.Jalan Itu.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم















 Jalan itu, jalan yg dipilih..
jalan yang penuh berliku
penuh dugaan, penuh cabaran
tetapi membawa sejuta kemanisan dan kebahagiaan...


notahati | smile, and never less in smile :)

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Dia Yang Dipilih-Nya.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Ya Akhi
satu nama yg indah diberi 
 penuh bermakna,
Cahaya Yang Terpuji
terlakar disanubari..
terpancar bercahaya dari mata yg terang sinarnya

Wajahmu bersih dihiasi senyum nan ikhlas,
terukir hati yg jujur berhias kata² yg luhur
terzahir dibibirmu yg petah bicaranya

Kata²mu tajam,
lebih tajam dari belati yg menghiris
sekeping hati yg lembutnya lebih
lembut dari sehelai sutera.. 

Tapi jujur diakui 
setiap patah yang terlahir 
semuanya berisi semuanya bermakna..
baik tersurat mahu tersirat
mengingati diri agar
pelihara akhlak dan hati

Ya Akhi,
semoga akhlakmu seiring dgn indahnya namamu
tingkah laku mu dididik agar teguh seperti
Muhammad kekasih-Nya

Semoga semangat jihad mu kuat
umpama jihad Rasulullah tercinta
tegas sikapmu biarlah mengikut sunnah
agar dapat menjadi imam pada yg
 bakal dipimpin mu kelak..

wahai akhi,
Keutuhan persahabatanmu biarlah 
manisnya terasa sebagaimana Muhammad
menjaga ukhwahnya dan para sahabat..

tidak aku minta hartamu
tidak diinginkan berdampingan sentiasa
cukuplah sekadar mendorong dan memimpinku
untuk sentiasa dekat dgn-Nya

tidak juga aku tagih kata² manis dan puitis
tetapi cukuplah dengan
mendidik hatimu untuk memelihara
pada yang diniatkan menjadi halal buatmu
yg bakal melengkap tulang rusukmu
dan yg bakal menjadi ibu pd zuriat mu
bukan hanya sekadar lafaz yg terlahir dibibir 
tetapi masih blm pasti di ruang hati..

Tarbiyah diri dgn ilmu yg tinggi
mendalami agama dgn iman dihati
nawaitu yang ikhlas dan suci pelengkap
peribadi mulia yang mengiringi langkah dihati

andai kau yang dipilih Allah
untuk membimbingku hingga ke jannah
akn dijaga sekeping hati ini untuk mu
hingga masa yang tepat untuk dizahirkan
lafaz ijab qabul hanya itu yg dinantikan..

insha'Allah..
:)




















notahati | Ya Allah Jika dia benar untuk dekatkanlah hatinya dgn hatiku, jika dia bukan milikku damaikanlah hatiku dgn ketentuanMu..


By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Mati itu Pasti, Hidup? In Shaa Allah.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Slm'alaik..

Seorang lagi sahabat baik pergi menghadap sang Pencipta. Ridzuan,20. Sahabat dari sekolah lgi. Arwah meupakan antara sahabat terbaik, Allah lebih menyayangi arwah. Kehilangan amat dirasa walau mungkin tak sehebat pihak keluarga dan bakal isteri arwah, sebagai sahabat kami mendoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman,inshaAllah.

mati itu pasti,hidup? inshaAllah. - Ramlee Awang Murshid

notahati | setiap hari dengar berita kematian, peringatan untuk diri, ighfirli Ya Allah.

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic