.Apa khabar iman??.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sabda Rasulullah SAW,
Sentiasalah kamu perbaharui iman dihati kamu, lalu sahabat bertanya bagaimanakah caranya Ya Rasulullah?? Baginda menjawab sentiasalah menyebut IMAN.
IMAN..
apakah khabarmu??
teguhkah pendirianmu..
kuat lagikah iman di dadamu??

Ya Rabbul Izzati,
ampunkan diri ini kerana
masih belum mampu menarik apa yg sepatutnya..
tapi ku syukuri atas kekuatan yg telah Engkau pinjamkan..
masih utuh dalam diri..
pendirianku jua masih teguh dihati
dan insyaAllah dgn izinMu iman ku masih tinggi..

tapi dlm diam diri ini punya rasa takut..
takut kelak kekuatan hati runtuh
dan kekuatan iman tersungkur..

Ya Allah x mungkin aku mampu laluinya
tanpa izinMu...
kerana itu aku memohon agar aku terus bertahan
dlm memperjuangkan syariatMu..
supaya perjuangan ini tidak berhenti ditengah jalan..
amin..

.::Semoga perjuangan ini mengkuatkan lagi mujahadah dlm diri, insyaAllah::..



By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Masscom family day.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam'alaik..
Lame x update, mase x mengizinkan...alhamdulillah segale aktivitti berjalan dgn baik. Diri ni dgn rakan seperjuangan baru je balik dari hari keluarga yg mengeratkkan ukhwah, insyaAllah. Yg menariknye mukhayam PEMBINA pun buat kat tempat yg same jd dpt 2 in 1 la sye :) Lokasi, pantai sepat resort Aman sari. Aktivitti pun mnarik alhamdulillah, sesi perkenalan dgn senior juga ruang mengeratkkan ukhwah fillah.

Rahsie Allah tu rapi dan tersembunyi skrg baru diri fhm knp diuji dgn begitu berat, insyaAllah cube kuat :) Sepanjang disana mmg mcm² ilmu dan pengalaman yg dpt. Semuanya kerana Allah. 3 hari 2 mlm. Memang bermakna sgt. Walaupun muke ni dah hitam sbb berjemur tp hati semakin putih dgn hikmah Allah insyaAllah.

Minggu lps ade kem HBU dkt bukit berserah..Subhanallah..mengeratkan ukhwah lagi. Even lps tu diri ni diuji x henti insyaAllah kuat. Aktiviti kat sane, maen paintball n jalan lasak. jalan lasak la yg pling memenatkan :)
Syukran ya Allah aatas kenangan yg diberi.

Setiap yg jadi ade hikmahnye sikit² semua terbuka satu persatu. InsyaAllah hikmahnya luas..semoga akan terus dan sentiasa diberi hikmah yg baik amin :)

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

......

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam'alaik...

Lame x tulis, mase x mengizinkan. Alhamdulillah diuji lagi,nampak ketabahan diri walau dugaan yg dtg mcm x mau berhenti :) DIA uji lgi diri ni, semoga kuat dan terus kuat insyaAllah. Nikmat yg DIA pinjamkan 18 thn buat kita di uji mmg cukup susah tp name pun ujian kne tabah kan :) Senyum tetap same muke ttp ceria :) Syukran ya Allah atas ujianMu. Dalam masa yg sama syukur juga sikit² masih ade penerimaan yg positif ttg diri ini walaupun susah tp ttp bersyukur sbb hampir sampai ke destinasi yg pertama...
(bahase berkias-kiaskan? hehe fhm²kan je la :p)

Hari ni x de kelas pagi semua batal, yg ade pun HBU ptg nanti tp sebelum tu ade pelancaran Album Yazir AF..kehadiran adelah WAJIB. Sabar ye ira sebahagian dari perjuangan insyaAllah. Ptg mungkin nak pi cari barang utk hari keluarga..tp nak cari kat mana ye?? hrmmm hrp² ade yg sesuai asalkan x menyimpang dari imej seorang mujahidah. Mase pun x mengizinkan ni nanti story lagi k :) oh ye! sanah helwah buat sahabatku Huda dan adikku Jiha. wslm

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Wasiat Imam Hassan.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya. 

Perasan kan ayat yang di highlight di atas? 
Maka, 
haiya nata'allamu al-lughatul arabiah (^__^) 
haiya nata'allamu al-lughatul jannah (^__^)


credits to ukhti Nani


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Jangan Bersedih.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saam'alaik..
Terase nak berkongsi satu video, syahdu je rase. Terase diri ni masih kurang bersyukur dgn nikmat Allah yg luas.Jom same-same hayati video ni sambil merenung :)


By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.DIA bersama kita.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Jika gembira, hiasi ia dengan cahaya IMAN
jika bersedih, ceriakanlah dengan zikrullah
jika terluka, ubatlah ia dengan doa yang ikhlas
jika terlena, bangunlah untuk mengejar rahmat ILAHI
jika terjatuh, bangkitlah untuk meneruskan perjuangan ini..
jika terleka, sedarkanlah dgn solat yang khusyuk
jika alpa, ingatkanlah dengan mengingati kematian.
jika hati mula terasa kotor, bersihkanlah ia dgn kalimah ALLAH..
jika terasa diri kesunyian , ingatlah Allah sentiasa bersamamu..

-La Tahzan, Allah sentiasa dgn kita-

image by google



By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.He loves you.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


You ask, He gives
You cry, He listens
You sin, He forgives
You repent, He forgets

You knock, He opens
You attend, He welcomes
You nag, He hears
You request, He accepts

You question, He solves
You plea, He resolves
You take, He provides
You insist, He grants

Everything you do is about you
and everything He does is about you..

so, which of Allah's favours can you deny???
He loves you..



.copy from tumblr.


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Syukran Ya Allah.

Image by google


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Hari ini aku meminta cabaran
Kau berikan ujian bagiku..
agar aku cekal dan tabah laluinya..

Kemudian ku minta kekuatan
Kau hadirkan insan yg lemah
untuk ku pimpin...

Ku meminta untuk tersenyum bahagia..
Kau uji diriku dgn dugaan yg tak tertanggung rasanya
agar ku tahu dlm derita itulah bahagia tercipta..

Saat ku meminta untuk gembira..
Kau hadiahkan mutiara jernih buatku
agar ia sentiasa tumpah keranaMu..

Ku meminta agar diberi kejayaan di dunia..
Kau dtgkan rintangan yg berliku..
supaya ku tahu kejayaan akhirat itu yg seharusnya ku dambakan..

Ku pinta agar terang penglihatanku..
tapi Kau beri kegelapan buatku
agar tidak gelap mata hatiku..

Ku pinta pula sengsara..
Kau uji diriku dgn hadirnya mereka yg lebih derita
untuk ku bela...

Ku minta kekuatan..
Kau uji dgn kesakitan yg tak terhingga
supaya aku akan lebih kuat pada keesokkanya..

Hari ini ku minta agar aku diuji.
Kau benar² berikanku ujian.
yg teramatlah berat agarku sentiasa cekal
dan kuat serta tabah untuk esok dan seterusnya...

alhamdulillah
syukran Ya Allah..



By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Pernahkah?.


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam'alaik..

Pernahkah..
setiap sesaat kita cuba utk tidak lalai dlm mengingatiNya??
menyebut namaNya?
mengagungkanNya?

Pernahkah..
setiap perintahNya kita dahulukan sebelum dahului yg lainnya??
setiap suruhannya kita utamakan sbelum utamanya yg lain??

Pernahkah..
kita melupakanNya tanpa rasa berdosa dlm hati?
tanpa sekelumit rasa bersalah dlm diri??

Pernahkah..
kita cuba meninggalkan dia tanpa meninggalkan DIA?
melupakan DIA walau hanya sedetik???

Pernahkah..
kita mengucapkan cinta pada DIA melebihi cinta pada dia??
rindui DIA lebih dari dia??

Pernahkah..
walau dalam sehari kita ucapkan syukur lebih dari sekali??
ucap Alhamdulillah setiap kali di beri nikmat??

PERNAHKAH??

Ya Rabbul Izzati....
ampunkan kami..kerana..
Hampir kesemuanya...
hampir keseluruhannya..
memberikan jawapan

TIDAK PERNAH!

Jangan menafikan..
dan jangan menidakkan..
cuba renung dan fikir apakkah kita hamba yg baik??
apakah kita hambaNya yg sempurna imannya?

Ya Rabbul Izzati..
kalau difikir dan direnung..

Pernahkah
DIA melupakan kita walau sedetik??
meninggalkan kita walau sesaat??

Pernahkah..
DIA membezakan hambaNya???
memilih kasih, cintaNya pada hamba??

Pernahkah..
DIA terlupa memberi nikmatNya pada kita??

PERNAHKAH??

Ya Rabbul Izzati...
ampunkanlah kami hambaMu yg lemah lagi berdosa..
ampunkanlah kami kerana khilaf Ya Allah..
maafkan kami kerana terlalu leka dgn kecintaan pada dunia...

Ku mohon..
berikan kami kekuatan hati dan iman
agar kami akan sentiasa menginsafi diri
untuk selalu taat padaMu...

amin....


By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic