.Masa Untuk Sejukkan Bumi.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

salam'alaik..


Mlm ni 8.30 - 9.30 
berkempen untu menyelamatkan BUMI ^^
*walaupun takut dgn gelap..grrrr..demi bumi kan*

Tutup lampu *nyorok bawah selimut*
^_^

notahati : Ya Allah tenangkanlah aku dlm kegelapan...

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Surat Khas Untuk Awak.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum..


Surat ni memang saya tulis khas buat diri awak. Awak yg DIA telah ciptakan menjadi pemilik rusuk ini. Dan saya yakin awak juga yg telah dihantar DIA untuk menjadi bakal Imam pada saya dan insyaAllah pendidik bakal anak-anak saya kelak. 


Mungkin awak pernah hadir dalam hidup saya sebelum ini,mungkin juga awak dekat dgn saya sekarang atau mungkin saya belum pernah mengenali awak dan masih tercari-cari siapa awak. Mungkin juga saya masih berharap awak adalah dia yang saya telah kenali.Tapi saya yakin saya akn tahu siapa awak bila tiba masanya nanti. ^^


Awak..saya tak pedulikan sejarah lampau awak,baik mahu pun buruk, saya tiada hak hendak mengukur sbb setiap org mempunyai sejarah silamnya yang tersendiri. Saya terima awak seadanya dan saya harap awak pun sama k :)  Saya yakin Allah telah tetapkan awak org yang paling layak dan yang terbaik buat diri ini untuk menjadi pemilik hati ini sesudah lafaz "aku terima nikahnya" kelak...^_^ 


Hati saya ada sekeping je awak, die menunggu orang yang selayaknya untuk kunci hati ni saya harap tu awak, bkn senang nak jaga tau, tapi tak mustahilkan? :) insyaAllah saya akn usaha jaga ia sebaik mungkin dan saya harap awak pun buat benda yang sama yang penting hati tu tak boleh leka dari ingat pada DIA ok ^^


Awak, saya selalu tertanya-tanya awak ni sapa ye?? rupa awak?? perangai awak?? Saya tak mintak awak mcm ustaz tapi cukup la awak ampu membimbing saya dan didik saya dalam jalan menuju keredhaanNya. Kita sama-sama usaha ya awak! Bila saya tengok ada kawan-kawan saya yang dah bertunang terasa hati ni nak berumahtangga juga tapi mungkin masanye belum sampai, Dia sedang merancang yang terbaik buat kita kan ^_^  Tapi saya mintak jgn biarkan diri saya digantung tanpa jawapan lame² . Saya tunggu awak datang jemput saya!


Saya tahu banyak tanggungjawab dalam bina masjid ni kita sama-sama berusaha ye, InsyaAllah saya yakin jodoh yang ditetapkan Dia tu adalah yg terbaik buat diri saya, awak kena kuat tau. Saya tunggu awak jemput 
saya untuk awak jadikan saya yang halal buat awak ^_^


Ikhlas Dari :
-Rusuk Kiri Awak-




Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda bagi yang mahu berfikir. [ Ar-Ruum : 21 ]
notahatiini : Buat awak yang mungkin saya belum pernah kenal dan tidak tahu berada dimana...

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Redha Dengan Ujian-Nya.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Slm'alaik..


Bila kesusahan dtg bertandang
jgn pernah menyerah..
tetapi redhalah kerana itu tarbiyah dari-Nya

Andai kita mampu untuk redha..
insyaAllah mampu bertahan
walau seberat mana dugaan yg mendatang..

Janji Allah itu pasti..
insyaAllah 
:)

"..Allah tidak akn membebani hamba-Nya melainkan sesuai dengan kesanggupan mereka.." (Al-Baqarah 286) 
notahati : muhasabah diri :)

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Tatkala Qalbuku Berbisik.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Hanya Gambar yg mampu berbicara..
igfirli Ya Allah...


By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Hati Kita ALLAH Pegang.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Slm'alaik..


saat² yg lain melepaskan dgn mudah
 Dia masih erat menggenggam sekeping hati ini
kerana cinta Pemilik Hati itu lebih hebat..
cinta Dia mampu mengubat segala
duka dan kecewa..

Andai dapat merasa manisnya bersama Dia
pasti kita akan merasa pahitnya saat
jauh dariNya..

hati kita Allah yg pegang..
^.^

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Jgn Sesekali Berputus Asa.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Slm'alaik..

Jalan-jalan di blog ukhti² sahabat..hrm mcm² dpt alhamdulillah..teringat smlm hari yg sedeh sgt, terseliuh dan dikejar anjing..ya Allah ujian berat tu, syukur la kena kejar je x kene gigit xpyh samak. Akhirnya kaki membengkak. Sabar ye, x boleh jln ni Allah nk suruh dok umh dan study untuk sosiology ni..:D

Mama kate pi klinik,abg ckp letak ais..kwn² ckp ltk minyak..mcm² ye..hihi yg pasti semuenye sgt dihargai..thx semua :) Baru kena sikit rase mcm nak giveup sbb x leh jln..*ape motif nak giveup tah* tp bile fikir balik nk giveup buat ape bukan x de kaki cume terseliuh je, sbb tu kene fikir panjang sebelum ckp :D  *ingt³* Lgi pun Allah tak suka org yg putus asa ni....sbb bila kita berputus asa bermaksud kita kalah dgn diri kita dan ajakan syaitan...Kalau semalam masa jatuh mampu untuk berdiri balik knp hari ni x mampu nak tahan sakit yg sementara?..mcm tu juga bila kita rasa down,atau kecewa sgt jgn pernah menyerah Allah tu maha adil, kita sebagai hambaNya kena kuat dlm tempuh ujian yag diberi..Dia dah menjanjikan bahawa ujian yg diberi tu x kan lebih dari kesanggupan kita jd mustahil kita x mampu...jd kuat taw wahai diri ^_^

"..jgnlah engkau berputus asa dari rahmat Allah.." (Surah Yusuf 87)


notahati : sakitnye kaki ni Allah je yg tau,tp mesti ade hikmahkan ape yg jd smlm :)

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Langkah Itu.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

slm'alaik...


Perjalanan hidup x semuanya indah..
andai masih terbayang dengan kisah silam..
ingatlah Allah..
jdkn itu sebagai tarbiyah jiwa untuk teruskan
melangkah kehadapan..

Aturlah langkah dgn niat kerana-Nya..
jgn menoleh lagi kebelakang..
tp teruskan melangkah untuk lihat apa dihadapan..
:)

notahati : kalau masa tu boleh diputarkan..mungkin itulah jln yg bakal ku tempuh dan langkah itulah yg aknku ambil, tp Allah mengaturkan jln ni bgku..teruskan melangkah..alhamdulillah :)

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Berubah Kerana Allah.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Slm'alaik wbt..

Kebosanan sebab seharian terkurung je dlm bilik nak keluar x bertransport, alahai nasib. Makan je kerjenye hari ni :D  Dlm tgh² mengikut updates Man U dan Wolve hrrmmm tibe² terlintas satu topic lps tgk satu gambar ni. *pause kejap...score 5-0 ^_^*  ok..topic yg terlintas td ttg perubahan. 

Perubahan tu mc² ade yg berubah kearah kebaikan ade pula yg sebaliknya.Yg berubahan pd yg lebih baik alhamdulillah tp yg sebaliknye..hrmm semoga di bukakan pintu hati agar menjd lebih baik..insyaAllah...:)  Tapi ape yg nak saye share ni ttg perubahan pd yg lebih baik. Kdg² dlm hidup bile kite berubah je org akn mengata. Tak kisahlah sama ada berubah dari jahil pd baik atau sebaliknya. Kalau dari jahil pd baik org akan ckp "Eh,dah taubat agaknye die tu..., Tibe² je berubah ade ape² ke? tah2..jgn² die ade buat ape² kot......"  ni la contoh² kate² dari org² kita..bila mereka yg mula berubah ni bg teguran ade yg menyindir "kau tu tak layak nak nasihat org, diri sendiri pun belum betul lagi,jgn berlagak mcm ustaz/ustazah" astaghfirullahalazim..tak ke kata² negatif  mcm tu boleh buat mereka yg baru nak melangkah pd perubahan rase down...sepatutnya kita sokong dan bg semangat..bersyukur sbb saudara kita mula sedar dan ingin berubah. 

Betul..nak berubah tu x mudah..tp x jugak payah, asal ada niat dan usaha InsyaAllah boleh, tapi niat tu kena lah betul, niat berubah kerana Allah bukan kerana manusia. Manusia ni hanya pendorong dan penguat semangat kita je. Dlm perubahan juga byk ujian yg perlu di tempuh, tp kalau ikhlas insyaAllah yakin dan percaya kita akn kuat dan tabah tempuh setiap ujian tu. Abaikan kata-kata sindiran dan hinaan org, kita lebih tahu siapa kita dan paling penting Allah tahu niat kita. Jangan kerana kata-kata mereka-mereka yg tidak tahu apa² kita cepat menyerah sebelum melangkah dimedan perang..peperangan antara iman dan hati. 

"Jangan sesekali engkau menganggap jalan (perubahan diri menjadi lebih baik) itu mudah,jalan itu dipenuhi sesuatu yg kita benci,byk halangannya, penuh duri-duri tajam yg bisa membuat kita sakit.." (Imam Ibnul Jauzi)

Antara ujian yg akan kita hadapi adalah keadaan sekeliling dan penerimaan masyarakat terutamanya penerimaan keluarga dan kwn²..ada yg dpt menerima dan menyokong tetapi ada juga yg tidak, cara terbaik untuk harungi adalah sabar dan tawakal pd Allah.

Jgn sesekali pndang rendah pd mereka² yg jahil sebab mungkin satu hari mereka ini akn jd lebih baik dari kita dah lebih hebat ilmu agamanya berbanding kita. Orang yg mengaku dia berdosa setelah melakukan dosa adalah lebih baik dari org yg melakukan kebaikan kemudian berbangga diri dgn kebaikan tu...sekurang²nya dia sedar akan dosanya dan cuba untuk berubah, jd renung²kanlah sahabat² serta saudara² ku sementara hayat dikandung badan sentiasalah bermuhasabah diri agar menjadi lebih baik dan sentiasa mengejar cintaNya...insyaAllah..:)

*ingatan buat diri sendiri juga yg sering terlupa...


p/s : Khas buat Sisterku tersyg Nur Amirah Inas, Sahabat tercinta Nabilah Khalid dan Kakak yg dikasihi Kak Zura dan adikku syg Aien Izzaty..semoga sama² kuat dlm meraih redha-Nya ^_^

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Dunia Vs Akhirat.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam'alaik..

Alhamdulillah 4 paper dah berlalu tinggal paper Sosiology je yg last skali pd 25 mac ni..study..study..study ye ira ^_^  Sunyi je rase bile dah balik rumah..Hati pulak rase jauh je..knp ye? Byk persoalan dan pertanyaan yg masih x terungkai dlm fikiran. Apa,dan mengape?? Entah bile dah terjawab diri sendiri pun x pasti. Yang pasti ade jwpnnye :)

Kdg² terase skrg ni terlampau byk sgt fikir hal dunia berbanding akhirat..hurmm mslh ni.. tkt terbabas dan terus alpa. Mungkin jgk semue ni atas faktor terlampau sibuk dan pengaruh persekitaran??? Allah je yg tahu..dan Dia tahu yg terbaik bg hambaNya..insyaAllah. Dalam sedar dan tak sebenarnye diri ni byk terleka sejak akhir² ni..hurmm sabar ye..ade la penyelesaiannye..Allah baru uji sikit jgn cepat melatah. Tapi takut² terlampau byk dan sibuk dgn urusan dunia takut² satu hari lupa terus urusan di sana.. sbb kalau diperhatikan di sekeliling kebykan dari kita lebih meletakkan dunia pd hati dan lupa pd akhirat..sedangkan kita sepatutnya ltkkan dunia pd tangan dan akhirat pd hati...smg di jauhkan...semoga hati ni kuat tempuh setiap cubaan dan ujian dari-Nya, Dia tahu yg terbaik...insyaAllah..


biarkan dunia yg mengejar kita dan kita kejarah akhirat :)

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Perancangan kita Usaha, perancangan Allah itu Takdir !.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Andai punya perancangan maka usahalah..

tetapi

andai apa yg dirancang tidak setanding dgn usaha.
Redha dan ikhlaslah dgn perancangan Allah iaitu

TAKDIR...

notahati : Setiap perancangan yg ditetapkan Ilahi itu penuh dgn hikmah..yakin, insyaAllah sesuai dgn ape yg diusahakn

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Memohon dari-Mu.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Rindu Dia.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


notahati : Rindu tarbiyahNya..rindu cintaNya.

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Mengatur Langkah.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Mencari-cari identiti diri :)
Istiqomah hati!!!

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Hadirnya tanpa di undang.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


notahati : susah nak jage hati, jauh tapi dekat.. bile dekat rase jauh..huu

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Belajarlah untuk Redha.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Redha itu ikhlas :)

notahati : Mcm nak jln² dkt pantai je....


By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic