.Berusaha menjaga.

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


salam'alaik..

Hari ni terase nak ckp ttg hati je..hurmm tp rasenye mcm entry sebelum² ni pun byk pasal hati kan..erkk npekah?? Susah nak jage hati ni tapi x mustahil..masih berusaha meneutralkan hati. Kne polish skali kut baru bersih hati ni..nak polish pakai ape?? Zikir dan membace Quran insyaAllah. Terase hati ni mcm bersawang dan berkarat je..astaghfirullahalazim...kalau besi berkarat boleh jugak guna kertas pasir x pun cat..tp hati????

Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air. Seorang sahabat bertanya "Apakah cara utk menjadikan hati itu bersinar kembali??" Maka jawab Rasulullah Banyakkan mengingati mati dan membaca al-Quran." (Riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar. )
Meh flash back kejap.. nak hidupkan hati dgn Al-Quran ade syaratnye cube.Klik sini. :)


Hati yg kotor adelah hati yg kurang bermujahadah...iaitu melakukan kebaikkan. Hurmm..kerdil diri ni sebenarnye..malu dgn Allah..mungkin faktor² terase cm ni sbb kurangnye pendekatan pd DIA..bila hati dah hitam rase x tenang je..ni la namenye penyakit hati..bkn sakit hati ye...

.Klik...Klik..

Ya Allah susahnyelah nak jage hati yg sekeping ni dari lalai dari mengingatiMu..Kite kena .hati-hati dgn hati. sbb hati ni bahaya kalau x dijage dgn betul boleh memusnahkan diri, nauzubillah,mohon dijauhkan. Sememangnya sebagai manusia kita x lari dari fitrah insani tp kne betul² kuat menjaga hati tkt bila dah tahap terlampau keras kita dah x mampu nak lembutkan lagi. meh tengok tanda² hati keras cam mane :)

.KLIK.

Ya Allah rase sedih pun ade..tgh berusaha menguatkan diri. InsyaAllah sekeping hati ni masih bertahan. Payah tak bererti mustahil asal ada usaha insyaAllah boleh. :) Kene ingat hati kita Allah yg pegang ^_^


By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Muslimah solehah hiasan dunia.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam'alaik..

Tudung labuhnya menjadi pelindung anggota..
Zikir yg tiada henti dimulutnya adalah gincu si dia..
wuduk yg diambil menjadi penyeri muka..
anting² yg terindah adalah mendengar ayat² suciNya..
teserlah sifat tawaduknya dgn kakinya mengatur langkah menuju rumahNya..
terpancar sinar Nur yg ikhlas dari wajahnya apabila tgnnya diangkat 
memohon doa hanya pdNya..
Bersih hatinya bila dia redha dgn ketentuan dariNya..
suci mutiaranya yg menitis krn merindui DIA
bertambah suci dirinya dgn cinta yg disemai hanya buat DIA..
itulah muslimah solehah hiasan dunia..

:)

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Semuanya berhikmah.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam'alaik...




Kadang-kadang kita berdoa untuk KUAT, Tapi kenapa banyak DUGAAN...

Kadang-kadang kita minta CERDIK, Tapi MASALAH pula yang timbul,

Kadang-kadang kita minta BAHAGIA, Tapi HURU-HARA pula datang…



DUGAAN menjadikan mental kita KUAT, MASALAH menjadikan kita BERFIKIR,

HURU-HARA menjadikan kita TABAH… HEBAT kan Allah…semua ada hikmah…



copy from rakan FB :)


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Study + assignment.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam'alaik...


study ira study..

uhuk..uhuk...

assignment...kuiz...test..exam...

haaacoo0ooo0oom!!...

=__=''

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Hati ini milik DIA.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam'alaik..






Hati kita milik DIA..
Andai ia pernah terluka..
sembuhkanlah..
Andai ia telah kotor dgn dosa..
sucikanlah dgn memohon keampunanNya..
sesungguhnya Dia maha pengampun...

Andai satu masa engkau pernah terleka
sehingga hanyut dgn dosa..
Kembalilah pada DIA dan bertaubatlah dgn ikhlas
hanya keranaNya..

Hanya Dia yg maha mengetahui..
apa yg tersirat dalam hatimu..
Dia jugalah yg mengampunkan dosa kecil jua yg besar..
Subhanallah..Pemurahnya Engkau Ya Rabb..

Sesungguhnya diri ini merasakan terlampau hina disisiMu..
terlalu byk dosa yg dilakukan dlm sedar mahu pun tidak..

Ya Rabbul Izzati..
andai hati ini telah terlalu hitam warnanya..
izinkan aku bersihkannya dgn namaMu..
Izinkan aku hiaskan ia dgn sedikit NUR dariMu..

Ya Allah..
kerana Engkau pemilik sekeping hati 
yg sering lagho dgn dunia ini

ku memohon..
ampuni diriku atas segala kekhilafanku.
Izinkan aku kembali padaMu.
terimalah taubat hambaMu..
sesungguhnya Engkau maha pemurah lagi maha pengampun

amin...

Hati ibarat tanah,ia boleh gersang dan hati yg gersang tidak akan menumbuhkan lagi pokok² kebaikan. Hati gersang disebabkan tidak berzikir, dan tidak selalu mengingati mati.

.::Ingatan buat diri dan sahabat²::.

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Indahnya Ukhwah.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


image by google


Salam'alaik...

Tersenyum tidak bermakna gembira
ceria tidak bermakna bahagia..
tenang hatinya tidak bermakna setenang raut wajahnya..
indah matanya tidak bermakna seindah perjalanan hidupnya

Andai yg dilihat itu bahagia..
selamilah kelukaannya..
andai yg dilihat itu gelak dan tawa
rasailah kepedihannya..

Ukhwah itu mudah
Ukhwah itu indah..
Ukhwah juga pembawa riang tawa dan mesra
ukhwah jualah yg menghapuskan mutiara jernih
tatkala ada yg menitiskan tanpa sengaja..

Ya Allah..
Manisnya anugerahMu
Indahnya nikmatMu..
Lebih indah lagi kerana ia terjalin diatas jalanMu

Ya Rabb..
Alhamdulillah ku amat bersyukur
mengenali mereka yg selama ini tidak pernah ku kenal..
semoga ukhwah ini terjalin buat selamanya..
insyaAllah..

.::Buat sahabat² tercinta, uhibbukum fillah abadan abada::.


p/s: Maaf lame x post entry agak busy dgn assignment :)

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Cinta.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم





Assalam..
Jika cinta adalah kerinduan,
maka jadikanlah rindu ini dalam dzikir pada-Mu.
Jika cinta adalah perjuangan,
maka kobarkanlah semangat di dada kami.
Jika cinta adalah pengorbanan,
maka jadikan pengorbanan ini tidak sia-sia di sisi-Mu.
Jika cinta adalah air mata,
maka jadikan ia air mata taubat pada-Mu Ya Allah..

.::Ya Allah jdknlah cinta dlm hatiku seiring dgn cinta dlm sujudku::.
Kuatkan hatiku dan jgnlah ia lari dari nawaituku iaitu cintainya keranaMu..
Amin..




By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Ketika hati seorang muslimah terluka.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam'alaik




Ketika hati seorang Muslimah terluka..
Dia akan menghapus air matanya dengan imannya..

Ketika hati seorang Muslimah terluka..
Dia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya..

Ketika hati seorang Muslimah terluka..
Dia meneruskan harinya dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya..

Ketika hati seorang Muslimah terluka..
Dalam redha dia memohon keampunan dari Penciptanya..
berusahalah menjadi seorang muslimah seperti itu..
InsyaAllah.....amin...


.Copy from FB.


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.DIAM.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم




Salam'alaik..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..


tapi..


Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..

Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..

Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..

Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..


kerana..


DIAM kita mungkin disalah tafsir

DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka

DIAM kita mungkin disilap terjemah..

DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..


maka..


jika kita merasakan DIAM itu terbaik..

seharusnya kita DIAM..

namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..

berkatalah sehingga mereka DIAM

.::Ya Allah peliharalah lidahku dari mengeluarkan perkara yg sia² dan tdk sepatutnya::.
.Amin.

copy from FB


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Nikmat-Nya.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam'alaik...


*Ya Allah jdkan aku manusia yg sentiasa mensyukuri nikmat-Mu*
Amin..

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.HIJRAH.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Salam'alaik..

Masa terus berputar..
meninggalkan detik hidup semalam
utk mengatur langkah yg baru esoknya..

Waktu bertukar silih berganti...
Nafas didada seakan terhenti..
tatkala jantung yg berdegup terasa lelahnya..

Ya Allah 
adakah ini musibah atau ujian??

Berjalan dan terus berjalan..
berjalan tanpa henti..
mencari identiti diri..
yg hilang dlm keasyikan duniawi..

Tertanya-tanya diri ini..
adakah aku yg slh krn pilih percaturan hidup begini??
apa mungkin sebaiknya aku mengalah dan turutkan
kemahuan mereka² yg menilaiku??

Ya Rabbul Izzati..
Hati dan akal tidak lgi selari.
perperangan jiwa menguasai diri..

Hati..
"Ikutkan kata mereka, dunia semakin berubah..
berubahlah mengikut dunia"

Akal..
"Dunia mmg semakin berubah, tetapi tak slhkn
kalau kita pula yg merubah dunia??''

Berfikir..dan terus berfikir..
merenung dan terus merenung
mencari makna yg tersirat..
bagi menyerlahkan yg tersurat..

Ya Allah..
Jwpnnya kian ku temui..
tetapi masih lagi tercari²
semoga tidak terslh membuat pilihan..
keputusan segera harus disuarakan..

YA!
itulah jwpnnya..
alhamdulillah ku temui juga..
Syukur Ya Allah..

Puas tercari-cari..
puas meneliti..
rupa²nya dpn mata ia berdiri..

Bak kata org ikut hati MATI
ikut rasa BINASA...
jd,ku turutkan kata akalku..
dan penilaian imanku..

Bukannya mahu berhenti dipertengahan jln..
tetapi tekadku adalah melakukan
pengHIJRAHan..

.::Tidak akan sesekali menoleh ke belakang dan teragak-agak,tetapi terus melangkah tanpa henti::.


By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Kerana Aku Wanita.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Image by google



Salam'alaik..


‎~Ke̲r̲a̲n̲a̲ Ak̲u̲ Wa̲n̲i̲T̲a̲~ 

kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita 
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita 
aku damba pertolongan darimu Adam
peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku
peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu
kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku
saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu buruk pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.




Copy from FB :)


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Ingin ku menjadi seperti dia.




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam'alaik..

Syahdu suaranya mengalun Kalamullah
Indah wajahnya terpancar Nur Ilahi..
Suci jiwanya dek ikhlas kerana Allah..
Kuatnya diri kerana teguhnya iman dihati..

Lembut tutur katanya penuh erti..
Tegas dirinya biarpun dipujuk berkali²
Ibadahnya dilakukan tidak terhenti..
Prinsip seorg srikandi teguh bertahan dlm sanubari..

Cantik dirinya kerana auratnya terjaga..
Sejuk memandangnya krn akhlak yg dibawa..
Dunia pada tgn dan akhirat pd hati..
menjadi asas melaksanakan perintah Ilahi..

Ya Allah,
Insan ini amatlah aku kagumi..
Seandainya diriku mampu,
Ingin aku aku jd sepertinya...
Tawaduk dgn ibadahnya pdMu..
cekal hatinya melakukan suruhanMu..

Ya Allah,
Cemburu mula menguasai diri..
melihat cintanya padaMu amatlah tinggi..
biarkanlah cemburuku membawa pd meneutralkan hati
dan bknnya pd yg namanya hasad dengki..
Semoga ikhlas dlm mentarbiyah diri...

Amin...

.::Belajar perbaiki diri dan terus belajar tanpa henti::.

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

 

.Kullu Sanah wa antum toyyibin ^_^.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam'alaik...
Slm Aidiladha buat semua, esok raya Qurban...hari ni ramai yg berpuasa sempena hari arafah, syukur alhamdulillah ^_^ semoga esok segalanya lancar, amin :D Kullu sanah wa antum toyyibin ^_^  *nak jd org mesir kejap :) *




By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Qalbu ku berbicara.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم






Salam'alaik..
Mutiaranya tumpah lagi..
Mengenang kisah semalam yg tidak ternoktah..
Andai dapat kembalikan masa
dia memilih untuk tidak mengenalinya..

Tiada yg silap dlm mengenal fitrah..
tetapi sekeping hati ini begitu payah hendak dijaga..
semakin hati semakin kotor dgn perkara yg sia²

Kalau dulunya hatinya hanya memuji DIA,
Tetapi sekarang ia sudah pandai memuja dia..
Astaghfirullahalazim...
ampuni diri ini Ya Rabbul Izzati..

Ampunkan hati ini krn masih tdk terjaga..
Ampunkan hati ini krn masih hitam warnanya..

Ya Rabbul Izzati
Kalau cintanya lebih pd melaghokn jiwa dan jauh dr Mu..
maka ku pilih ditetapkan cinta hanya pdMu..
tetapi andai cintanya membawaku menuju pdMu..
Engkau aturkanlah yg terbaik pd kami sebagai hambaMu..

Aku yakin tiada yg slh dgn fitrahku..
tetapi ku takut fitrahku membawa fitnah buatmu juga diriku..
andai perancanganNya kau tercipta untukku..
InsyaAllah aku akn setia menunggu..

tetapi andai perancanganNya kau bukan milikku..
sabarkanlah hatimu dan redhalah dgn kehendakNya.
walau hatiku juga belum tentu mampu menerima 
tetapi ku cuba untuk ikhlaskan jua
kerana DIA tahu yg terbaik bg hambaNya..

Sabar dlm penantian...

=_=''


By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Ciinta bukan milik kita.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam'alaik..


Cinta bukan milik kita...Setiap perpisahan tidak sia-sia...


Tak perlu bersedih lama...
Cinta itu milik Allah....
Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya....
kerana...
mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati
 si dia yang setepatnya untuk kamu...

bak kata Saiyidina Umar: 
"..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri.." 

Jangan kau kutip lagi serpihan kaca...
Sabarlah hingga kau temukan permata...

~Memang tangan kita tdk bersentuhan...
mata kita tdk saling menatap...
wajah kita tdk bertemu...
mulut kita tdk menyapa...

tetapi...
jika hati kita masih tertaut antra 1 sama lain.. 
& dirimu masih menyimpan rasa sprti ku...

aku yakin & percaya....
cinta ini masih ada...
setelah aku HALAL buatmu...(^_^)



.Photocopy from FB.


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Maafkan aku.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalam...

andai kehadiranku punca GOYAHnya imanmu
MAAFKAN AKU

andai kehadiranku punca hatimu MERANA
MAAFKAN AKU

andai kehadiranku punca LALAInya hatimu
MAAFKAN AKU 

andai kehadiranku punca LEMAH & berkrgnya smngt MUJAHADAHmu
MAAFKAN AKU

sungguh!
itu semua bukanlah niatku

.::Maafkan aku::.

'jika benar kamu mencintainya, peliharalah imannya'



Copy..


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Hati ini milik DIA.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم




Salam'alaik...
♥..Tidak bertemu MATA..♥
♥..Tidak bertemu SUARA..♥
♥..Tidak mengungkap JANJI..♥
♥..Tidak bermadah CINTA..♥

.::Cukuplah kata mengingati ALLAH::.
.::cukuplah nasihat serta teguran::.
.::cukuplah aku tahu kau punya AGAMA dan IMAN::.

♥ Hati kita ALLAH yg punya♥
♥Hati kita ALLAH yg jaga♥

Berdoalah..
krn itu SENJATA kita..

Andai Takdir hidup bersama..
Pasti Allah akan mempermudahkan JALANnya...
InsyaAllah..


.Copy.


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.DIA dan CINTANYA.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Salam'alaik...
DIA hadirkan CINTA dlm diri..
DIA berikan kita CINTA dlm hati..
DIA CINTAkan kita tanpa henti..
DIA hadiahkan CINTA buat diri utk menCINTAi dan diCINTAi..
CINTA yg tiada noktah dan kekal abadi..
satu²nya CINTA yg mampu mententeramkan sanubari,
menenangkan emosi,
CINTA yg mampu meruntuhkan ego yg tinggi..
CINTA yg tidak mungkin akan membuat hati dilukai..
hebatnya CINTA DIA tidak dpt ditandingi..
krn CINTA DIA masih bersama kita saat CINTA dia berlalu pergi..
DIA sang PenCINTA yg memberi CINTA sejak azali..
CINTA yg DIA hadiahkan penuh dgn erti..
CINTA yg bukan FANTASI tetapi REALITI..
itulah cinta yg HAKIKI dari ILAHI..
ANUGERAH terindah yg tiada ganti..

.::Semoga cintaku buat-Nya sentiasa melebihi cintaku pd dunia::.

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Trying.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam'alaik..


Trying to smile although its hurt so much inside..
Trying to be strong althought my heart was not strong enough..
Trying to cool althought I know my mind full of questions that have no answer..
Trying to be someone else while I knew that I can do better...
Trying to be grateful with what I have..
Trying so hard to be sincere with my self...
Thank You Allah for always there for me
and never leave me when I'm alone...

"..Cukuplah hanya Allah buatku..." (At-Taubah 129)



By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Rindu.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam'alaik..

Rindukan DIA dan kekasihNya...
Terlalu rindu...
terase kerdilnya diri...
Semoga ditetapkan iman dihati
^_^

ighfirli Ya Rabbul Izzati..

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Ketika Hati Berbicara.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

salam'alaik...



☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤ ¸. • * ¨ `* •.♫
Bila taubat sekadarnya sahaja..
Kadangkala berulang dan terulang dosa..
Iman masih di tempat sama..
bahkan mungkin lebih rendah dari biasa..
Dan kerana hentinya nafas tak tertera..
Raihlah insaf supaya tak kufur!
kullunafsin zaaiqotulmaut!
☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤ ¸. • * ¨ `* •.♫

Ya Allah...
Terasa diri ini penuh dosa..
Dosa semalam yg masih belum dpt ku tebus..
dosa yg menghantuiku hingga kehari ini..
aku takut andai dosa ini terus berulang..
takut dgn azabMu wahai sang pencipta..

Ya Rabbul Izzati...
Engkau berikanlah keampunanMu buatku..
atas kekhilafan diri ini..
Kuatkanlah hati ini agar taubat ku ikhlas krn Mu..
dan kuatkanlah hati ini agar iman ku tidak goyah dgn diuji..

Ya Allah..
Ampuni diri ini..
aku hanyalah hambaMu yg hina..
yg sering alpa dgn dunia..
Ku memohon berikanlah hidayahMu agar aku 
mampu menjadi srikandi yg terus berjuang untuk
 jihad di jalanMu.. 

Amin...

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Aku ingin dicintai kerana Allah.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam'alaik..


(¯`*• AKU INGIN DICINTAI KERANA ALLAH (¯`*•
♥•♥...¸.·´... ¸.·´¨) ¸.·*¨)

(¸.·´ (¸.·´ .¸¸.·¨¯`·. ♥•♥•★•★



Jika kau mencintaiku karena sifatku yang ceria..

Menjadi semangat yang menyala di dalam hati mu.

Kemudian aku bertanya..

Bila keceriaan itu kelam dirundung duka..

Seberapa muram cintamu kan ada?

Jika kau mencintaiku karena ketampananku..

Menyejukkan setiap mata yang memandangnya..

Kemudian aku bertanya..

Saat ketampanan itu memudar ditempuh usia..

Seberapa pudarkah kelak cintamu padaku?

Jika kau mencintaiku karena ramah hatiku..

Memberi kehangatan dalam setiap sapaanmu..

Kemudian aku bertanya..

Kiranya keramahan itu tertutup kabut prasangka..

Seberapa mampu cintamu memendam praduga?

Jika kau mencintaiku karena cerdasnya diriku..

Membuatmu yakin pada putusanku..

Kemudian aku bertanya..

Ketika kecerdasan itu berangsur hilang menua..

Seberapa bijak cintamu tuk tetap mengharapku?

Jika kau mencintaiku karena kemandirian yang ku miliki..

Menyematkan rasa bangga mu yang mengenalku..

Kemudian aku bertanya..

Jika di tengah itu rasa manjaku tiba menyeruak..

Seberapa tangguh cintamu tuk tetap bersamaku?

Jika kau mencintaiku karena tegarnya sikapku..

Menambatkan rasa kagum pada kokohnya pertahananmu..

Kemudian aku bertanya..

Andai ketegaran itu rapuh diterpa badai..

Seberapa kuat cintamu bertahan?

Jika kau mencintaiku karena pengertian yang ku berikan..

Menumbuhkan ketenangan karena kepercayaan yang ku tanam

Kemudian aku bertanya..

Kelak pengertian itu tertelan oleh ego sesaat..

Seberapa kau mampu mengerti cinta ini?

Jika kau mencintaiku karena luasnya danau kesabaranku..

Menambah dalamnya rasa cinta semakin kau mengenalku..

Kemudian aku bertanya..

Mungkin kesabaran itu mencapai batas membendung kesalahanku..

Seberapa besar cinta mampu memaafkan?

Jika kau mencintaiku karena keteguhan imanku..

Bagai siradj yang benderang mengantarkan cahaya..

Kemudian aku bertanya..

Kala iman itu jatuh menurun..

Seberapa berkurang akhirnya cintamu padaku?

Jika kau mencintaiku karena..

Ku yang tlah kau pilih sebagai cinta yang kan kau pegang sepanjang hayat..

Kemudian aku bertanya..

Pun hati ini tergoncang..

Seberapa mantap cinta ini tuk tetap setia?

Andai sejuta alasan tak cukup..

Untuk membuat cinta ini tetap bersama diriku..

Maka biar kupinta satu alasan tuk menjaga cinta ini....

Aku ingin kau cintai karena Allah..

Karena Dia kan selalu ada tuk menjaga..

Maka cintaku kan tetap utuh dan setia..

Hingga kelak, ku tak mampu lagi mencintaimu..

Karena cintaku berpulang pada-Nya..


Photocopy from sahabat FB :)


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic