.Ingatan Buat Hati.

Bismillahirahmanirrahim..

Salam'alaik....

   As usual bila blog dah bersarang bersawang bagai barulah nak bukak kan.. bukan tak teringat tapi masa tu agak terhad. assif sangat-sangat. Bila difikir-fikir, kata-kata seorang sahabat tu benar. "tanggungjawab melebihi masa yang ada" bila dengar rasa berat je, rasa macam terbatas masa tu tapi tu lah hakikat hidup sebenar cuma kita je yang tak perasan. Allah sentiasa melihat tapi kita yang alpa. Sedar tak sedar dah 2 bulan bergelar siswa di UiTM sejak kembali study...ujian, dugaan cabaran hanya Allah yang tahu. Tak byk sebenarnya yg dpt dikongsi spnjng 2bulan ni tapi lebih kepada hakikat diri dan konflik hati.  Esaimen? jangan cakaplah menimbunnya Ya Allah...sampai terasa apa tanggungjawab aku yang sebenarnya? knp terasa payah? 

Tepuk dada tanya iman ira, hati tu perlu tetap perlu pasrah, kenapa nak menyerah bila kau belum pun mula? Perjalanan belum sampai pun di pertengahan jadi knp terfikir nak berhenti??  Sejak akhir-akhirnya konflik dalam diri tu menebal sangat sampaikan terabai apa yang menjadi tanggungjawab.. lupa yg di akhirat kelak tanggungjawab itu yg akan di persoalkan.. berhentilah menyoal hati knp knp dan knp! jwpn tu sentiasa ada. Kdg-kdg kita sendiri yg cipta beban tu lepas tu kita mengeluh, kan? Terasa payah tapi kita tak usaha, terasa susah tapi tak cuba, mulut je yang mengomel kerja tak jalan betul tak? Sesungguhnya semua org ada cabaran dan ujian masing-masing Allah syg sebab tu Dia uji. tapi kita kena cekal hati.. kan?

Diri ni pun tak terlepas, bila rasa berat je mula lah mcm-mcm yang menimpa, stress, pressure, tension itu ini and so on... tapi Dia tu maha penyayang Dia hadirkan telinga-telinga yg sudi mendengar, mulut-mulut yang sudi menasihat, tangan-tangan yang sanggup menarik saat terjatuh.. alhamdulillah. Seketika pernah hampir terdetik perkataan "PUTUS ASA" tapi bila ingat balik firman Allah..


"Hai,hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri , janganlah kamu terputus asa dari Rahmat Allah . Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya . Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang."(QS.Az-Zumar :53)


Bila renung-renung, kecewa itu biasa, kuat atasinya itu yg luar biasa. Semoga sahabat-sahabat dlm rahmat dan kasihNya.. semoga diri betah bertahan inshaAllah.. Selamat malam dunia :)




notahati | Allah sayang Dia ada dkt sangat.. no worries..

 

Minda Dijajah.. Rasionalnya?....Think

 photo assalamualaikum_zps94a01770.png 

 Hai! Happy merdeka Day yg ke-57, stay as a merdeka people. Tapi merdeka ke kita? For me tak lah merdeka mana. Negara kita ye merdeka but diri kita sendiri? Fikiran dan akal ni masih dijajah. Tingkah laku dan perangai... hati kita belum bebas, so apa lagi meh usaha sama-sama untuk membebaskan diri anda dari masalah-masalah dunia, dari jajahan asing dlm minda. *well apa melalut tah* . Disamping ckp pasal merdeka, sebenarnya nak ckp pasal hati ni....From my deep deep heart sebenarnya rasa mcm nak mengalah. Tapi apa rasionalnyakan kalau mengalah sekarang dah ada permulaan tapi tanak habis cerita, macam mana tu? Allah dah bagi peluang untuk belajar kenapa nak waste? Just sebab tak dapat apa yang kita nak then kita wastekan satu opportunity?Alahai rasa macam kambing kandang dah terbukak tapi duk duduk dlm jugak tak mau gerak *tatau pribahasa mana duk pakai* dah ada peluang kluaq depa tamau mcm tu la yg hati ni tgh rasa, dah dpt peluang study tp hati berat tak mau pi, reason course tak minat. Semalam ckp lain hari ni cakap lain, rasa seolah tak iklas hati ni :(  Bukan ke Allah knows best? Perancangan kita usaha tp perancangan Allah itu takdir remember ira? Mcm-mcm kita lupa, manusia kan.

Sabtu ni nak masuk tapi lagak cheq mcm org cuti panjang dgn tak kemas barangnya, yurannya duk lengah apa lah nak jd, mcm mana Allah nak redha kalau diri tak usaha mengikhlaskan hati? diri ni tulis sebab nak jdkan pengajaran buat adik-adik yang still byk peluang dekat luar sana supaya tak wastekan peluang tersebut dlm pd tu jgk utk ingtkan diri ni supaya tahu bersyukur dgn nikmat Allah. betullah org ckp kita bila nasihat org teramatlah berkesan dan berguna tapi bila kena pd diri..krik krik krik.. nak nasihat diri pun mcm curah air ke daun keladi. To all hopefully pd semua yang bakal masuk ke universiti, all the best and semoga hati ni lembutlah nak menerima apa yg ada. inshaAllah. gud nite and gud morning..assalamualaikum :)

 

.Setelah sekian lama....new day new life.

 photo assalamualaikum_zps94a01770.png



Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus sihat dan bernafas, what along journey of me kan samapi lama tak update blog ni, bersawang sangat dah. Actually banyak kali dah nak updatenya tapi asyik tangguh and tangguh and tangguh sampai la lupa. Sepanjang ta update, byk yg berubah..belajar menjadi lebih matang, belajar harung hidup dgn penuh kepayahan sebab makin kita dewasa makin byk cabaran. Dan alhamdulillah tamatlah sudah perjuangan diploma Media dan Komunikasi UiTM 4 bulan yang lalu *4 bulan baru nak story*. dan inshaAllah dalam 2 minggu lagi bakal melanjutkan pelajaran diperingkat Ijazah sarjana pulak, omputih kate degree. UiTM jugak alhmdulillah dkt dgn rumah dpt dkt sh.alam dlm media jugak tapi *me so sad* sebab tak dpt apa yang diminta, tak pe la ade hikmahnye kan. sepanjang 5 bulan dekat rumah byk aktiviti and cerita yang nak di kongsi tapi lain hari la eh :D

Story of the day adalah ini...  ----------->
                                                           

Today nak share pasal dapat masuk UiTM. Sebenarnya kan dpt masuk UiTM ni pun satu rahmat tau, sebab Allah bg peluang baiki apa yang kurang Dia bg peluang sambung belajar..bukan senang nak dpt sambung. Alhamdulillah most of my friends dpt sambung study ada yg dpt gang partner course sama lagi and for information I'm the only one in my class yg dpt course skrg ni Instructional communication.. mula-mula dpt mcm rasa tak best pun ada la sebab dah memang since diploma tak minat and kite plk jenis kalau dah tak minat memang amik sambil lewa *mohon jgn tiru* tapi bila fikir balik sampai bila kan? life bukan game reject skali ada peluang lagi...peluang tak dtg byk kali so why dont I give a try kan. all the best to me. Inshaallah. However, there are few of my friends who did not receive an offer letter untuk further study.. rezeki depa mungkin tempat lain so kita yg dpt ni bersyukurlah... *ingatan diri*. In 2 weeks akn jd sgt busy dan tak senang duduk sebab mcm-mcm dlm otak padahal bende kecik je kan... alahai ira bila nak hilang gelabah tu. Ok sebelum lebih mengarut lg marilah kita stop hehe. dan buat adik-adik yang akan menduduki trial SPM esk.. I wish all of you a very good luck, baca doa, dah usaha then tawakal inshaAllah you will get what yu deserve. Especially tu Leily Dayana, I'll pray for the best :) assalamualaikum.


testing

 photo assalamualaikum_zps94a01770.png

Testing

testing

  • testing
  • testing
  • testing

.DIA atau dia di hati??? .

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Salam'alaik ukti wa akhi :)



Hati...hati oh hati...
berhati-hatilah dgn hati...

Masalah tentang hati ni tak putus-putus dtg, ujian dari Allah yg agak berat kerana kdg-kdg mengelirukan hati sendiri. Kdg² tenung ke hadapan dan mencari penjelasan yg ringkas tp bermakna kerana terselit jawapan yg di cari. *erk..fhm ke?* 


DIA atau dia yg di hati???
Di mana DIA di hati ni???
adakah lagi ruang untung dia di hati??

Persoalan yg bermain-main dlm fikiran. Kata org kita kena seimbangan, DIA sudah tentu ada ruang di hati ni kerana DIA yg maha pencinta tp dia pula?? Seorg sahabat kata, "dia ada ruang di hati tp jgn letakkan dia memenuhi ruang hatimu sehingga tiada ruang untuk DIA." *Fikir sejenak* Mungkin dari pengalaman atau pun kisah silam takut nk membuka hati untuk dia tapi lebih mengutamakan DIA...

Allah tu maha adil..ada sesuatu yg DIA aturkan, bkn ke perancangan kita usaha dan perancangan Allah itu takdir? Kecewa sekali tak bermakna akan kecewa berkali-kali. Janji Allah tu pasti. Pernah mengeluh, pernah menangis tapi bkn selama-lamanya kena mcm tu kan?? Andai pernah tersungkur bangunlah..andai pernah sakit ubatilah..mengadu dgn Allah, bercerita dgn DIA insha'Allah itu ubat yang terbaik untuk hati.

Hurmmmm diri ini masih tercari-cari jawapannya...tgh menggodek-godek blog terbaca blog seorg ukhti...
Bagaimanakah CARANYA untuk membuatkan diriku DICINTAI oleh seseorang..? 
Ibnu al-Qayyim menjawab, "CINTAILAH ALLAH, nescaya ALLAH akan MENGHADIAHKAN seseorang yang juga MENCINTAI_NYA untuk DIRIMU. 
Imam Syafie pula menjawab, "..Jangan cintakan orang yang tidak cintakan ALLAH, kerana jika mereka boleh tinggalkan ALLAH, mereka juga boleh tinggalkan kita.." 
-Syukran Kak Fizah^^-

Subhanallah,betu-bertul terkesan di hati, mungkin ke Allah nak berikan jwpn dlm bentuk ini??? atau pun ini petunjuk?? wallahualam. Semoga diriku kuat..inshaAllah...




notahati | ckp soal hati tak pernah habis..jodoh tu urusanNya... kuatankan hati ^^

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic