.Sejarah sultan Al-Fateh vs Qiamulail.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam'alaik...
Lame x update ea hehe...xde story or idea nak tulis. Semalam ade program dkt masjid, dgn adik² KRIM and abg² Fasi PEMBINA UIA...kakak fasi x dpt hadir. Ajak la Nabilah teman sebab tido satu mlm kat masjid tu. wal program lepas maghrib,ceramah oleh Ustaz Nazri tentang pembukaan kota Konstantinaple oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Al-Fateh tu bermaksud pembuka. Smpi lepas isyak sesi ceramah. Lps tu mkn mlm..then kemas² dkt dewan kuliah ade tazkirah diikuti dgn ice breaking. Lps tu buat LDK . Alhamdulillah lancar segalanya. Sy n Nabilah berperanan jage adik² junior mlm tu sebab hari ni diorg bertolak pergi lembah Pangsun utk kem KRIM..tp diri ni ade urusan yg tak dpt dielakkan jd x dpt join akhwat2 pi kem..xpe la x de rezeki lg :) Dpt join ceramah ni pun dah bersyukur, dpt menjadikan semangat seorg sultan yg berusia 21 thn sebagai pemangkin kejayaan kelak..insyaAllah...

Image by Google

Mlm tu tido dlm kul 12, tp aktiviti senior hehe sy n nabilah story² pulak smpi kul 2 baru tidur. Ingat mase sekolah..lepas masing² tido..dlm pkl 4 terjage sebab bilik tu Ya Allah sejuknye x terkate, membeku dlm tu. Lps tu dlm keadaan terketar-ketar plus meremang bulu roma keluar le jugak pi amik wuduk before kejut adik² yg lain,tp alhamdulillah diorg bangun. Sementara tunggu ikhwan turun amk wuduk kemas² tempat tidur, tp ikhwannye x jugak muncul, dipendekkan cerite kiteorg kne Qiam sendiri..sabo je la...semalam pesan pukul 5 tepat nak qiam..tapi alhamdulillah dpt jugak qiam semalam :)  Qiam terakhir dimasjid Al-Mukarramah..

InsyaAllah next week bermulalah langkah pertama menuju gerbang kejayaan insyaAllah. Next week berangkat ke kuantan, Uni Shahputra..dip sains..alhamdulillah, peluang belajar course yg minat. Tapi dlm best dpt course yg minat rase x best jugak sebab jauh..huhu kuantan, alahai jauhnyelah...boleh ke survive? takut x boleh je..sebab x knl sape tp mcm kakak sy kate insyaAllah boleh asal pndai menyesuaikan diri :) Ade hikmahnye dpt jejauh ni, leh blajar berdikari :) Semoga segala urusanku dipermudahkan Allah..x sangke dpt course tu, perancangan kita itu usaha dan perancangan Allah itu takdir..alhamdulillah. Perjalanan pun bakal bermula, teringat bait kata lagu HambaMu ost Imam muda tu..''tegakkan perjalanan yg bakal ditempuh, tegakkan semangat bila runtuh..'' insyaAllah perjalanan ini akan diharungi dgn baik....

wassalam..

~Bittaufiq wannajah ira~

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Kerana itu yang terbaik.



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam'alaik..

Pernah suatu masa ia terguris..
pernah jua suatu ketika ia terluka..
pernah ia kecewa ditinggalkan tanpa kata..
pernah ia kemurungan dibiarkan sendiri..

Kalau dahulunya ia menangis kerana peritnya gurisan itu
kalau dahulunya ia merintih kepedihan kerana luka itu..
Hari ini ia menangis bahagia kerana pernah terguris..
hari ini ia merintih kesyukuran kerana pernah terluka..

Ya Allah..
Besarnya rahmatMu buat hamba yg kerdil ini..

kalau dahulu ia kecewa ditinggalkan bersama kebisuan..
kalau dahulu ia pernah dilanda kemurungan kerana bersendiri..
hari ini kekecewaan itulah semangatnya utk terus berdiri..
kerana kemurungan itulah dia mampu tersenyum hari ini...

pernah ia mengharap waktu itu kembali..
utk mengubah hakikat ia ditinggalkan..
menahan hati dari terluka dan terguris..

tapi hari ini..
ia mengharap agar waktu itu kembali..
agar dpt mengubah apa yg terjadi pada awalnya..
mengubah sesuatu kesilapan kecil yg tidak sepatutnya
berlaku pada awalnya..
kerana kesilapan kecil itulah ia terluka..
kerana kesilapan kecil itulah ia kecewa..

Tetapi...
Andai dahulu ia tidak pernah terluka..
pasti ia tidak tahu apa itu bahagia..
andai dahulu ia tidak pernah kecewa..
pasti ia tidak tahu apa itu gembira..

Syukran Ya Allah..
kerana dia aku terluka..
kerana dia aku kecewa..
kerana dia aku mengenal apa itu kekuatan..
semangat,ketabahan..dan..
KEBAHAGIAAN mengejar cintaMu...

Image by google


Ya Rabbul Izzati..
Hanya padaMu ku serahkan      
segala jiwa dan raga..
Engkaulah penciptaku,fitrahku..
hanya padaMu ku meminta..

Ampuni kekhilafanku 
dimasa lampauku..
kesilapan silamku..
jgnlah Engkau biarkan 
kesilapan itu berulang lagi 

Ya Rabbul Izzati..
Jgn Kau izinkan mutiaraku tumpah 
pada  perkara yg sia-sia....
kuatkan diriku agar seunggul keteguhan
Siti Khadijah...seutuh Aisyah Humaira
tiada lain yang ku harapkan..
hanya kasihMu...cintaMu..rahmatMu.

Kalau semalam aku tertanya-tanya..
knp semua ini terjadi??
hari ini aku temui jawapannya..

kerana itu yg terbaik..
setiap yg terjadi ada rahmatMu disebaliknya..
hanya kesabaran kuncinya..
alhamdulillah...:)

"....cukuplah hanya Allah bagiku...." (At-Taubah 129)

.:::Ingatan buat diri,sahabat juga umat Muhammad:::. 

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Cerpen : Ilalliqa'.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Ainul Mardhiah melabuhkan diri di atas katil. Inai yang merah dijarinya direnung penuh makna. Dia masih tidak percaya bahawa hari ini dia secara sahnya menjadi isteri kepada Raihan Shauqi, insan yang dikenali saat pengajiannya di Jordan dahulu. Mereka tidak pernah bercinta tetapi di saling mengerti bahawa dalam di dalam hati mereka, ada cinta yang berputik tanpa dipaksa. Tamat saja pengajian mereka, Raihan segera bertemu ayah dan ibu Ainul untuk meminta persetujuan untuk menyunting dirinya sebagai isteri.

Walaupun pada mulanya ibu menghalang kerana mereka baru habis belajar dan masih belum bekerja, namun Raihan bijak mengungkapkan surah Annur ayat 32 yang bermaksud:

“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui “

Ibu tersenyum namun mensyaratkan supaya Raihan bekerja dulu sebelum masuk meminang Ainul. Hari ini, Raihan sudah bergelar seorang Pegawai Hal Ehwal Islam manakala Ainul pula mula mengajar di salah sebuah sekolah agama di kawasan tersebut.

Ainul teringat bagaimana dulu Raihan selalu curi-curi memandangnya saat di universiti, walaupun ada getaran dalam hati Ainul, namun dia hanya bisa mendiamkan diri kerana Ainul percaya pada jodoh, sampailah suatu saat, Raihan berani menegurnya lantas tanpa berselindung, meminta untuk berkawan dengannya dan berjanji akan menyuntingnya seusai pengajian mereka di Jordan. Ainul hanya tersenyum dan berdoa moga ada jodoh antara mereka. Hari ini dia rasa terlalu bahagia kerana doanya dimakbulkan Allah, Raihan Shauqi telah sah menjadi suaminya.

“Assalammualaikum.” Sapaan lembut itu mengejutkan Ainul, tuntas dia menoleh. Suaminya sedang tersenyum di depan pintu.

“Ainul fikirkan abang ya?” soalan yang terbit dari mulut Raihan membuatkan wajah Ainul merona merah. Memang itulah yang sedang difikirkannya seketika tadi. Ainul memandang raut wajah itu walaupun ada segan yang masih menghuni hatinya. Wajah itu bersih, matanya yang jernih memandang Ainul dengan senyuman tak lekang dari bibir. Perlahan Raihan mendekatkan diri pada isterinya.

Raihan duduk di sebelah Ainul, matanya tak lepas dari memandang isterinya itu. Tangan Ainul dipegang erat, mata Raihan mula berkaca.

“Eh, abang ok ke?” Ainul tergamam melihat wajah Raihan. Ada titis jernih yang mengalir di pipinya. Raihan tersenyum, air matanya diseka.

“Tak ada apa-apa sayang, abang cuma terlalu gembira. Akhirnya bidadari impian abang kini menjadi milik abang. Ainul tahu tak, abang rasa sangat bertuah.”

Ainul terkesima, terharu dengan kata-kata itu. Air matanya perlahan menitis tapi pantas jemari Raihan menyeka air mata itu. wajah Ainul dikucup perlahan lantas isterinya itu dipeluk erat.

----------------------------------------------------

Raihan mengucup dahi Ainul perlahan.

“Assalammualaikum ya zawjati” bisiknya ke telinga Ainul.

Lembut Raihan mengejutkan Ainul pagi itu, Ainul menggosok matanya tuntas bangun.

“Waalaikumussalam. Pukul berapa sekarang ni abang?”

“Dah pukul 6 pagi sayang. Pergilah siap-siap, kita solat subuh sama-sama ya.” Raihan keluar dari bilik, mungkin ke bilik solat di sebelah.

Ainul bingkas bangun dan bersiap, lantas menapak ke bilik solat. Alunan ayat-ayat Al-Quran yg keluar dari bibir Raihan begitu menenangkan Ainul. Langkahnya diatur perlahan ke tempat wuduk, mencuci anggota tubuhnya satu persatu dan tertib sebelum dia masuk ke saf di belakang suaminya. Raihan yang melihat Ainul sudah bersedia segera melafazkan iqamat.

“Allahu Akbar!” Raihan mengangkat takbir.

Ainul segera turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan setelah selesai melipat telekungnya, Raihan sudah terlebih dahulu turun selesai solat tadi. Pasti abang dah lapar, bisik hati Ainul sendiri.

Sampai saja di dapur, Raihan sedang duduk di meja makan, bihun goreng telah tersedia di dalam pinggan di hadapannya dan satu tempat yang kosong, gelas berisi jus oren berada di sisi pinggan. Ainul tergamam, pelik melihat sarapan telah tersedia.

“Abang, abang dah buatkan sarapan ke?” soal Ainul kehairanan.

Raihan tersenyum lalu bingkas bangun dan menarik Ainul ke meja.

“Silakan duduk sayang...” ucapnya sambil menarik kerusi buat Ainul.

Ainul duduk perlahan namun masih tidak percaya dengan apa yang ada di depannya.

“Abang, abang masak ke ni?” soalnya lagi.

Raihan mengambil tempatnya semula sebelum memandang Ainul dengan senyuman.

“Ya Ainul, abang masak. Abang tahu isteri abang suka sangat bihun goreng kan?”

Ainul memandang Raihan dengan terharu.

“Kenapa abang buatkan sarapan? Kan Ainul yang patut buatkan? “ Ainul masih tidak puas hati.

“Sekali-sekala apa salahnya abang buatkan sarapan untuk Ainul. Bukan kewajipan Ainul pun untuk sediakan makanan untuk abang, kan?



 Rasulullah pernah bersabda,

 '‘wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik
Itu saja yang Ainul perlu buat, InsyaAllah syurga akan menanti Ainul.” Ulas Raihan dalam senyuman yang tak lekang.

Ainul terdiam. Susah untuk mempersoalkan setiap tindakan Raihan kerana setiap kata-katanya pasti ada terselit hadis Rasulullah dan firman Allah. Ainul tersenyum bahagia kerana memiliki insan yang berpegang teguh pada pesanan Rasulullah dan perintah Allah. Ainul yakin Raihan mampu membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah.

“Eh senyum sorang-sorang pulak isteri abang ni.” Kata-kata Raihan itu mengejutkan Ainul dari lamunan. Dia memandang suaminya dengan wajah merona merah.

“Ainul, tolong siapkan beg abang ya. Esok abang dah kena bertolak. Ainul letak jelah pakaian yang Ainul rasa sesuai. Abang akan pakai semua pilihan sayang. ”

Ainul mengangguk. Esok abang Raihan akan ke luar bandar atas urusan kerja, mesti aku kesunyian di rumah nanti, fikirnya sendiri.

----------------------------------------------------

Ainul menanti suaminya dengan perasaan rindu yang menebal. Hanya 3 hari Raihan pergi, namun terasa seperti seribu tahun lamanya Ainul memendam rindu.

“Assalammualaikum ya habibti....”

Ainul segera menerpa ke arah pintu. Raihan berdiri memandangnya dengan senyuman.

“Waalaikumussalam ya habibi.” Ainul menjawab sebelum tangan suaminya digapai dan dikucup.

Raihan mengucup dahi Ainul lantas isterinya itu dipeluk erat.

“Abang rindukan Ainul...” bisik Raihan perlahan ke telinga Ainul.

Ainul tersenyum sendiri, tidak menyangka Raihan meluahkan kerinduannya sebelum sempat Ainul berbuat demikian.

“Ainul pun rindukan abang sangat-sangat.”

“Ainul tahu, abang terasa sangat ketiadaan Ainul. Abang tak senang duduk, rasa terseksa di jiwa abang saat kita berjauhan. Setiap hari abang rasa nak segera pulang bertemu Ainul. ” Raihan meluahkan isi hatinya.

“Kalau macam tu, jangan berjauhan dari Ainul lagi. Ainul tak kisah mengikut abang ke mana saja asalkan dapat berada di sisi abang.”

“InsyaAllah sayang.”

Ainul tersenyum bahagia. Tubuh suaminya itu didakap erat. Hatinya dipenuhi rasa bahagia, mahu saja dia menghentikan waktu agar perasaan ini kan kekal dalam hatinya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:


“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang beriman”- (Surah Al-Baqarah 2:223)
Raihan terdiam usai membacakan tafsiran ayat itu pada Ainul selepas solat maghrib. Wajahnya kelihatan seperti memikirkan sesuatu.

“Kenapa abang?”

Raihan tersenyum memandang Ainul. “Abang teringin nak bertemu Allah di akhirat nanti. ”

Ainul terdiam, memang itu harapan setiap muslim yang beriman. Ainul juga mengharapkan sedemikian.

“InsyaAllah abang, Ainul yakin abang mampu bertemu Allah di akhirat kelak. Abang dah menjalankan tanggungjawab abang sebagai seorang muslim dengan sebaik-baiknya. Abang dah menjadi seorang suami yang terbaik yang ingin dimiliki setiap wanita. Ainul rasa bertuah sangat sebab memiliki abang.”

Raihan merenung Ainul, terharu dengan kata-kata isterinya.

“Abang juga harap, di akhirat kelak, Ainul akan tetap menjadi isteri abang.”

Ainul tersenyum, terharu dengan kata-kata itu.

“Ainul juga mengharapkan perkara yang sama. Ainul berjanji untuk menjadi isteri abang sampai syurga.”

“Terima kasih sayang.” Ucap Raihan sambil mengucup dahi Ainul.

-----------------------------------------------

Ainul terjaga dari tidur malam itu, matanya digosok perlahan sambil memandang ke arah suaminya. Raihan masih belum tidur. Matanya asyik memandang Ainul.

“Abang, abang belum tidur?” Ainul bertanya seraya bingkas duduk.

Raihan tersenyum. Wajah mulus isterinya diusap perlahan. Wajah itu begitu menenangkan jiwanya hingga dia merasakan setiap kedukaan dalam hatinya telah hilang.

“Abang tak boleh tidur. Abang rasa nak tengok wajah Ainul je sepanjang hari. Abang rasa bahagia sangat sebab memiliki sayang. ”

Ainul dapat merasakan cinta yang mendalam dalam diri Raihan buatnya. Tangan Raihan digapai lantas dikucup lembut.

“Terima kasih abang, kerana memberikan Ainul kebahagiaan yang terlalu banyak. Ainul cintakan abang.”

Raihan tergamam. Wajah isterinya direnung dalam-dalam.

“Terima kasih sayang, abang cintakan Ainul lebih dari Ainul cintakan abang.”

Wajah Ainul dikucup perlahan.

“Ainul tidurlah, mata abang belum mengantuk.”

Ainul mengangguk sebelum memejamkan matanya semula.
 

------------------------------------------------
“Assalammualaikum... abang...” Ainul cuba mengejutkan Raihan dari tidur. Tubuh suaminya digoyang perlahan. Selama ini Raihan yang bangun dahulu, tapi hari ini Raihan masih belum bangun saat Ainul sudah terjaga.

“Abang..abang..” Ainul pelik kerana Raihan masih belum terjaga. Segera dia memegang dahi suaminya. Ya Allah, panas! hati kecilnya menjerit.

“Abang, abang!” Ainul cuba mengejutkan suaminya sekali lagi. Perlahan Raihan membuka mata.

“Sayang...” lemah suaranya memanggil Ainul. Air mata yang hampir menitis diseka Ainul perlahan. Keadaan Raihan benar-benar mengejutkan dirinya.

“Abang ok ke?” soal Ainul penuh risau. Segera dia memangku kepala suaminya.

Raihan mengangguk tanpa bersuara. Wajahnya pucat lesi.

“Abang sakit kepala. Tolong picitkan kepala abang kejap, sayang.”

Ainul memicit-micit kepala suaminya dengan hati yang penuh gusar. Perlahan Raihan memegang tangan Ainul.

“Mari kita bersolat, abang dah ok.” Ajak Raihan sambil tersenyum pada isterinya itu walaupun terasa lemah dalam dirinya untuk bangun.

Usai solat, Raihan kembali lelap di atas sejadahnya. Ainul merenung wajah suaminya dalam sayu. Dahi Raihan diusap perlahan. Masih panas, bisik hatinya.

“Abang, jom kita pergi klinik ya bang.” Soal Ainul saat Raihan mencelikkan matanya. Sedari tadi Ainul menunggu Raihan bangun dari tidurnya kerana terlalu bimbangkan Raihan.

Raihan menggeleng perlahan. “Tak perlulah sayang, sikit je ni. Nanti sembuh la. InsyaAllah.” Raihan berkeras tidak mahu ke klinik.

Sudah seminggu berlalu, namun demam Raihan belum kebah. Puas Ainul memujuk Raihan ke klinik, namun kedegilan suaminya itu mengalahkan anak-anak kecil. Kemanjaan Raihan semakin bertambah sejak dia demam, mahu disuapkan makan, mahu tidur di riba Ainul, namun Ainul tidak kisah semua itu cuma kerisauannya pada kesihatan Raihan kian menebal.

“Uwek!” suara Raihan sedang muntah kedengaran di bilik air, segera Ainul bergegas ke sana, mengosok-gosok belakang suaminya itu.

Wajah Raihan pucat dan cengkung, tubuhnya kelihatan lemah tidak bermaya. Ainul memapah Raihan ke katil.

“Abang, tolong jangan berdegil lagi, mari kita ke klinik, Ainul tengok abang makin lemah.”

Raihan masih sempat tersenyum walaupun ada kesakitan yang ditanggungnya. Perlahan dia mengangguk.

“Puan kena merujuk suami puan ke hospital, keadaan dia nampak teruk. Suhu badannya tinggi, dan dah lebih seminggu dia demam. Kemungkinan suami puan menghidap demam denggi. Saya akan menghubungi pihak ambulans untuk mengambil suami puan dari klinik ini.” Kata-kata doktor itu bagaikan pisau yang menyucuk saraf Ainul. Raihan yang terbaring lemah di atas katil rawatan direnung perlahan, ada air jernih yang kian bertakung di kelopak matanya.

Saat berada di dalam ambulans, Raihan kelihatan sangat lemah, bantuan oksigen terpaksa diberikan. Ainul tidak henti dari mengenggam erat tangan suaminya sambil berdoa di dalam hati. Kerisauan kian membuak dalam dadanya. Air mata yang cuba ditahan dari tumpah, tetap turun berjuraian di pipinya.

Raihan terlena di atas katilnya di dalam wad itu. Ainul hanya mampu merenung suaminya yang kelihatan sungguh lemah. Tubuh suaminya itu diurut perlahan, dan dalam hatinya tak berhenti berdoa.

“Puan, doktor panggil.” Suara jururawat itu mengejutkan Ainul yang terlena di sisi Raihan. Perlahan dia menghampiri bilik doktor bertugas.

“Silakan duduk puan.” Doktor yg berkacamata itu mempersilakan Ainul sambil dirinya asyik membelek fail ditangannya.

Matanya beralih ke arah Ainul dan duduknya dibetulkan.

“Macam nilah puan, saya harap puan banyakkan bersabar. Suami puan disyaki menghidapi Leptospirosis, sejenis penyakit disebabkan oleh bakteria dari air kencing haiwan seperti tikus. Simptom-simptom penyakit ini memang macam penyakit demam biasa tetapi sangat berbahaya. Dah berapa lama suami puan demam?”

“Errr.. dalam seminggu doktor.” Jawab Ainul dalam getaran.

“Kalau suami puan dibawa untuk rawatan lebih awal, mungkin keadaan boleh berubah, tapi...”

“Tapi apa doktor?” pantas Ainul memotong.

“Keadaan suami puan semakin tenat, buah pinggangnya sudah dijangkiti dan sudah tidak berfungsi, anggota lain juga hampir sama, harapan untuknya hidup cuma 20%-80% sahaja.”

Tiba-tiba Ainul merasakan pandangannya gelap.

---------------------------------------------
Wajah Raihan dipandang sayu, Raihan memandang kembali wajah Ainul dengan senyuman yang sukar untuk diukir.

“Maafkan abang sayang.”

Ainul memandang Raihan kehairanan.

“Abang minta maaf untuk apa? Abang tak buat salah pun pada Ainul.” Ucap Ainul dalam esak tangis.

“Abang tak mampu nak menemani Ainul lebih lama lagi. Abang tak mampu bahagiakan Ainul dan menemani Ainul hingga tua. Maafkan abang sayang.” Raihan bersuara, air mata perlahan mengalir dari pipinya.

“Hingga saat ini, sudah terlalu banyak kebahagiaan yang abang berikan pada Ainul. Ainul sangat bersyukur kerana Allah kurniakan seorang suami sesempurna abang. Tiada apa lagi yang Ainul inginkan kerana segalanya Ainul telah dapat dengan memiliki abang. Jika Allah menjemput abang pergi, Ainul tak rasa terkilan sebab Ainul dah merasakan saat paling bahagia dalam hidup Ainul saat bersama abang.”

Raihan tersenyum. “Terima kasih Ainul. Abang sangat mencintai sayang.”

Perlahan Raihan menutup matanya.

Sudah 3 hari Raihan tidak sedarkan diri, dia hanya terbaring kaku di atas katilnya dan dibantu dengan alat penyambung hayat.

“Suami puan sudah tidak mampu diselamatkan lagi, hampir keseluruhan organ dalam badannya sudah dijangkiti bakteria itu. Saya yakin suami puan mampu mendengar. Saya nasihatkan puan supaya lepaskanlah dia pergi dengan aman.” Kata-kata doktor itu ditelan Ainul dengan perit.

Perlahan Ainul mendekati tubuh suaminya. Mulutnya dirapatkan ke telinga suaminya sebelum dia berbisik dalam esak tangis.

“Abang, jika abang tak mampu pergi, kerana risaukan Ainul, janganlah abang khuatir, nyawa baru di dalam tubuh Ainul ini akan melindungi Ainul, pewaris abang ini akan Ainul didik sebaik abang.” Ucap Ainul sambil mengusap perutnya, meluahkan perkhabaran gembira yang tak mampu diluahkan sebelum ini dek kerana kerisauannya pada kesihatan Raihan.

“Ainul berjanji, Ainul akan menjadi isteri abang di syurga kelak. InsyaAllah. Tunggu Ainul di sana ya. Ilalliqa’!” ucap Ainul sebelum melafazkan syahadah di telinga suaminya dengan harapan suaminya akan mengikut di dalam hati.

Perlahan terdengar desahan nafas Raihan yang berombak sebelum nafas itu sepi. Tiada lagi denyutan nadi. Air mata Ainul kian laju merembes di pipinya.

Wajah suaminya direnung dalam-dalam, sebelum wajah itu dikucup perlahan.

“Ilalliqa’ ya habibi.”






Credits: .Iluvilslam.



♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Saya rindu DIA dan saya cinta DIA.


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam'alaik..

Pagi² ni sunyi je..Ya Allah syahdu rasenye, tenang yg teramat. Apelah yg kalian fikir bile bace tajuk entry ni?? Pasal rindu dan cinta..pada siapa?? Pada DIA...subhanallah rindu sgt..cinta sgt..tkt kehilangan cintaNya..Kadang² terase diri ni jauh dariNya. Rindu sgt² tp kecewa bile tgok ade yg alpa dan lalai dlm mengingatiNya. Astaghfirullah, kadang² tkut kalau diri ni terus leka.
"Ya Allah jauhkanlah aku dari perkara yg melalaikan diriku dlm mengingatiMu dan lindungilah aku dari hasutan syaitan."
Entah knp skrg ni terase sibuk dgn bende lain tkt sgt² kalau sibuk dgn keduniaan dan melupakan tanggungjwb padaNya.Ampunkan aku Ya Allah...kuatkan hatiku. Kalau difikir-fikir, ramai yg selalu kata ''saya rindu dia'' tp berape ramai yg ckp ''saya rindu DIA'' ?? . Dlm sehari kita boleh meluahkan beribu kali cinta pada dia tp knp sukar utk melafazkan walau hanya sekali cinta pada DIA?? Kita takut kehilangan cinta dia tapi kenapa kita boleh relax je dan tak takut kalau hilang cinta DIA?? Astaghfirullahalazim..sedih sgt kalau jd mcm tu..Teringat buku "Siapa DIA dihatiku?" karya Pahrol bin Juoi, insyaAllah kata² dan pengisiannya yg mantap mampu melembutkan sekeping hati yg keras. Jgnlah kite sibuk mengejar cinta dia sampai lalai mengejar cintaNya..*ingatan buat diri,sahabat juga umat Muhammad.* insyaAllah...

"Cinta pada bunga,bunga akan layu,cinta pada manusia,manusia akan mati. Cinta pada Allah kekal abadi."

Ighfirli Ya Allah...

wassalam..

By:



♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Bertaubatlah sebelum terlambat.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam'alaik..

Alhamdulillah dpt share ilmu lgi :) Ade sesuatu yg menarik perhatian diri untuk berkongsi bersama sahabat tentang taubat. Ramai antara kita kurang peka tentang ni.. sering kali terleka dan lalai dgn duniawi. Sering kali terdengar kata-kata 
  • ''Esok² dah tua barulah taubat'' 
  • "Muda lagi relax dulu sekarang time nak enjoy nanti dah tua taubatlah"
  • "Mcm esok nak mati je kena taubat awal²''
Astaghfirullahalhazim...kalau tak sempat nak tua mcm mane??? Kalau jodoh dgn ajal tu dtg dulu sebelum hari tua tiba?? Ya Allah tak dpt nak bygkan meninggal dlm keadaan terkandas tanpa mujahaddah.. ingatan buat diri juga ni. Masih byk kesilapan yg berulang. Terasa sayu kalau dikenang dosa sebagai hamba. Ya Allah terlalu byk dosa yg dilakukan dlm keadaan sedar mahu pun tidak. Tiada manusia yg dpt lari dari dosa, cuma sebagai hamba kita seharusnya menyedari kesilapan kita dan memohon keampunanNya...perbaiki kesilapan dan menuju kearah yg lebih baik agar tidak terus melakukan dosa yg serupa.


"Mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon keampunan dariNya? Allah maha pengampun dan maha penyayang.." (Al-Ma'idah 74) 


Semoga hati terdidik dan iman terjaga..jum same² bace artikel ni, semoga memberi keinsafan buat kita, insyaAllah..


*Selagi nafas kita masih ada, pintu ampunan Tuhan dibuka seluas langit dan bumi. Allah Swt berfirman,
"Bersegeralah memohon ampunan dari Tuhanmu, dan mohon surga yang luasnya seluas langit dan bumi, disediakan untuk orang yang bertaqwa". (QS Ali Imran: 133)
"Kepunyaan Allah apa saja yang ada di langit dan di bumi. Diampuni-Nya siapa yang dikehendaki-Nya, dan disiksa siapa saja yang dikehendaki-Nya. Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (QS Ali Imran: 129)
Memohon ampun dan bertaubat hendaknya tidak dilakukan dengan main-main atau setengah-setengah. Setengahnya insaf, setengahnya lagi ingin kembali ke pekerjaan lamanya. Ini sama halnya dengan membiarkan benih penyakit jahat tumbuh kembali dalam diri. Bagi orang yang bertaubat mesti menanamkan niat yang kuat dalam dirinya untuk meninggalkan pekerjaan keliru sejauh-jauhnya. Tutup rapat-rapat lembaran hitam itu dan jangan cuba membukanya kembali.

Taubat nasuha (taubat yang baik) laksana seseorang membuang kotoran yang keluar dari perutnya sendiri. Kendati dia tahu persis asal muasal kotoran itu berasal dari makanan yang enak, tetapi setelah berbentuk kotoran ia tidak akan mau melihatnya lagi apalagi disuruh untuk (maaf) memeganginya. Ia bahkan berusaha menjauhi sejauh-jauhnya. Menengok pun tak sudi lagi.

Di samping itu, harus benar-benar bersih, ingin kembali ke jalan lurus yang diridhai Allah. Tidak terpengaruh unsur-unsur lingkungan atau fisik. Seorang pelacur yang sudah renta, kemampuan badaniahnya lemah, wajah tidak lagi menarik, yang ingin bertaubat tetapi dalam hatinya masih tertanam keinginan ke sana, taubat yang seperti ini masih dinodai oleh kotoran. Ibaratnya, kaki kanan ingin melangkah ke surga sedang kaki kirinya tetap berdiam di neraka. Taubat seperti ini adalah taubat yang menggantung, yang urusannya hanya Allah Yang Maha tahu. 
Agar kita selamat, Rasululah menuntun kita untuk selalu mengoreksi diri dengan beristighfar setiap saat. Baginda saw mengajarkan : 
"Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku. Tak ada Tuhan kecuali Engkau yang telah menjadikan aku, dan aku adalah hamba-Mu, dan aku tidak punya kemampuan untuk melaksanakan janji-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan/kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui kepada-Mu atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku, dan aku mengakui pula terhadap dosa-dosaku. Maka ampunilah aku (ya Allah), sesungguhnya tak ada yang dapat memberi ampunan kecuali Engkau". (HR Bukhari dari Syaddad bin Aus ra)
Syekh Imam Nawawi berkata :
" Siapa yang mengucapkan sayyidul istighfar ini di waktu siang dengan yakin, bila dia mati pada hari itu sebelum waktu sore, maka dia adalah ahli surga. Siapa yang mengucapkannya di waktu malam sebelum waktu Shubuh, lalu meninggal dunia pada malam itu, maka dia adalah ahli surga."
Wallahu a'lam bish-shawab.*


Marilah sama² kita merenung dan semoga keampunan yg dipinta dari Allah itu tulus ikhlas..taubatlah sebelum terlambat..jgnlah terlalu lagho dgn dunia sehingga alpa dlm mengejar keampunan Allah..bermuhasabah dirilah..Kalau kita benar² bertaubat dhn ikhlasnya insyaAllah diampunkan Allah, Allah itu maha pengampun dosa² kecil dan besar.. *ingatan buat diri,sahabat juga umat Muhammad*..insyaAllah..bukankah DIA telah berfirman..


"...Akulah maha penerima taubat dan maha penyayang.." (2:160)
Janji Allah itu pasti...
"Andainya kamu berbuat dosa sehingga mencapai langit,kemudian kamu bertaubat, nescaya Allah memberikan keampunan kepada kamu" (Riwayat Ibnu Majah)
Sama² hayati bait kata² lagu ini, semoga dpt menginsafkan diri..insyaAllah..Ighfirli Ya Allah...

  



Sabda Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam : 
“Sesungguhnya Allah akan menerima taubat seorang hambaNya selama belum tercabut nyawanya.” (HR. At-Tirmidzi).
wassalam..


sumber : .Pintu Taubat. 


By:



♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Ukhwah Fillah Abadan Abada.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam'alaik..
Alhamdulillah tugas harian,tugas sebagai guru dah tamat utk hari ni. Pengalaman mengajar mengenal erti hidup. Alhamdulillah. Due hari berturut-turut reunion. Tapi rase happy jugak dpt jumpe kekwn buat saat² terakhir before melangkah ke dunia baru. Subhanallah terase mase berjalan dgn cepat je, masing² dah nak melangkah ke IPT tak lame lg, ade yg ke utara,ade selatan..timur n barat..dlm kL pun ade..mudah² kami semua dlm redhaNya insyaAllah. All the best semua! Semoga ukhwah Fillah yg terjalin xkan putus hingga akhirat insyaAllah.

Diriwayatkan dari Anas r.a, bahwa Rasulullah Saw, bersabda: 
“Barang siapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah ia menyambung silaturrahim.” (H.R. Muttafaqun alaihi) 
Ibnu Umar r.a berkata: 
“Barang siapa yang bertaqwa kepada Tuhannya dan menyambung silaturrahim, akan dipanjangkan umurnya, diperluas rezekinya, dan dicintai oleh keluarganya.” (H.R. Bukhari) 
Subhanallah begitu besar ganjaran yg Allah beri bagi mereka yg menyambung silaturrahim. Reunion smlm betul² menyedar sbb terase selama ni jarang berhubung dgn kekwn. Takut ukhwah tu terputus.Dimana pun kita ditempatkan bittaufiq wannajah buat kalian! Hanya doa yg termampu di hulurkan..





Sabda Rasulullah Saw: 
“Tidak akan masuk surga orang yang memutuskan tali silaturrahim.” (H.R. Muttafaqun alaihi)  
Bile direnung hadis ni gerun nak fikir, takutkan azab Allah. Tapi kdg² kite sering berselisihan fhm dgn kekwn kite masam muka dgn die sedangkan boleh selesaikan dgn cara yg baik. Sedih rase bile ade yg disalah ertikan, tp itulah hakikat insan yg bergelar manusia. Pahit manis persahabatan, semoga suatu hari andai ada kekeliruan,ketidak sefahaman,ketidak sehaluan akan terlerai dan mudah-mudahan tiada dendam dlm diri setiap dari kita..

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam kitabnya Syu`abu al-Iman: 
“Sesungguhnya rahmat Allah tidak akan dicurahkan pada sebuah kaum yang di dalamnya ada orang yang memutuskan tali silaturrahim” 
Astaghfirullahalazim...bayangkan kalau kita tanpa rahmat Allah mcm mana? sedih rase hati. Hidup tanpa mujahadah. Rase hati kering je. Sebenarnye ukhwah tu sesuatu yg penting bagi diri kita kerana ia bagaikan seutas tasbih, ada awalnya tp tiada penghujungnya. Dicipta untuk mengingatiNya,dibahagi untuk cintaNya, dan diratib untuk redhaNya...insyaAllah.
"Ya Allah jauhkanlah aku dari perkara yg mungkar, jgnlah aku menjadi org yg memutuskan silaturrahim. Kuatkanlah diriku andai aku diuji dgn ketidak sefahaman antara rakan²ku. Kuatkanlah mereka juga sekiranya diuji olehMu. Tabahkan hati kami Ya Allah,semoga ukhwah yg terjalin sekian lama tidak ternoktah tiba²...ameen.."
Dari Abu Hamzah,Anas bin Malik r.a, khadam kpd Rasulullah SAW, bersabda Rasulullah: 
"Tiada beriman seseorg kamu sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia mencintai dirinya sendiri."
Semoga persahabatan yg terjalin dari zaman persekolahan tak akan putus tanpa alasan, semoga ia terus kekal dgn ikhlas kerana Allah...semoga kalian dpt membawa diri dgn baik kat tempat baru,bersama rakan baru *yg lame jgn lupe taw* suasana baru. Bertemu berpisah kerana Allah. andai ade umur yg panjang insyaAllah kelak mesti berjumpe lagi. Meh dgr lagu ni..khas buat sahabat² =)



First time berjumpa kite semua langsung tak kenal
Bile dah mesra baru tahu perangai semuanya nakal..
asal jumpe je kecoh tak terkawal..
lps ni dah jrg berjumpa hope ukhwah yg terjalin akn kekal...

"Sahabat yg setia bagai pewangi yg harum, sahabat yg berhati mulia menjadi pendorong impian,sahabat sejati membawa kejayaan dunia akhirat bersama insyaAllah."


Selamat menempuh dunia baru..
Selamat meneruskan perjuangan..
.::Ukhwah Fillah abadan abada sahabat² ku::.


Wassalam..


By:



♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Berlindunglah kepada Allah.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam'alaik...

Hari ni cuti jd x pyh msuk kerje hehe alhamdulillah..Tapi masih ade kerje² yg tertunggak yg perlu diselesaikan, kerja² KRIM ku..alhamdulillah Nabilah dpt tolong printkan,esok kne tampal dah dkt papan kelab agama n puteri islam. Hrmm semalam tido lewat tp awal..lewat utk waktu tido tp awal dari biase. Tp mimpi tetap ade Ya Allah rase nak gugur jantung mimpi lagi. Syukur kekuatan ade dlm diri. Mimpi tu mainan syaitan utk melemahkan kita jadi kite jgnlah bagi syaitan tu menang dgn menunjukkan kelemahan pd mereka =) Jom same² dengar selawat ni. ^_^



Syukran pada ukhti Hanani, kerana beliaulah ana teringat pasal selawat ni. Ukhti tanyekan maksud selawat ni.. =) Rase tenang bile dengar selawat pelindung diri ni, insyaAllah Allah melindungi diri,sahabat dan Umat Muhammad kalau sering diamalkan =) Kalau terasa diri tu dlm ketakutan berlindunglah kepada Allah, Tuhan yg menciptakan alam yg indah ini.

Tawassalna bi bismillah
wa bil hadi rasulillah
tawassalna bi bismillah
wa bil hadi rasulillah

wa kulli'arifin billah
wa ahlillahi Ya Allah
wa kulli'arifin billah
wa ahlillahi Ya Allah

Ya Allah..
syumu silhuda
shuyukhil waraa
nujuu min nada

Ya Allah..
syumu silhuda
shuyukhil waraa
nujuu min nada

bininnas lahu min kulli aza
biqadrillahi Ya Allah..

Maksudnya: 
Kami bertawassul dgn nama Allah 
dan dgn petunjuk Rasulullah
dan setiap org yg arif mengenal Allah
dan ahli Allah, Ya Allah

Ya Allah dgn perantaraan kaum yg mulia
cahaya hidayah,dgn perantaraan amal
kebaikan mereka,
kami selamat dgn setiap malapetaka
dgn kekuatanMu, Ya Allah..




Firman Allah:
Katakanlah (Wahai Muhammad) : "Aku berlindung kpd (Allah) Tuhan yg menciptakan sekalian makhluk, dari bencana makhluk² yg Ia ciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. dan dari kejahatan makhluk² yg menghembus-hembus pd simpulan² (dan ikatan²). Dan dari kejahatan org yg dengki, apabila ia melakukan dengkinya." (Al-Falaq 113:1-5)


By:



♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Jangan lemah dengan kelemahan.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam'alaik..

Semalam hari guru, selamat hari guru buat guru² yg mendidik diri ini dari kecil sehinggalah skrg =) Hari guru pertama juge bg diri ni alhamdulillah =) Hari ni mcm² yg jd..alhamdulillah semuenye selesai. Tugasan sebagai hamba Allah juga amanah yg harus dilaksanakan..terasa meringan beban yg dipikul. Allah tu mahal adil ujian yg dtg bertimpa-timpa Dia ringankan dgn kesabaran. Alhamdulillah.. Ujian dariNyalah yg mengajar erti ketabahan. Tapi sebagai hamba yg lemah diri ini juga x lari dr kesilapan, dlm ringannya beban masih ade silap yg hampir tidak terkesan oleh diri. Syukur sedar sebelum terlambat.. kesilapan tu even kecik effect die leh jd besar kalau x diperbaiki =)

"Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan...." (Al-Anfaal 8:66)

Kadang² terasa diri ni penuh dgn kelemahan yg teramat lemah. Kadang² rase malu dgn Allah. Terlalu byk kelemahan diri, dan terlalu byk kesilapan yg dilakukan..kesilapan yg terus berulang dan mungkin akan berulang lagi. Kadang² keluhan yg jd peneman, Ya Allah bertapa lemahnya kudrat dalaman. Yg paling ditakuti kalau lemah iman dan jiwa, nauzubillah minta dijauhkan Ya Allah... Jiwa akan lemah tanpa iman.


Jom dengar lagu ni dan fahami...=)


Tapi bile difikir² balik kelemahan itu normal, org yg x normal je akan mengaku die perfect and no weakness at all. Semua org ade kelebihan dan kelemahan tp kite x boleh lemah dgn kelemahan. Jadikan kelemahan tu kekuatan untuk berdiri kembali ape bile terjatuh. Org yg x mengaku akan kelemahannye x kan pernah jumpa kekuatan diri. Kelemahan juga ujian dari Allah utk menguji kekuatan diri. Dan jgn sesekali malu utk mengaku kelemahan, jgn pandang kelemahan iitu sebagai satu HALANGAN tapi pandanglah ia sebagai satu KELEBIHAN. Kelebihan di sini bermaksud kekuatan utk bangun serta perbaiki kelemahan tersebut dan menjadi lebih baik dimasa akan dtg insyaAllah.

"Ya Allah, Aku memohon ampunkanlah diri ini atas kekhilafanku, sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yg lemah, yg sering melakukan kesilapan berulang kali. Aku memohon kekuatan diri agar terus berdiri teguh dan kukuh dari kelemahanku. Kau hindarkanlah jiwa ku dari kehampaan, peliharalah ia dan salutilah ia dgn keimanan. Ya Rabbul Izzati, diri ini terlalu malu untuk berhdpn dgnMu, terlampau byk kekhilafan diri.Aku tahu terlalu byk yg ku pinta,terlalu byk yg ku mohon.. aku hanyalah hambaMu yg sering meminta pada tiada yg lain selain dariMu Ya Allah, yg maha pemurah lagi maha mengasihani. Semoga diri ini sering bermuhasabah diri agar tidak lagho dgn duniawi dan tidak terus lemas dlm kelemahan sehingga lemah dgn kelemahan sendiri..Kau teguhkanlah diri ini dlm pencarian hakikat diri dlm mengejar cinta yg hakiki...ighfirli Ya Allah..amin."

Kekuatan diri tak dtg dgn sendiri kita harus berusaha memupuk dan mencari, kekuatan itu ada dlm diri setiap hamba..ianya terletak pada hati cuma kadang² kerana terlalu leka dan alpa kita tidak menyedari kekuatan iman dlm diri dek kerana itulah kelemahan yg sering kali menguasai diri kita. Ingatlah Allah tatkala kesepian, solat apabila diri terasa ingin rebah tanpa isyarat dan jdkan zikrullah sebagai peneman tatkala diri dihanyut arus kelemahan insyaAllah kekuatan akan dtg sebagai penyelamat. Sama²lah kita bermuhasabah diri merenung dan mencari kelemahan diri agar tidak terus hanyut dlm kelemahan..insyaAllah.

"....jadikan sabar dan solat sebagai peneman, sesungguhnya amatlah berat kecuali bagi org² yg khusyuk.." (Al-Baqarah 2:45)


.::Kelemahan diri kerana kealpaan, carilah kekuatan dlm keimanan semoga diri terus mencari sinar Nur KasihNya..insyaAllah::.
.::Peringatan buat diri,sahabat juga umat Muhammad::.

By:



♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Dimana martabat auratmu??.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam'alaik..


Sejak akhir² ni rase mls menguasai diri walaupun sikit tetap rase keganjilan di situ..astaghfirullahalazim rase berdosa hati ni sebab lalai jlnkan ape yg patut. Bukan saje² nak mls tp entah la syaitan byk agaknye yg menghasut. Masalah hati ke??? kalau masalah hati memang x habis nak story, tp mslh hati dpt di atasi insyaAllah. Ok lupekan mslh hati tu..ni lagi parah dari masalah hati.. masalah kelalaian akal berfikir, hrmm cm mane tu? Kelalaian akal berfikir bile akal yg dikurniakan ni x mampu mengingatkan diri tentang kelalaian hati.. Ya Allah kalau nak di list dosa² diri ni guna darah manusia dan haiwan di bumi pun belum tentu habis.


Sabda Rasulullah SAW: "Bila seorang hamba membuat satu dosa terjadilah satu bintik hitam di hatinya dan kalau bertambah dosanya bertambahlah bintik-bintik hitam itu." 

Byk benda yg terbentang dpn mata tapi belum mampu nak tegur..lemahnya iman..yg menyedihkan ape yg x mampu ditegur tu benda yg dkt. Akal nak tegur tp hati x membenarkan, lemah kan? Jd cube memperbaiki supaya lebih baik. Kadang² tgk fb kekwn perempuan diorg update gambar ade yg kejap² bertudung kejap² hilang. Baru² ni terjumpe kwn yg dulunye bertudung tp sekarang free hair..ada yg bertudung tp tudungnye disilangkan menampakkan dada, bajunye pula makin nipis,jarang,singkat,ketat astaghfirullahalazim. Ade pulak fb rakan lelaki pakaiannye x terjage..Ya Allah sedihnye. Bukan niat nak mengata tp betul² rasa sedih kenangkan mereka² ni. Nak tegur tp hati tkt diorg terasa dgn kata² ni tp bila x tegur rasa berdosa dgn Allah..Dimana taraf aurat mereka?? Semoga Allah berikan hidayah buat mereka.


Buat akhwat² sekalian jagalah auratmu,pandangan matamu,pergaulanmu,tutur katamu,pendengaranmu, hatimu,solatmu dan imanmu..*peringatan utk diri sendiri jgk ni*. Ramai antara kita sekarang mementingkan fesyen dan stail. Lebih pentingkan pandangan dia dari DIA. Sapa kata kalau menutup aurat x boleh berfesyen?? Knp kite x cuba jdkan menutup aurat tu satu trend? Fesyen yg mengikut syariat. Fikirkanlah pandangan Allah bukan pandangan manusia. 




 Firman Allah: 
" ...Hendaklah mereka menghulurkan tudung keseluruh tubuh mereka supaya mereka mudah dikenali org kerana itu mereka tidak diganggu..." (Al-Ahzab 33:59)

Rasulullah juga ada bersabda: 
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”
 [HR Abu Dawud]


 Bagi ikhwan pula kalian pun seharusnya menjaga pandangan,aurat,hati,iman,solat,bicara kalian kerana kalian adalah bakal imam pada muslimat kelak. Kebiasaannya aurat kaum adam jarang sekali dititik beratkan, knp? bukan ke aurat tu ttp harus ditutup? Ni la kesilapan yg sering kita ulang dan kesilapan yg kita pandang sebelah mata. Istilah "tak apa" yg sering kita dengar kalau ditegur tentang aurat mereka baik muslimin mahupun muslimat. 
  • "TAK APA sikit je"
  • "TAK APA bukan orang nak tengok pun"
  • "TAK APA lain kali tak buat dah"
Kalimah TAK APA tu dah jd trend pulak. Yg sikit tula kalau dikumpul jd bukit. Mane kalian tau org tgok ke x? Senang sgt utk berkata TAK APA. Kalau x de laen kali utk kate TAK APA tu mcm mana? Ya Allah ampunkan mereka. Hanya doa yg mampu dipanjatkan. Semoga mereka sedar akan kesilapan diri dan perbaiki ke arah yg lebih baik. *Ingtan buat diri*




Firman Allah:
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak² yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (An-nur 30-31)



 Berdasarkan Al-Quran dan hadis isu aurat bukan sesuatu yg boleh dipandang remeh. Ia merupakan satu DOSA yg syaitan gigih perjuangkan, ini kerana dgn terbukanya aurat² kita akan memudahkan kita terjebak dgn maksiat seperti zina. Astaghfirullahalazim. Syaitan menjadikan dosa membuka aurat ni sebagai sasaran utama seperti mana firman Allah :


" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." (Al-A'raf : 20)


Antara salah satu sebab knp kita disuruh menutup aurat kerana ini membezakan kita dari haiwan. Cuba kalian tgok antara haiwan dan kita apa perbezaannya? Renungkan..


" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)


Ayat tersebut jelas menerangkan bahawa anak cucu adam disuruh menutup aurat mereka dan sesiapa yg berpaling dari perintah tersebut maka ia sama taraf dgn haiwan yg tiada kemampuan akal fikiran.


Wahai akhawat² sekalian jagalah auratmu,kerana itu maruahmu. Sama² berusaha menjadi wanita dlm balang kaca insyaAllah. Seindah perhiasan adalah wanita solehah.. buat para ikhwan juga auratmu harus dijaga dan kemantapan iman dihati itulah yg menjadi tarikan para akhawat bukan pada penampilanmu. Semoga kita sama² mengharapkan pengampunan dan keredhaan dari Allah. InsyaAllah..



*Akhawat, jagalah dirimu sebaiknya kerana dirimu begitu berharga*
*Jgn sesekali memberi tayangan percuma bg mereka yg tidak halal buatmu*
*Menutup aurat bkn bermakna anda kolot atau outdated, tp sekadar menjaga*

*Memohon maaf andai terkasar bahasa, bukan niat dihati untuk membuat kalian terasa cuma memberi peringatan utk diri dan umat Muhammad andai tersalah mohon perbetulkanlah kerana diri ini hanya insan yg lemah*


.::Semoga terhazaf dosa² dgn mehnah cintaNya, insyaAllah::..

Wallahualam..


By:



♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Sebuah pertemuan.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam'alaik..

Tibe² teringat kat seseorg. Antara org yg penting dlm hidup ni. Allah hadirkan rindu dlm hati ni buat dia.  Tertanye² apelah khabar dia. Allah lebih tahu semoga dirinya dlm keadaan baik insyaAllah..17 tahun menjalin ukhwah, subhanallah rindunye pade die. Bertemu berpisah kerana Allah, bertemu dlm keadaan mengenal ABC berpisah sebelum habis perjuangan insyaAllah kalau umur panjang mesti jumpe lagi..lagu ni dedicatekan kat kwn baik sye, teman sepermainan waktu blajar berjalan dlu, kwn susah senang, teman menyakat..teman yg amat sye rindu Farah Farhanah :)
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


.::Uhibbukhi Fillah Abadan Abada Ukhti Farah, mutasyarifun bi makrifatiq..insyaAllah kekal::.

By:
 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic