.Kehadiran.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam'alaik..

image from google

Kehadiran dia di sisi 
ternyata membuatku tersenyum..
hati riang dgn gelak tawa..
senyumku sering terukir tanpa sedar..

bahagia hati ini dgn kehadiran dirinya..
membuka pintu hati untuk teruskan perjuangan hidup..
tetapi...
andai dirinya terluka kerana sikapku 
ku memhon agar dia menerima maaf dariku..
kerana aku tdk mahu menangis kelak
kerana kepergian Dia dari hdp ini

aku akui ianya indah dimata manusia..
mencipta bahagia hingga terlupa pada Kekasih kita
tetapi di mata DIA???
sedar atau tidak kemurkaan DIA yg kita minta..
kasihNya kita abaikan..

selama ini diri terlupa kehadiran Dia yg seharusnya
ku damba bukan kehadiran dia yg belum
tentu menjadi pemilik tulang rusukku.. 

Ya Rabb..
sekiranya belum tiba masanya bgku bertemu
'dia' buat diriku..
jauhkanlah hatiku dari hatinya...
kuattkanlah imannya jua imanku..
teguhkanlah cinta keranaMu dlm dirinya 
dan keutuhan kasih buatMu bg diriku..

Andai kehadiran dia 
mengganggu ibadahku..
hilangkanlah dia dari pandanganku
dan temukanlah dia dgn insan yg selayaknya 
yg jauh lebih baik berbanding aku...

ku memohon jgn biarkan mutiaraku
tumpah setelah diri ini redha dgn perginya dia..

amin...


notahati : Terasa jauh dari DIA..hurmmm muhasabah diri...hati oh hati...

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Memohon RedhaNya.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam'alaik..


Terasa diri ini penuh dgn dosa..
Diselubungi noda yg entah dimana noktahnya
hati ini tidak lagi setenang dahulunya..
resah..gelisah..
istighfar hati ini berulang kali...

Andai perbuatanku mengundang murkaMu
Sedarkanlah aku..
andai tutur kataku tidak lagi terjaga
ampunkan aku..

Ya Allah..
dosaku terlalu byk..
diriku terlalu lagho dlm mengejar dunia
sedangkan yg harusku kejar akhirat yg kekal abadi..

Ya Allah..
dahulunya diri ini pernah meminta belas dari insan yg bernama manusia
tanpa aku sedar seharusnya pdMu ku meminta..
pdMu jua seharusnya ku labuhkan kasih..

Dosa yg ku tanggung amatlah tidak terhitung..
berulang kali bibir mengatakan taubat
tetapi masih terus terulang kesilapan yg serupa

Ya Allah
sesungguhnya nikmat yg Engkau beri..
subhanallah!
tak mampu ku bygkan dgn akal fikiran

Ya Allah.
Yg ku pinta adalah kasih dan cintaMu..
dalam mengejar maghfirahMu..
agar terpancar sinar Mardhatillah
dlm diriku..

Ya Allah
jika yg telah Kau takdirkan untukku ini
yg terbaik bgku..
kuatkanlah semangat jihadku..
teguhkanlah pendirianku
agar aku tidak terus lalai dgn duniaku sendiri....

amin..

.::Menjerit hati..meronta-ronta jiwa memikirkan diri yg dlm dilema::..


gambar x de kena mengena dgn post =_='

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Aku wanita yang tiada sempurnanya.



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam'alaik..

Aku wanita yang tiada sempurnanya..
masih masih melakukan kesilapan yg berulang..
aku hanya insan biasa..
yg masih merangkak-rangkak memperbaiki akhlak..
insan yg punyai 1001 kekurangan diri..

Nilailah aku dgn keteguhan imanku
bukan dengan pandangan mata kasarmu..
jgn terlalu mengagumiku 
kerana kelak kau mungkin kecewa 
setelah kau ketahui kelemahan ku...

Jgn pula engkau menyanjungku kerana
aku bkn insan yg layak disanjung...
kelemahanku melampaui kelebihanku..
kelalaianku masih menjadi raja dlm diri..
walau berusaha memperbaiki dan terus mencuba lagi..

Aku insan biasa yg seharusnya dilayan sama rata dgn insan yg lain
jgn membezakan diriku hanya kerana memandang pakaianku
jgn juga mewujudkan jurang dgnku
 kerana aku insan yg sememangnya setaraf dgnmu.. 

Ku bkn memohon juga tidak merayu..
kalau seandainya mampu..
layanlah aku setaraf dgn sahabatmu yg lain..
tutur kata mu tdk perlu selembut-lembutnya
cukuplah bicaramu senada dgn yg lainnya..

kerana
aku hanya wanita yg tiada sempurnanya...
seorang wanita biasa yg bercita-cita menjadi luar biasa..
aku wanita yang masih tercari-cari Nur Kasi-Nya..
InsyaAllah...untuk mengapai Jannah-Nya di sana..

.::Terase kerdil di sisi Allah::.


By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Alhamdulillah, Ahlan 2012, fly with the memories 2011.




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam'alaik...
Alhamdulillah sampai jugak 2012,syukur pd Allah sebab masih bernafas untuk merasa thn baru ni. Tahun baru azam pun baru, tiap² thn azam baru.hihi. Ade jgk azam thn lps yg x tertunai lgi, ntah bila..insyaAllah satu hari akan terlaksana dgn izin-Nya. Setelah di renung² ade beberapa azam baru tahun ni...xde la byk sgt..err tp byk la jugak.

Azam² yg perlu dicapai 2012.
  1. Maintainkan pointer 3 dan kalau boleh nak 3.5 pulak..insyaAllah..(kna work hard ni!)
  2. Sematkan pesan abg dlm diri (tgh berusaha lgi ni..hihi)
  3. Lebih istiqomah dari thn lps...(boleh kot)
  4. Ibadah didahulukan dlm apa jua keadaan..=)
  5. Kurangkan main..(err still memaen ke??)
  6. Nak sembuh cepat²!! ^_^
  7. Hafalan kne mantopkn ..insyaAllah..
Hurmmm mcm byk je...tp byk lgi dari ni sebenarnye...tp cube la stakat yg mampu untuk capai kesemua insyaAllah..(dlm hati resah tkt x dpt capai..hurmmm) Tapi belum berusaha belum taw kan ;) Doa, usaha dan tawakal :) Semoga tahun baru ni membawa berkah dlm kehidupan kita dan mencuba yg terbaik untuk lebih dkt pd Nya dan mudah-mudahan penghijrahan kpd yg lebih baik diteruskan :)..insyaAllah...:)
By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic