.Cinta.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم





Assalam..
Jika cinta adalah kerinduan,
maka jadikanlah rindu ini dalam dzikir pada-Mu.
Jika cinta adalah perjuangan,
maka kobarkanlah semangat di dada kami.
Jika cinta adalah pengorbanan,
maka jadikan pengorbanan ini tidak sia-sia di sisi-Mu.
Jika cinta adalah air mata,
maka jadikan ia air mata taubat pada-Mu Ya Allah..

.::Ya Allah jdknlah cinta dlm hatiku seiring dgn cinta dlm sujudku::.
Kuatkan hatiku dan jgnlah ia lari dari nawaituku iaitu cintainya keranaMu..
Amin..




By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Ketika hati seorang muslimah terluka.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam'alaik




Ketika hati seorang Muslimah terluka..
Dia akan menghapus air matanya dengan imannya..

Ketika hati seorang Muslimah terluka..
Dia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya..

Ketika hati seorang Muslimah terluka..
Dia meneruskan harinya dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya..

Ketika hati seorang Muslimah terluka..
Dalam redha dia memohon keampunan dari Penciptanya..
berusahalah menjadi seorang muslimah seperti itu..
InsyaAllah.....amin...


.Copy from FB.


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.DIAM.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم




Salam'alaik..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..


tapi..


Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..

Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..

Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..

Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..


kerana..


DIAM kita mungkin disalah tafsir

DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka

DIAM kita mungkin disilap terjemah..

DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..


maka..


jika kita merasakan DIAM itu terbaik..

seharusnya kita DIAM..

namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..

berkatalah sehingga mereka DIAM

.::Ya Allah peliharalah lidahku dari mengeluarkan perkara yg sia² dan tdk sepatutnya::.
.Amin.

copy from FB


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Nikmat-Nya.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam'alaik...


*Ya Allah jdkan aku manusia yg sentiasa mensyukuri nikmat-Mu*
Amin..

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.HIJRAH.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Salam'alaik..

Masa terus berputar..
meninggalkan detik hidup semalam
utk mengatur langkah yg baru esoknya..

Waktu bertukar silih berganti...
Nafas didada seakan terhenti..
tatkala jantung yg berdegup terasa lelahnya..

Ya Allah 
adakah ini musibah atau ujian??

Berjalan dan terus berjalan..
berjalan tanpa henti..
mencari identiti diri..
yg hilang dlm keasyikan duniawi..

Tertanya-tanya diri ini..
adakah aku yg slh krn pilih percaturan hidup begini??
apa mungkin sebaiknya aku mengalah dan turutkan
kemahuan mereka² yg menilaiku??

Ya Rabbul Izzati..
Hati dan akal tidak lgi selari.
perperangan jiwa menguasai diri..

Hati..
"Ikutkan kata mereka, dunia semakin berubah..
berubahlah mengikut dunia"

Akal..
"Dunia mmg semakin berubah, tetapi tak slhkn
kalau kita pula yg merubah dunia??''

Berfikir..dan terus berfikir..
merenung dan terus merenung
mencari makna yg tersirat..
bagi menyerlahkan yg tersurat..

Ya Allah..
Jwpnnya kian ku temui..
tetapi masih lagi tercari²
semoga tidak terslh membuat pilihan..
keputusan segera harus disuarakan..

YA!
itulah jwpnnya..
alhamdulillah ku temui juga..
Syukur Ya Allah..

Puas tercari-cari..
puas meneliti..
rupa²nya dpn mata ia berdiri..

Bak kata org ikut hati MATI
ikut rasa BINASA...
jd,ku turutkan kata akalku..
dan penilaian imanku..

Bukannya mahu berhenti dipertengahan jln..
tetapi tekadku adalah melakukan
pengHIJRAHan..

.::Tidak akan sesekali menoleh ke belakang dan teragak-agak,tetapi terus melangkah tanpa henti::.


By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Kerana Aku Wanita.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Image by google



Salam'alaik..


‎~Ke̲r̲a̲n̲a̲ Ak̲u̲ Wa̲n̲i̲T̲a̲~ 

kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita 
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita 
aku damba pertolongan darimu Adam
peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku
peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu
kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku
saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu buruk pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.




Copy from FB :)


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Ingin ku menjadi seperti dia.




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam'alaik..

Syahdu suaranya mengalun Kalamullah
Indah wajahnya terpancar Nur Ilahi..
Suci jiwanya dek ikhlas kerana Allah..
Kuatnya diri kerana teguhnya iman dihati..

Lembut tutur katanya penuh erti..
Tegas dirinya biarpun dipujuk berkali²
Ibadahnya dilakukan tidak terhenti..
Prinsip seorg srikandi teguh bertahan dlm sanubari..

Cantik dirinya kerana auratnya terjaga..
Sejuk memandangnya krn akhlak yg dibawa..
Dunia pada tgn dan akhirat pd hati..
menjadi asas melaksanakan perintah Ilahi..

Ya Allah,
Insan ini amatlah aku kagumi..
Seandainya diriku mampu,
Ingin aku aku jd sepertinya...
Tawaduk dgn ibadahnya pdMu..
cekal hatinya melakukan suruhanMu..

Ya Allah,
Cemburu mula menguasai diri..
melihat cintanya padaMu amatlah tinggi..
biarkanlah cemburuku membawa pd meneutralkan hati
dan bknnya pd yg namanya hasad dengki..
Semoga ikhlas dlm mentarbiyah diri...

Amin...

.::Belajar perbaiki diri dan terus belajar tanpa henti::.

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

 

.Kullu Sanah wa antum toyyibin ^_^.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam'alaik...
Slm Aidiladha buat semua, esok raya Qurban...hari ni ramai yg berpuasa sempena hari arafah, syukur alhamdulillah ^_^ semoga esok segalanya lancar, amin :D Kullu sanah wa antum toyyibin ^_^  *nak jd org mesir kejap :) *




By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Qalbu ku berbicara.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم






Salam'alaik..
Mutiaranya tumpah lagi..
Mengenang kisah semalam yg tidak ternoktah..
Andai dapat kembalikan masa
dia memilih untuk tidak mengenalinya..

Tiada yg silap dlm mengenal fitrah..
tetapi sekeping hati ini begitu payah hendak dijaga..
semakin hati semakin kotor dgn perkara yg sia²

Kalau dulunya hatinya hanya memuji DIA,
Tetapi sekarang ia sudah pandai memuja dia..
Astaghfirullahalazim...
ampuni diri ini Ya Rabbul Izzati..

Ampunkan hati ini krn masih tdk terjaga..
Ampunkan hati ini krn masih hitam warnanya..

Ya Rabbul Izzati
Kalau cintanya lebih pd melaghokn jiwa dan jauh dr Mu..
maka ku pilih ditetapkan cinta hanya pdMu..
tetapi andai cintanya membawaku menuju pdMu..
Engkau aturkanlah yg terbaik pd kami sebagai hambaMu..

Aku yakin tiada yg slh dgn fitrahku..
tetapi ku takut fitrahku membawa fitnah buatmu juga diriku..
andai perancanganNya kau tercipta untukku..
InsyaAllah aku akn setia menunggu..

tetapi andai perancanganNya kau bukan milikku..
sabarkanlah hatimu dan redhalah dgn kehendakNya.
walau hatiku juga belum tentu mampu menerima 
tetapi ku cuba untuk ikhlaskan jua
kerana DIA tahu yg terbaik bg hambaNya..

Sabar dlm penantian...

=_=''


By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Ciinta bukan milik kita.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam'alaik..


Cinta bukan milik kita...Setiap perpisahan tidak sia-sia...


Tak perlu bersedih lama...
Cinta itu milik Allah....
Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya....
kerana...
mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati
 si dia yang setepatnya untuk kamu...

bak kata Saiyidina Umar: 
"..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri.." 

Jangan kau kutip lagi serpihan kaca...
Sabarlah hingga kau temukan permata...

~Memang tangan kita tdk bersentuhan...
mata kita tdk saling menatap...
wajah kita tdk bertemu...
mulut kita tdk menyapa...

tetapi...
jika hati kita masih tertaut antra 1 sama lain.. 
& dirimu masih menyimpan rasa sprti ku...

aku yakin & percaya....
cinta ini masih ada...
setelah aku HALAL buatmu...(^_^)



.Photocopy from FB.


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Maafkan aku.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalam...

andai kehadiranku punca GOYAHnya imanmu
MAAFKAN AKU

andai kehadiranku punca hatimu MERANA
MAAFKAN AKU

andai kehadiranku punca LALAInya hatimu
MAAFKAN AKU 

andai kehadiranku punca LEMAH & berkrgnya smngt MUJAHADAHmu
MAAFKAN AKU

sungguh!
itu semua bukanlah niatku

.::Maafkan aku::.

'jika benar kamu mencintainya, peliharalah imannya'



Copy..


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

.Hati ini milik DIA.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم




Salam'alaik...
♥..Tidak bertemu MATA..♥
♥..Tidak bertemu SUARA..♥
♥..Tidak mengungkap JANJI..♥
♥..Tidak bermadah CINTA..♥

.::Cukuplah kata mengingati ALLAH::.
.::cukuplah nasihat serta teguran::.
.::cukuplah aku tahu kau punya AGAMA dan IMAN::.

♥ Hati kita ALLAH yg punya♥
♥Hati kita ALLAH yg jaga♥

Berdoalah..
krn itu SENJATA kita..

Andai Takdir hidup bersama..
Pasti Allah akan mempermudahkan JALANnya...
InsyaAllah..


.Copy.


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic