.Relakan pemergianku.[dedikasi untuk insan yg ku kenali]

Jika matamu berat memandangku,
ringankanlah kakimu pergi dariku,
Jika bibirmu terpaksa senyum padaku,
Relakanlah mukamu untuk berpaling dariku,
Jika susah untukmu melupakan kesilapanku,
senangkanlah lidahmu untuk menghinaku,
Tapi andainya suatu hari nanti,
Telingamu mendengar berita kematianku,
Izinkanlah tanganmu mengusung jasadku,
dan
Bisikkanlah padaku yang kau telah memaafkanku,
Moga kalimah terakhirmu itu menjadi pelita dikubur gelapku,
menjadi bantal dilena panjangku.

Jika besar bagimu kesalahan yang telah ku lakukan,
sehingga dirimu tidak dapat memaafkan aku,
aku reda dan ikhlas,
Jika aku kehilanganmu kerana kesalahanku,
juga aku relakan seikhlas hati walaupun berat,
kerana ku tahu dirimu sememangnya berhak berbuat demikian
Andai kau mendapat pengganti yang lebih baik dariku,
Jagalah dia dengan sempurna,
supaya dia tidak kehilanganmu..

Tapi, andai suatu hari,
terbuka hatimu untuk memaafkan aku,
Ku memohon maafkanlah aku,
atas segala kesalahan ku terhadap dirimu,
dan maafkanlah aku kerana tidak mampu,
menjadi yang terbaik buatmu semasa hayatku.
Tapi kau harus tahu bahawa dirimu
tidak pernah kehilanganku.

Jangan kau ratapi pemergianku,
itu permintaanku..
ku mohon kau relakannya..
diiringi dengan doa darimu
buat menemani ku di alam sana....
Salam akhir dariku..

No comments:

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic