.Bangkitlah Islam..

Salam...

    Alhamdulillah akhirnya dpt download video ni n video lain, dgn bantuan kak yana..thx kak :D Dgr video ni betul2 semangat..rase smgt nak buat perubahan diri dan masyarakat..same2 berhijrah insyaAllah..:) tkt jugak dgn jajahan minda ni..mudah-mudahan video ni dpt memberi semangat pada semue juge dijadikan iktibar insyaAllah :)


By:

.Fadhilat membaca surah yassin.

Rasullulah S.A.W telah bersabda yang bermaksud;
Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan, iaitu:-
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi "kenyang".
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat "pakaian".
3. Jika orang belum berkawin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika "terpenjara" akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar dari pada penyakitnya.
11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Yassin. Barang siapa membaca surah Yassin, niscaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari,turunlah beberapa malaikat berbaris bersama malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mau memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Siapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya, tetapi barang siapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Berwasiat-wasiatanlah dengan kebenaran dan kebajikan walaupun itu cuma sehujung jarimu.


.Hukum mewarna rambut.

Umat Islam dibenarkan mewarnakan rambutnya. Berikut ini kami terjemahkan fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi mengenainya

(Al-halal Wal haram Fil Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi, hal.89-09):

Sebahagian dari perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan wambut atau janggut yang telah beruban. Telah datang satu riwayat yang menjelaskan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mewarna rambut dan mengubahnya dengan beranggapan, antaranya ialah berhias dan memperelok diri itu dapat menghindarkan erti peribadatan dan beragama. Sebagaimana yang dilakukan oleh para rahib dan ahli-ahli zuhud yang bersikap berlebih-lebihan.




Tetapi Rasulullah s.a.w. melarang mengikut (taqlid) kepada suatu kaum dan mengikuti jejak langkah mereka, supaya umat Islam sentiasa mempunyai keperibadian yang berbeza, zahir dan batin. Dan, diriwaytakan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya orang-orang Yahudi tidak mahu mewarnakan rambut, oleh itu berbezalah kamu dengan mereka.
(HR Bukhari).

Amar (perintah) di sini mengandungi maksud sunat, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para sahabat, seperti Abu Bakar dan Umar. Manakala yang lainnya tidak melakukan (mewarna rambut), seperti Ali, Ubai bin Ka’b dan Anas.

Tetapi,
dengan warna apa dibenarkan mewarna rambut?
Apakah dengan warna hitam atau warna-warna lain?
Atau mesti mengelakkan dengan warna hitam?

Orang yang telah tua, ubannya telah merata semada di kepala ataupun di janggut, tidak selayaknya mewarna dengan warna hitam. Oleh itu, ketika Abu Bakar membawa bapanya Abu Qufahah ke hadapan Nabi s.a.w. pada hari penaklukan Mekah, Nabi melihat rambutnya seperti pokok Thughamah yang terlalu putih buah dan bunganya. Nabi bersabda: “Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam.”
(HR Muslim).

Manakala mereka yang tidak sebaya dengan Abu Qufahah, tidaklah berdosa apabila mewarna rambutnya dengan warna hitam. Dalam masalah ini al-Zuhri telah berkata:
“Kami mewarna rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah sudah berkedut dan gigi sudah goyang, kami tinggalkan warna hitam.”
(Fathul Bari)

Segolongan ulamak salaf membenarkan mewarna dengan warna hitam, mereka ialah Saad bin ABi Waqqas, uqbah bin Amir, Hasan, Husain, Jarir dan selainya.

Sebahagian ulamak berpendapat tidak boleh dengan warna hitam kecuali dalam keadaan perang agar dapat menakutkan musuh. Kerana mereka akan melihat semua tentera-tentera Islam masih kelihatan muda.
(Fathul Bari).

Dan di dalam sebuah hadis riwayat Abu Zar mengatakan: “Sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarna uban ialah pokok inai dan katam.”
(HR Tarmizi dan ash-habusunan)

Katam adalah satu pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna berwarna hitam kemerah-merahan. Dan Inai berwarna merah.

Anas bin Malik meriwayatkan, bahawa Abu Bakar mewarna rambutnya dengan inai dan katam, manakala Umar hanya dengan inai sahaja.

*****intaha al-Qardhawi****

———-
Masalah:
Namun amat disayangkan sekali pada hari ini.. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Jika melihat kepada saranan nabi kepada kita agar mewarnakan rambut apabila telah beruban agar kita ini berbeza dengan orang Yahudi (kafir), namun sekarang ini sebahagian dari kita mewarna rambut kerana tidak ingin berbeda dengan orang kafir.

Sudah menjadi tabiat, bangsa yang lemah meniru bangsa yang kuat. Dan, kerana orang barat rambutnya berwarna perang, maka sebahagian anak-anak muda Islam mewarnakan rambutnya dengan warna perang. Supaya kelihatan seperti orang barat. Mereka melakukannya kerana kagum, kasih dan cintakan kaum berkenaan. Sebahagiannya mewarna-warnikan rambut kerana mengamalkan budaya punk.

Adalah tidak wajar jika mereka mengatasnamakan sabdaan Rasulullah s.a.w. terhadap perlakuan mereka ini. Mereka berbuat demikian bukan sebab sabdaan Nabi atau secara bersahaja, tetapi kerana fikiran dan jiwa mereka sudah terpaut dengan kaum kafir atau budaya tertentu. Syarak tidak mengiktiraf perlakuan begini.

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia tergolong di dalam kaum itu.”
(HR Abu Daud)

———–
2. Masalah tidak sampai air ke anggota wuduk dan hadas.
Para ulamak telah ijmak mengatakan wajib menyampaikan air ke tubuh badan samada mandi atau wuduk, kecuali ketika darurat. Sebab itulah kita diperintahkan supaya menyelat-nyelati jari dan menggerak-gerakkan cincin agar air dapat sampai ke kulit. Dalilnya ialah hadis riwayat al-Khamsan dan disahihkan oleh al-Tarmizi dari Laqith bin Shabrah. Dan hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Daruquthni dari Abu Rafi’ dengan sanad Dha’if. (Lihat Ahsanul Kalam fil Fatawa Wal Ahkam, vol 1, hal.
57-58)

————————
Kembali kepada soalan: Apakah pewarna dari syarikat tertentu yang ada tanda halal boleh digunakan?
Jawapan secara umumnya adalah berdasarkan kepada dua penjelasan di atas. Ia boleh digunakan jika produk berkenaan:
1. Bebas dari najis.
2. Tidak menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau mandi hadas.

Masalah ini samalah dengan masalah pewarna kuku. Islam membenarkannya tetapi bahan yang digunakan mestilah menepati ciri-ciri di atas. (ibid)

Dan, jelaslah di sini, bukan perbuatan mewarna itu yang diharamkan tetapi bahan yang digunakan. Kerana ia membabitkan sah atau tidaknya pengangkatan hadas besar dan kecil. Melainkan jika seseorang itu selepas memakainya tidak berhadas langsung samada besar ataupun kecil.

————
Untuk mengetahui samada bahan berkenaan menghalang air ataupun tidak, kami kira tidak susah. Jika ia berfungsi seperti inai atau za’faran atau kunyit, maka tidak mengapa. Jika ia sebagaimana minyak hitam (motor dsbnya), cat dsbnya, sudah tentu ia menghalang air.

.Sebelum mata terlena - Hijjaz.




Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku si pembaringan
Mengenang nasib diri

Yang kerdil lemah bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titan sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpah hidayahMu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata
Tak mampu membasuh airmata ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanya rahmat dan kasih sayangMu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahMu
Andai esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku

Selimuti diriku
Dengan sutra kasih sayangMu
Agar lena nanti ku mimpikan syurga yang indah
Abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga Firdausi
Oh Ilahi

Di sepertiga malam
Sujudku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdianku padaMu

.Cerpen : Permata buat suamiku.. [kalaulah aku boleh jd mcm ni]


"Sudah lima tahun Man, lima tahun! Sudah lama benar kau kahwin dengan perempuan itu! Jangankan tiga, seorang cucu pun Mak tak dapat lagi!"
Datin Syuhada sudah tidak dapat bersabar lagi. Sikap acuh tidak acuh Azman benar-benar membuatkan dia naik darah. Ini bukan kali pertama Datin Syuhada naik angin. Sudah hampir seratus kali agaknya Azman mendengar bebelan yang sama setiap kali dia datang menemui ibunya itu.
"Dulu Mak dah cakap. Jangan kahwin dengan perempuan itu. Dia tu mandul! Tengok muka dia pun Mak dah tahu dia tu tak sihat. Tapi kau tak pernah nak dengar cakap Mak. Kau kahwin juga dengan dia. Sekarang kau terimalah padah akibat ingkar kata-kata Mak. Orang lain baru dua tahun kahwin pun dah ada dua orang anak, engkau ni dah lima tahun kahwin, seorang anak pun tak ada!"
Datin Syuhada terus-menerus melayan amarahnya. Betapa emosinya pada waktu itu dikuasai oleh syaitan laknatullah yang ligat menghembuskan hasutan dan kata-kata keji ke dalam hati wanita berusia separuh abad itu.
" Rezeki tu di tangan Allah Mak. Mungkin belum sampai waktunya lagi. Kalau Man sebagai suami boleh bersabar, mengapa Mak tak boleh? Susah sangat ke, Mak?", sedih Azman apabila terpaksa bertelagah dengan ibunya setiap kali mereka bersua muka.
Bukan senang untuknya mencuri masa bertemu dengan ibunya. Namun, setiap kali ada peluang bertemu, pasti isu zuriat yang akan dibangkitkan. Kadangkala Azman terfikir, andai saja ayahnya masih ada, pasti ibunya tidak akan bersikap sebegitu.
Pemergian Datuk Rosmi telah membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Terutama sekali terhadap ibunya. Ibunya kini bukan lagi seorang insan penyayang, bukan lagi seorang insan yang lembut dan sopan, juga bukan lagi seorang insan yang halus bicaranya.
Secara jujurnya, perubahan pada sikap Datin Syuhada benar-benar menyiksa batin Azman. Ayahnya pergi dengan membawa bersama sinar cahaya yang dahulunya menjadi penerang di kala siang, pelita di kala kelam.
Kewibawaan dan kehebatan Datuk Rosmi sebagai nakhoda kepada bahtera yang mereka layarkan ke lautan Ilahi benar-benar menjadikan beliau sanjungan isteri serta waris tunggalnya. Azman, satu-satunya permata yang mampu diberikan oleh Datin Syuhada dibentuk dan diasuh dengan penuh kasih sayang serta perhatian walaupun amat sibuk dengan pelbagai urusan di luar kota.
Datuk Rosmi dan Datin Syuhada sentiasa memastikan waris tunggal mereka mendapat segala yang diperlukan bagi mendepani dunia yang penuh fatamorgana yang mampu menyesatkan jiwa-jiwa yang kosong. Sejak kecil lagi, Azman dibentengi dengan ilmu serta pengetahuan dalam bidang agama. Tidak lupa juga pengetahuan duniawi yang membantunya berjaya di dunia ini.
Sungguh kiamat itu benar, dan atas kepercayaan itulah Datuk Rosmi tidak pernah leka dalam memastikan ahli keluarganya bersedia untuk menerima kedatangan hari itu nanti. Dia tidak mahu keluarganya tergolong dalam kalangan manusia-manusia yang kerugian.
Namun, sejak beliau pergi menyahut panggilan Ilahi, segala-galanya telah berubah. Rumah besar yang dahulunya terang menjadi gelap-gelita. Sunyi dan sepi tanpa cahaya Ilahi. Tidak ada lagi kehangatan serta kasih sayang di dalam rumah itu. Pernah suatu ketika dahulu Azman tersesat dari jalan yang dahulunya pernah dia lalui bersama arwah ayah tercinta. Imannya cukup rapuh ketika itu. Serapuh besi berkarat yang yang boleh hancur dengan hanya sekali jentik sahaja. Namun, cepat-cepat dia tersedar lalu membetulkan landasannya.
Alhamdulillah...Kehadiran Syakila ke dalam hidupnya memudahkan lagi usahanya kembali ke jalan Allah. Syakila, sekuntum bunga indah yang dia temui di rumah Allah terus di angkat menjadi zaujahnya sebaik sahaja dia mengenalinya melalui seorang Ustaz.
Syakila hidup sebatang kara. Hidupnya di bumi ini menumpang kasih Allah yang disalurkan melalui seorang insan mulia seperti Ustaz Hasan. Dengan keyakinan bahawa Azman akan membimbing Syakila ke jalan syurga, Ustaz Hasan dengan rela hatinya menyerahkan Syakila kepada Azman. Tidak ada sedikit pun keraguan di hatinya terhadap jejaka soleh seperti Azman. Doanya agar mereka berjaya di akhirat kelak.
***********
" Ila, Mak dah tak boleh sabar lagi! Mak dah ada calon untuk Azman. Dah lima tahun kau kahwin dengan Azman, tapi kau tak mampu nak berikan Mak walau seorang cucu pun. Mak dah tak tahan bermenantukan perempuan cacat macam kau. Sekarang kau pilih sendiri. Sama ada kau beri Mak cucu dalam masa tiga bulan ni, atau kau izinkan Azman kahwin lagi. Ingat, Ila! Azman tu satu-satunya anak Mak. Mak tak boleh terus berdiam diri andai keturunan Mak dibiarkan tak bersambung begini. Lagi satu! Kalau sampai Man tahu hal ni, kau tahulah nasib kau nanti!”
Panggilan tersebut hampir saja membuatkan Syakila rebah menyembah bumi. Berkecamuk hati wanitanya apabila kata-kata keras seperti itu dituturkan kepadanya. Hati wanita mana tidak sedih jika menerima panggilan seperti itu.
"Astarghfirullahal ‘azim..." Beristirghfar panjang Syakila sebaik saja menerima amaran keras tersebut. Sungguh tidak dia sangka, ibu mertua yang selama ini disanjungnya bagai ibu kandung sendiri sanggup menuturkan kata-kata tersebut terhadapnya. Syakila sedar siapa dirinya. Wanita yang serba kekurangn, wanita yang tidak sempurna.
Bukan dia tidak pernah berusaha. Sudah bermacam -macam ikhtiarnya dengan Azman. Namun, tidak satu pun usahanya menunjukkan hasil yang diinginkan. Syakila redha, mungkin Allah masih ingin mengujinya. Ujian ini adalah suatu tarbiah buatnya. Bibirnya tidak pernah putus berdoa kepada Allah. Doanya agar suatu hari nanti Allah akan mengurniakannya seorang permata yang bakal mendoakan dia dan suaminya di saat mereka sudah tidak ada lagi di dunia ini.
Nabi Ibrahim a.s. yang mendapat tempat khusus di sisi Allah tidak pernah mengeluh walaupun dikurniakan dengan cahaya mata hanya ketika usianya sudah lanjut. Inikan pula dirinya. Dirinya yang hanya merupakan makhluk yang lemah lagi hina di sisi Allah. Syakila yakin bahawa ujian yang didatangkan kepadanya tidak sia-sia. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Sama seperti pelangi indah yang muncul sesudah hujan di siang hari.
***********
Syakila menyambut kepulangan cinta hatinya dengan senyuman yang paling manis. Dia tidak mahu bermuram durja apabila sedang bersama suaminya. Syakila cuba memaniskan wajahnya semanis yang mungkin. Walaupun begitu, ada kesedihan di mata beningnya yang terkesan oleh Azman. Segera Azman mencari puncanya.
" Ila, kenapa ni? Kenapa isteri Abang sedih hari ni? Patutlah air panas yang Abang minum ni pun terasa sejuk je. Rupa-rupanya, ada orang tengah berduka ni....", lembut sekali bicara Azman terhadap ratunya itu. Diselitkan sedikit jenaka dalam kata-katanya tadi. Dia cuba memancing tawa Syakila.
Syakila menjadi sedikit gugup. Sungguh dia gagal menjadiaktres terbaik setiap kali berdepan dengan suami tercinta. Walaupun begitu, dia tidak semudah-mudahnya meluahkan segala rasa pahit yang sedari tadi dipendamnya jauh di lubuk hati yang paling dalam. Biarlah hempedu itu dia telan sendiri. Dengan suara yang manja, Syakila membalas gurauan suaminya.
" Abang tu la... Keluar tak ajak Ila pun. Lepas tu, tinggalkan Ila lama-lama kat sini. Sorang-sorang pula tu. Ila rindu tau..."
Azman ketawa besar. Sikap manja yang ditunjukkan oleh isterinya yang terkadang tegas itu benar-benar mencuit hatinya. Dia merangkul erat permaisurinya itu. Sungguh dia kasih akannya. Tidak pernah sekali pun dia menyesali pernikahannya dengan Syakila. Kehadiran sekuntum bunga indah ke dalam hidupnya sudah cukup untuk membuatkan Azman mengucap syukur kepada Allah di setiap hembusan nafasnya. Mereka bahagia walaupun setelah lima tahun, rumah itu masih belum dihiasi dengan tawa riang anak kecil.
*********
Lena Syakila malam itu ditemani air mata duka. Ditatapnya puas-puas wajah tenang yang sedang lena diulit mimpi di sebelahnya. Bila difikirkan semula, ada betulnya juga kata-kata ibu mertuanya tadi petang. Azman perlu meneruskan keturunannya. Syakila mula memikirkan kembali akan keputusan besar yang harus dia hadapi nanti.
Lama dia beristikharah malam itu. Pintanya agar dia diberi kekuatan dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan yang sebaiknya. Kasihnya pada Azman terlalu tinggi. Andai seorang zuriat mampu menyerikan lagi hidup Azman, Syakila rela. Dia rela berkongsi kasih meskipun hatinya bakal terluka. Apa yang penting baginya adalah kebahagiaan Azman.
"Ya Allah... Berikanlah hamba-Mu ini kekuatan dalam mengharungi cabaran dari-Mu...", rintih hati kecil Syakila. Air matanya bercucuran mengenangkan suami yang mungkin akan dikongsikan bersama wanita lain nanti.
Andai saja dia bisa menjadi sekuat Sarah. Sarah, isteri milik Nabi Ibrahim a.s. Wanita mulia yang cukup kuat untuk berkongsi kasih sayang suami tercinta bersama seorang wanita lain bernama Hajar. Wanita mulia yang akhirnya dikurniakan Allah seorang zuriat atas kesabaran serta keteguhannya.
*********
Dua bulan berlalu. Pertemuan Azman dan ibunya tidak lagi diisi pertelingkahan apabila Azman membawa Syakila dengan sebutir permata yang sedang membesar di dalam rahimnya. Sejak hari itu, sikap Datin Syuhada terhadap Syakila berubah serta-merta. Rajin sekali dia menjaga Syakila. Sungguh dia kini kasih pada menantunya itu. Menantu yang dahulu dia caci maki dek kerana kekurangannya sebagai seorang wanita. Sungguh Allah itu Maha Mendengar. Doa Syakila serta Azman yang bertahun-tahun lamanya termakbul jua.
"Ila, Abang redha Ila sebagai isteri Abang selama ini. Abang halalkan makan minum Ila. Abang ampunkan segala dosa-dosa Ila. Abang tunggu Ila kat sini. Abang tunggu Ila datang denganpermata kita. Abang sayangkan Ila.”
Azman mengucup lembut dahi isterinya yang bakal dibawa masuk ke wad bersalin sebentar sahaja lagi. Syakila tetap tersenyum manis walaupun kesakitan yang dia tanggung hanya Allah sahaja yang tahu.
Tempoh sembilan bulan menunggu kehadiran si permata cukup membahagiakan buat Azman. Kasihnya pada Syakila kian mekar sepanjang tempoh itu. Anak yang mereka gelarkan permata itu seringkali mereka perdengarkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran setiap malam. Sungguh kasihnya mereka kepada zuriat mereka yang bakal lahir itu.
**********
Tiga jam berlalu begitu sahaja. Tangisan bayi perempuan yang memenuhi ruang tersebut cukup menggembirakan Azman. Namun, hatinya tidak keruan kerana tangisan itu tidak datang sendirian. Ada tangisan lain yang mengiringinya. Azman kenal suara itu. Cukup kenal.
Dia segera merempuh ke dalam wad tanpa menghiraukan para jururawat yang sedang bertugas. Dilihatnya Syakila sedang tidur. Dia tersenyum senang. Dihampirinya jasad lemah itu. Dikucupnya dahi Syakila dalam-dalam. Namun, saat dia memberikan kucupan tersebut, dia tidak dapat mengesan hembusan nafas Syakila. Ditatapnya wajah itu puas-puas. Jasad itu sudah kaku. Tidak bergerak lagi.
Azman tersungkur di hadapan jasad kaku tersebut. Sesungguhnya, Syakila telah syahid dalam pertarungan agung itu.

.Manusia tidak ade yang lari dari kesilapan dan tidak ada yang sempurna.

Manusia adalah hambaNYA yang tidak terlepas dari melakukan dosa dan maksiat.
Tidak ada manusia yang berada didunia ini terlepas dari melakukan dosa dan maksiat
tidak kiralah dosa kecil mahupun dosa besar.Tidak kiralah dari golongan,keturunan
atau apa pangkatnya termasuk ahli ahli ibadah juga tidak lekang dari melakukan dosa
dan maksiat.Janganlah sesekali kita merasa bersih dari dosa dan yakin bila mati
nanti terus masuk syurga kerana selangkah sahaja kita bergerak kita telah terlibat
dengan dosa.Malahan perjalanan menuju ke masjid juga ada ketikanya membawa dosa dan
tidak berbaloi dengan keinginan untuk mencari redha ALLAH apabila di dalam perjalanan
bertembung dengan insan yang berlainan jenis lalu mata saling memandang ..itupun
sudah di kira maksiat.

Apakah kita mesti lari dari semua manusia di dunia ini? Apakah kita mesti duduk jauh
di dalam hutan untuk mengelakkan bertemu dengan orang lain? Sebagai manusia kita ada
keperluan untuk keluar mencari ilmu,mencari rezeki dan berbagai urusan yang lain yang
memerlukan kita keluar dari rumah.

Bila memperkatakan soal haram ini,bukan lelaki sahaja yang haram melihat wanita malahan
wanita juga haram melihat lelaki walaupun sekadar mengintai dari celah celah dinding atau
melihat lelaki buta konon lelaki buta itu tidak nampak mereka.Sesuai dengan satu kisah
yang berlaku di zaman Rasulullah. Suatu hari ketika Rasulullah sedang berehat di rumah
bersama Aisyah ra,terdengar orang memberi salam, apabila Rasulullah bangun,Aisyahpun
bangun sambil melihat sama di pintu tetapi Rasulullah melarangnya tetapi Aisyah 
menyata Wahai Rasulullah, itukan Abdulah Makhtum {seorang tukang azan yang buta kedua
belah matanya}bukannya boleh melihat tetapi Rasulullah menyatakan dia tidak boleh melihat
tetapi engkau boleh.Namun begitu untuk tujuan menuntut ilmu di haruskan.

Terlalu banyak punca punca boleh berlakunya dosa dan maksiat malahan jaraknya sejam,seminit
malahan lebih cepat dari sesaat.Subhanallah hidup sentiasa dikelilingi dosa dan maksiat.
Inilah yang di katakan oleh Rasulullah SAW:" bahawa akhir akhir zaman ini,maksiat adalah ibarat
beras dan kebaikan itu ibarat antah"
Akhir zaman yang di katakan oleh Rasulullah itu Ialah zaman di mana kita berada sekarang
Memang telah nyata kita sekarang sedang bergelumang dengan dosa dan maksiat yang tiada
kesudahannya oleh itu ALLAH swt menuntut kita untuk membersihkan diri dari gelumang dosa
dan maksiat ini dengan bertaubat dan memohom keampunan dari ALLAH setiap masa dengan
ikhlas,khusyuk dan tawadduk

Mohonlah pengampunan dari ALLAH walau sebanyaknya dosa dosa kita,Allah yang bersifat penyayang
dan pengasih malahan maha pengampun pasti akan menerima taubat hambaNYA walaupun seandainya
dosa dosa hambaNYA itu seberat dunia dan sebanyak bintang di langit ALLAH SWT tetap akan
membentangkan tangan rahmatnya dan menerima hambanya yang datang kepadaNYA dengan taubat
nasuha itu dengan penuh kasih sayang.Sedarlah bahawa ALLAH SWT amat mencintai hambaNYA
dan tidak mahu hambaNYA menderita apabila tiba di akhirat nanti.Hanya manusia yang sifatnya
sebagai hamba ini yang tidak pernah sedar dari melakukan dosa dan maksiat.Semoga sebagai
manusia yang sentiasa leka dengan dosa dan maksiat ini ,kita dapat berjumpa jalan pulang
yang hakiki disisiNYA dan sentiasa dalam redha ALLAH.Carilah ALLAH kerana ALLAH sentiasa ada
untuk memberikan kasih sayangNYA kepada kita.

.Rabithah - Izzatul islam.





Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic