zarah sekalipun; mahupun yang lebih kecil daripada itu. Setelah menciptakan, Dia tidak pula membiarkannya begitu sahaja seperti di dalam ayat di bawah:

"Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, dan bulan apabila mengiringinya, dan siang apabila menampakkannya, dan malam apabila menutupinya (gelap-gelita) dan langit serta pembinaannya, dan bumi serta penghamparannya, dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya." (Surah Asy-Syams: Ayat 1-10)

Oleh sebab manusia diberikan nafsu, maka diilhamkan kepada manusia jalan kefasikan dan ketakwaan. Maksudnya dalam tafsir Ibn Katsir adalah 'diberi kefahaman kepada manusia mengenai jalan kebaikan dan keburukan'. Jadi, manusialah yang memilih mahu berbuat kebaikan atau keburukan berdasarkan tahap pengendalian nafsunya.

Sumpah Allah yang Maha Agung dalam ayat di atas dimulakan dengan penciptaan yang lebih besar daripada penciptaan manusia, iaitu penciptaan alam semesta serta penciptaan langit dan bumi serta memberi peringatan kepada manusia bahawa segala sesuatu adalah ciptaan Allah yang Maha Agung termasuk jalan kefasikan dan ketakwaan. Sila perhatikan akhir Surah Asy-Syams bagaimana orang yang cenderung mengikut hawa nafsu mengakhiri hidupnya.

3. Dorongan Kerohanian atau Spiritual

"Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat." (Surah Al-Baqarah: Ayat 265)

Manusia fitrahnya menyukai kebaikan, ketenteraman, rasa kasih sayang, hatta penganiaya, perompak atau orang yang zalim seumpamanya juga mahukan kebaikan, kasih sayang dan suasana yang harmoni. Contohnya, seorang pencuri akan berasa marah bila barangannya sendiri dicuri atau peragut juga akan berasa marah jika dia sendiri diragut serta penjajah juga akan berasa marah bila negaranya sendiri dijajah. Ini adalah fitrah manusia yang sentiasa inginkan kebaikan.

Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 265 di atas diterangkan, manusia yang membelanjakan hartanya di jalan Allah yang Maha Agung dan benar-benar yakin akan pahala amal perbuatannya itu (Rujukan Ibn Katsir). Daripada aspek lain, manusia berusaha memenuhkan atau memuaskan keperluan rohaninya dengan cara berbuat perkara-perkara kebaikan.

Persoalannya, jika manusia secara semulajadi inginkan kebaikan, mengapa ramai manusia yang berbuat kejahatan? Apakah yang memperdayakan manusia sehingga derhaka kepada Allah yang Maha Tinggi?

Jawapan : Ini disebabkan manusia terpedaya dengan hasutan syaitan yang memang membenci dan bersumpah untuk menyesatkan semua manusia. Manusia juga gagal melawan hasutan syaitan kerana kegagalan mengendali hawa nafsunya dan kegagalan mengendali hawa nafsu pula disebabkan tiada ilmu (Rujuk artikel Tipu Daya Iblis Zaman Ini dan Tujuan Menuntut Ilmu).

Antara Sikap dan Perangai Manusia

1. Tergesa-gesa

"Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perIihatkan kepadamu tanda-tanda azab-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera." (Surah Al-Anbiyaa': Ayat 37)

Manusia bersifat tergesa-gesa dalam pelbagai urusan harian termasuk juga dalam hal keagamaan. Contohnya dalam berdoa, solat dan lain-lain.

2. Berselisih Pendapat

"Manusia dahulunya hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih. Kalau tidaklah kerana suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu, pastilah telah diberi keputusan di antara mereka, tentang apa yang mereka perselisihkan itu." (Surah Yunus: Ayat 19)

Berselisih pendapat dan kepelbagaian pendapat mempunyai maksud yang berbeza. Berselisih pendapat bermaksud bersengketa atau tiada muafakat serta berpecah belah. Manakala kepelbagaian pendapat bermaksud berbagai-bagai atau bermacam cara. Contohnya, kepelbagaian pendapat para sahabat radiyallahu anh dan para ulama mazhab terdahulu adalah berdasarkan pemahaman mereka dalam Al-Quran dan Hadis dan semua pendapat mereka adalah benar.

"Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri..." (Surah Al Baqarah: Ayat 213)

Tetapi, bukankah Allah yang Maha Agung yang menciptakan jalan kefasikan dan ketakwaan? Mengapakah Allah yang Maha Agung mencipta perselisihan pada hamba-Nya? Perlu diingat segala perkara yang manusia gelar sebagai kebaikan mahupun keburukan adalah datang dari Allah yang Maha Agung, kebaikan adalah rahmat-Nya, keburukan juga rahmat-Nya sebagai ujian pada manusia, seperti dalam,

"...Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu, dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka (iaitu orang yang bersepakat membuat hukum sendiri dan meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah)." (Surah Al-Maa'idah: Ayat 48-49)

Ayat di atas juga adalah satu perintah agar tetap berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah dan tidak membuat keputusan berdasarkan logik yang terdorong oleh hawa nafsu semata-mata terutama mengenai prinsip-prinsip Islam termasuk dari segi struktur pemerintahan, perundangan, pendidikan, sistem kemasyarakatan, ekonomi dan kerohanian. Kecacatan salah satu dari sistem tersebut bermakna keruntuhan tamadun atau khilafah Islam.

Ini bermakna, salah satu cara asas dan umum bagi mewujudkan kembali khilafah Islam dan menyatukan umat Islam adalah dengan kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dengan sebenar-benar pemahaman (pemahaman sahabat r.a., tabiin dan tabiut tabiin), bukan pemahaman sendiri dan logik akal semata-mata, malah agama tidak didasari dengan logik sepenuhnya kerana akal manusia terbatas.

3. Zalim dan Bodoh

"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh..." (Al Ahzab: Ayat 72)

Amanat seperti ayat di atas mengikut Tafsir Ibnu 'Abbas r.a bermaksud ketaatan atau perintah dan larangan. Sebelum ditawarkan kepada Nabi Adam a.s, ditawarkan kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi ditolak kerana takut melanggar perintah Allah yang Maha Agung. Setelah itu Allah yang Maha Agung menawarkan kepada Nabi Adam a.s dan diterima oleh Nabi Adam a.s. Firman-Nya kepada Nabi Adam a.s,'Jika engkau berbuat baik, engkau diberi balasan, jika berbuat buruk, engkau akan disiksa.' (Rujukan tafsir Ibn Katsir).

Maksud manusia menjadi zalim dan bodoh kerana setelah tahu wujudnya syurga dan neraka, mereka tetap mahu mencari jalan menuju ke neraka dan setelah nampak kebenaran mereka memilih kesesatan. Mohon semoga Allah yang Maha Penyayang melindungi kita dari azab api neraka. Hanya kepada Allah yang Maha Penyayang kita mohon pertolongan.

4. Mengeluh dan Kikir

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir." (Surah Al-Ma'aarij: Ayat 19)

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Seburuk-buruk perangai yang ada pada seseorang ialah sifat bakhil lagi gelisah dan sifat pengecut lagi pasif."
Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud, dinukil daripada tafsir Al-Munir.

Sebenarnya terlalu banyak untuk diterangkan mengenai sikap dan perangai manusia serta sifatnya seperti lemah, lalai, dengki, berbantah-bantah dan sebagainya. Manakala sikap dan perangai manusia yang baik adalah lawan pada keburukannya.

Kesimpulan

Bersyukur kita kepada Allah yang Maha Agung yang telah menciptakan manusia dan menyempurnakannya. Janganlah kita melanggar fitrah yang telah ditetapkan kerana perlanggaran itu boleh membawa kemudaratan yang besar pada manusia seperti yang terjadi pada umat Islam kini. Semoga Allah yang Maha Agung menyatukan umat Nabi Muhammad saw dan memenangkan kaum muslimin terhadap orang-orang kafir. Segala puji-pujian bagi Allah yang Maha Agung.

"Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbih kepadaNya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Hasyr: Ayat 24)


 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic