.Cerpen: Nurul Iman.


Perlahan-lahan Nurul Iman bangun dari tilamnya. Nurul Iman menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan. Pernah dia terbaca Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar merekodkan, sunat menyapu kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun daripada tidur.

Ini Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W:

‘Rasulullah S.A.W, bangun daripada tidur lalu beliau duduk sambil menyapu kesan-kesan tidur pada wajahnya’
(Diriwayatkan oleh Muslim)


Nurul Iman memandang disekeliling bilik. Tiba-tiba Nurul Iman teringat sesuatu "Ya Allah, tak solat maghrib lagi", Bisik hati kecilnya. Nurul Iman bingkas bangun. Namun langkahnya terhenti seketika, "Allahu Akbar, kan Allah bagi cuti lagi!!". Nurul Iman kemudiannya menghalakan langkah ke meja belajar di satu sudut bilik. Nurul Iman menekan butang ‘on’ pada laptop yang saban hari setia menjalankan tugasnya seperti yang diprogramkan. Hatinya terdetik "Betapa hebat ilham manusia yang menciptakan laptop tersebut. Namun dia sedari semua kekaguman itu adalah milik mutlak Allah S.W.T, Masya-Allah(Allah yang mengizinkan atau Allah yang menganugerahkan) Tanpa kurniaan dari Allah, tak mungkin manusia mampu berfikir sebegitu. Walaupun satu-satunya makhluk Allah yang berakal adalah manusia, namun tidak semua membuat pemanduan yang betul dengan kurniaan yang satu itu. Bagi yang menggunakan mata hati pasti mengerti tujuan penganugerahan akal itu, namun bagi yang lalai dan terleka, penganugerahan itu pasti digunakan dengan tujuan yang sia-sia. Nurul Iman termenung sendiri. Matanya liar mencari ‘icon real player’ di desktop laptopnya.

Kemudian perlahan lagu di dalam real player miliknya dimainkan. Berkumandang lagu-lagu nasyid kegemaran Nurul Iman. Nurul Iman tersenyum sendiri menghayati lirik lagu ‘Permaisuri Hatiku’ dendangan kumpulan Hijjaz. Nurul Iman ingat lagi bagaimana abang longnya menyanyikan lagu itu dihadapan web cam untuk kakak iparnya yang menyambungkan pelajaran ke Mesir. Hampir nak pecah perut Nurul Iman dan adik-beradik yang lain bila terdengar suara sumbang abang long mereka. (Tak sangka abang long romantik. Muka je nampak garang tapi hati penuh kasih sayang rupanya, bisik hati kecilnya.) Namun Alhamdulillah, dugaan Allah buat mereka dah berakhir. Kini kakak ipar Nurul Iman telah kembali ke Malaysia dan mereka bahagia melayari bahtera rumahtangga di daerah yang lain.

Tiba-tiba hati Nurul Iman rindukan kampung halamannya. Dugaan Allah buatnya terasa berat untuk dipikul. Namun dia sedar, dia tidak harus merungut atas rezeki yang telah ditetapkan untuknya. Terngiang-ngiang pesanan umminya "Kak lang janganlah sedih. Rezeki kak lang Allah tetapkan di sana. Kena redho. Rencana Allah kita tak tahu. Ada hikmahnya. Insyaallah, ikhlaskan hati baru gaji kita berkat. Cuti sekolah kak lang baliklah," pujuk ummi malam sebelum Nurul Iman berangkat ke sabah. "Terima kasih ummi," bicara hati kecilnya. Nurul Iman kemudian menarik helaian kertas kajang di atas meja. Nurul Iman perlu habiskan menyemak ke semua kertas soalan peperiksaan setengah tahun pelajar Nurul Iman. Minggu hadapan semua guru perlu ‘key-in’ markah pelajar dalam sistem markah di Sekolah. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Bila daun pintu itu terkuak menyeringgai wajah shifwah teman serumahnya.

"Assalamualaikum, buat apa tu kak? Busy ke?," sambungnya lagi.
"Waalaikumussalam, na'am(ya) busy sesangat ni. Kalau shifwah masuk lagi busy jadinya nanti," balas Nurul Iman sambil tersenyum.

"Yelah-yelah, tak ganggu. Nyampah tau," kata Shifwah sambil memuncungkan bibirnya ke depan. Namun dia tetap masuk ke bilik Nurul Iman dan duduk disebelahnya.

‘"Eh! Kata menyampah. Tiba-tiba je mengendeng kat kita ni? Iskh3… biasa ni," balas Nurul Iman sambil cuba menahan ketawa.

Tanpa semena-mena satu cubitan manja hinggap di pinggang Nurul Iman.
"Owch!!, aduh Nurul Iman".

Shifwah cuma membuat muka tidak bersalahnya sambil cuba menukar lagu di dalam Real player milik Nurul Iman. Nurul Iman cuma tersenyum dengan gelagat manja shifwah. Sahabatnya itu memang begitu. Namun dia syukuri nikmat persahabatan yang Allah kurniakan kepadanya dan shifwah. Dia sendiri tidak menyangka dia dan shifwah ditakdirkan posting ke sekolah yang sama. Baginya shifwah seorang sahabat yang baik, yang senantiasa mengambil berat pasal dirinya, begitu juga dengan dirinya terhadap shifwah. "Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, di atas kurniaan persahabatan ini," bisiknya sendiri.

"Nak kita tolong ke?, kata Shifwah mematikan lamunannya".
"Sanggup?," tanya Nurul Iman menduga.
"Boleh bah kalau kak Nurul, balas Shifwah sambil meniru loghat Sabah".
Berderai ketawa mereka serentak. Hampir dua belas malam baru mereka selesai menandakan kertas jawapan tersebut.

"Terima kasih ye dik," kata Nurul Iman kepada Shifwah sebelum dia masuk ke biliknya untuk tidur.

Shifwah cuma menghadiahkan senyuman kepada Nurul Iman sambil sempat mengusik. "Kak, nanti belanja makan ikan bakar yea."

"No problem," balas Nurul Iman sambil tersenyum lebar.

Selepas itu keduanya melayari dunia tidur yang paling nikmat pemberian Ilahi sementara menantikan hari esok menjengahkan surianya.
____________________________________________________________________

"Qiaman…. Assalamualaikum ya Ustazah," ucap ketua kelas tingkatan 4 Saidina Ali.
"Bismillahhirrohmannirrahim, Allahummaftah 'alaina hikmatakawan syur 'alaina min khoza iniroh matikaya arhamarrohimin," serentak semua pelajar kelas tingkatan 4 Saidina Ali mengalunkan doa penerang hati sebelum kelas bermula..

"Khaifa halukum?," tanya Nurul Iman kepada semua pelajar tingkatan 4 Saidina Ali pagi itu sebelum memulakan kelasnya.

‘Alhamdulillah," bikhair, jawab mereka serentak.

Pagi itu Nurul Iman menyambung pelajaran minggu lepas iaitu bab Sembelihan. Pelajar-pelajarnya begitu bersemangat pagi itu. Sememangnya pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Agama Sains ini begitu tekun dalam menuntut ilmu. Nurul Iman begitu gembira dapat mengajar di Sekolah tersebut. Dia masih ingat lagi betapa dia terkejut dengan suasana persekolahan di sekolah itu. Segala-galanya diasingkan. Pelajar lelaki tidak bercampur dengan pelajar perempuan. Ada 2 kelas bagi untuk satu tingkatan, seperti tingkatan 1 lelaki dan tingkatan 1 perempuan.

Seingat dirinya ketika dia bersekolah agama di Maahad Ahmadi dahulu pun tidak begitu pengasingan yang dibuat antara lelaki dan perempuan. Namun di sini Nurul Iman merasa teruja dengan sistem baru seperti itu. Walaupun agak janggal namun Nurul Iman gagahi jugak terutama ketika masuk di kelas lelaki. Pergerakannya agak kaku, mujur pelajar-pelajar di situ dilatih untuk menjaga adab mereka. Mereka begitu bersopan dalam pergaulan. Selesai mengajar Nurul Iman menuju ke kantin sekolahnya. Dia telah berjanji dengan shifwah untuk makan tengahari bersama. Ketika dia berhati-hati dalam menuruni anak tangga, tanpa semena-mena seorang lelaki melanggar tubuhnya dari hadapan. Nurul Iman jatuh terduduk ke belakang.

"Maafkan ana, ana tak perasan. Err… saudari tak apa-apa?," ucapnya. Lelaki di hadapannya itu serba salah. Nak ditolong membangunkan Nurul Iman, agak sukar kerana dia perlu memegang Nurul Iman.Takut dituduh mengambil kesempatan terpaksa dia menunggu Nurul Iman untuk bangun semula. "Takpe, ana tak apa-apa. Syukran.." balas Nurul Iman. Dia kemudiannya bangun perlahan-lahan sambil tersenyum. Nurul Iman tidak lansung memandang lelaki yang berada di hadapannya. Dia terus berlalu. Bukan Nurul Iman berlagak sombong. Cuma dirinya memang begitu. Malu untuk bertentang mata dengan lelaki yang bukan mahramnya. Lelaki tersebut menghantar Nurul Iman dengan pandangan matanya sahaja. Dia merasa serba salah dengan Nurul Iman.

"Assalamualaikum… Ustaz Safwan. Dah lama sampai ke?, "tiba-tiba Ustaz Amir menyapa lelaki tadi yang muncul dari belakangnya.

Kedengaran salam dari belakang. Lelaki itu menoleh kebelakang serta merta. Dia tersenyum melihat Ustaz Amir berdiri dibelakangnya.

"Pandang siapa Ustaz?," sambung Ustaz Amir sambil memandang ke arah yang sama.

"Takde apa-apa Ustaz Amir," balas Ustaz Safwan sambil menghulurkan tangannya ke arah Ustaz Amir. Ustaz Amir kemudiannya membawa Ustaz Safwan ke bilik pengetua untuk melapor diri bertugas di Sekolah itu.
Sesampainya di kantin, Nurul Iman terus mendapatkan shifwah. ‘Assalamualaikum, sapa Nurul Iman’. ‘Waalaikumusalam, balas shifwah’. ‘Lambatnya kak Nurul ni, orang dah lapar ni tau, rungut Shifwah sambil memuncungkan bibirnya’. Nurul Iman Cuma tersenyum. Dia tahu Shifwah Cuma bergurau. Peristiwa dia jatuh di tangga tadi, tidak diceritakannya kepada Shifwah. Baginya itu Cuma perkara yang kecil, maka tidak perlulah ianya dihebah-hebahkan. Lagi pulak ada guru lain yang turut sama makan di situ. Jadi segan untuk dia membuka mulut tentang hal tadi.
‘Kak, sekejap lagi pengetua nak jumpa kita berdua, kata Shifwah setelah mereka berdua selesai makan’.
Nurul Iman terkejut. Dia memandang muka Shifwah dan menunggu butiran seterusnya. Memahami bahasa badan Nurul Iman, Shifwah Cuma menggelengkan kepala tanda dia juga tidak tahu tujuan mereka berdua dipanggil. Selesai makan mereka berdua menuju ke bilik pengetua yang terletak di pejabat. Sesampainya di sana, kerani menyuruh mereka duduk sebentar kerana pengetua ada tetamu. Tidak lama selepas itu keluar Ustaz Amir dan Ustaz Safwan dari bilik pengetua.
‘Haa… ustazah. Ni Ustaz Safwan, cikgu bahasa arab kita yang baru, perkenal ustaz Amir apabila dia melihat Nurul Iman dan Shifwah di situ.
‘Ni Ustazah Nurul dan ini Ustazah Shifwah, sambungnya lagi’.
Ustaz Safwan cuma tersenyum. Matanya tertumpu pada Nurul Iman. Ingin sahaja dia bertanyakan kepada Nurul Iman jika dia mendapat kecederaan semasa insiden tadi. Namun terpotong apabila Ustaz Amir memohon diri kerana mahu membawa Ustaz Safwan ke bilik guru. Nurul Iman dan Shifwah seterusnya masuk ke bilik pengetua setelah pemergian Ustaz Amir dan Ustaz Safwan.
‘Assalamualaikum, Ustaz, sapa Shifwah apabila masuk di dalam bilik pengetua tersebut’.
‘Waalaikumussalam, Haaa.. masuk Ustazah, Silakan duduk, balas pengetua’.
‘Ustazah berdua menyewa di luar kan?, aju pengetua setelah mereka berdua duduk’.
‘Yea, Ustaz, balas Shifwah pendek’.
‘Macam ni Ustazah, Ustazah Fatimah dah nak pindah keluar dari asrama. Dia dah tak mahu jadi warden lagi sebab dia terpaksa pindah ke rumah ibu dia. Ibu dia sakit. Jadi disebabkan Ustazah berdua saje yang masih bujang, maka saya mintak jasa baik Ustazah berdua untuk gantikan tempat Ustazah Fatimah sebagai warden asrama bagi asrama aspuri, terang pengetua mereka’.
Nurul Iman dan Shifwah saling berpandangan antara satu sama lain. Akhirnya Shifwah bersuara. ‘Baik Ustaz, kami setuju’.


‘Kak, harap semuanya akan berjalan dengan lancar kan?, bicara Shifwah tiba-tiba’. InsyaALLAH.., balas Nurul Iman sebaik sahaja mereka telah masuk ke dalam bilik’.
‘Yea… InsyaALLAH… ammeeennn…, balas Shifwah pendek’.
Selepas itu kedua-duanya terus merebahkan badan kekatil masing-masing. Jika selalunya mereka akan berborak dahulu sebelum tidur tapi hari itu mereka tidak sempat hendak bersuara kerana penat telah membuatkan mereka membatu sehinggalah di pagi hari. Keesokkannya semua guru dan ajk yang bertugas memainkan peranan masing-masing. Nurul Iman jugak tidak kurang sibuknya. Walaupun begitu dia sentiasa tersenyum dalam melakukan tugasnya. Tapi untuk sesi malam nanti dia agak gugup sedikit kerana dia akan bergandingan dengan Ustaz Safwan dalam menguruskan acara nasyid. Dia dan Ustaz Safwan akan menjadi urusetia bagi pertandingan nasyid malam nanti. Nurul Iman terpaksa menggantikan tempat Ustazah Siti Aminah yang terpaksa pulang kerana anaknya dimasukkan ke Hospital akibat terkena demam panas. Jadual penggantian itu diberikan oleh Shifwah sebentar tadi. Namun dia terpaksa menerima tanggungjawab tersebut. Shifwah begitu mengharapkan dirinya agar dapat menggantikan tempat Ustazah Siti Aminah. Teringat dia bagaimana susahnya Shifwah untuk memberitahu akan hal itu sebentar tadi.

‘Kak Nurul… malam nanti akak takde terlibat dengan apa-apa acara lagi kan?, tanya Shifwah’.
‘Mmmm… rasanya takde. Kenapa?, tanya Nurul Iman kembali’.
‘Boleh tak kak Nurul gantikan tempat Ustazah Siti Aminah jadi urusetia malam ni untuk pertandingan nasyid, sebab anak dia dimasukkan ke Hospital, jadi dia terpaksa pulang untuk menjaga anak dia tu, terang Shifwah panjang lebar’.
‘Ya ALLAH, ye ke. Kesiannya Ustazah Siti Aminah. Baiklah Kak Nurul gantikan, balas Nurul Iman sambil tersenyum’.
‘Tapi kak….., kata Shifwah tanpa dapat meneruskan kata-katanya itu’.
‘Tapi kenapa? Takpe kak Nurul boleh buat, balas Nurul Iman kembali dengan senyuman’.
‘Tapi…. Kak Nurul kena bergandingan dengan Ustaz Safwan. Errr…. Takpe ke?, kata Shifwah kembali’.

Nurul Iman terkejut. Dia sengaja memilih untuk tidak bergandingan dengan mana-mana guru lelaki. Sebab itu dia sengaja memilih untuk mengambil tugas mengendalikan bahagian hadiah kerana bahagian hadiah cuma akan melibatkan guru perempuan sahaja. Shifwah yang melihat Nurul Iman tidak bersuara menyambung semula perbualan mereka.

‘Maafkan kita ye kak Nurul. Kita tahu kak Nurul tak suka tapi dah takde pilihan lain, rayu Shifwah kepada Nurul Iman sambil menggenggam erat tangan Nurul Iman’.

Nurul Iman yang pada mulanya agak terkejut dengan berita penukaran itu cuma tersenyum tawar. Lama Nurul Iman terdiam. Hampir lima minit barulah dia bersuara semula.

‘Takpelah, Shifwah tak salah. Baiklah kak Nurul gantikan tempat Ustazah Siti Aminah, balas Nurul Iman tenang’.

Malam itu selepas solat isyak, pertandingan nasyid dimulakan. Semua pelajar tertumpu di dewan sekolah untuk menyaksikan dan seterusnya memberikan sokongan kepada para peserta dari sekolah masing-masing. Nurul Iman tenang melaksanakan tugasnya, begitu jugak dengan guru-guru lain yang terlibat. Banyak kali jugak Ustaz Safwan duduk berbincang dengan Nurul Iman bagi memastikan pertandingan tersebut berjalan dengan lancar. Nurul Iman sedaya upaya untuk mengatasi sifat malunya ketika Ustaz Safwan datang kepadanya untuk berbincang. Nurul Iman tidak sedikit pun menaikkan kepalanya ketika berbicara dengan Ustaz Safwan. Namun dia cuba meyakinkan dirinya bahawa ianya tidak salah dan tidak ada apa yang patut dimalukan olehnya, lagipun mereka menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Dengan kekuatan kata hati itulah Nurul Iman mampu untuk bekerjasama dengan Ustaz Safwan walaupun dirinya hanya memandang kebawah untuk setiap pertanyaan yang ditanya oleh Ustaz Safwan. Tepat jam 11.00 malam barulah pertandingan berakhir.

‘Hai Safwan, senyum semacam je. Ada apa-apa ke ?, Tanya Ustaz Amir yang perasan dengan sikap Safwan dari tadi’.
‘Takde apa-apalah, sejak bila pulak senyum ni salah Amir, balas Ustaz Safwan sambil tersenyum lagi’.
‘Yea, senyum itu tidaklah salah. Tapi senyum kau tu ada makna, macam aku tak nampak. Dari masa kat dewan tadi aku duk perhatikan hang. Ustazah Shifwah pun perasan tau tak?, kata Ustaz Amir dengan panjang lebar’.
‘Ya ALLAH, ye ke? Sampai macam tu sekali lekanya aku yea Mir, balas Ustaz Safwan’.
‘Kalau suka kamu cakaplah kat dia, haa… tak lama lagi ada guru praktikal akan datang daripada UMS. Budak lelaki tau. Kalau dingoratnya Nurul Iman tu nanti melopong lah mulut hang. Masa tu nanti hang nangis air mata darah pun tak dapat aku nak nolongnya, usik Ustaz Amir lagi’.

Ustaz Safwan hanya diam membisu. Apa yang dicakapkan oleh Ustaz Amir sebentar tadi sedikit sebanyak membuat dirinya rasa tercabar. Bukan dirinya tak mahu menyuarakan isi hatinya pada Nurul Iman tapi dia takut cintanya ditolak. Lagipun Nurul Iman bukan gadis sebarangan, dia amat sukar difahami, malah untuk mendekatinya jugak tidak semudah yang disangka.

‘Ya ALLAH, adakah dia benar milikku, bisik hatinya’.
‘Wan….Wan… Muhammad Safwan Haris…, panggil Ustaz Amir’.

Safwan terserentak dengan panggilan Ustaz Amir, namun dia dapat men’covernya’. Dia tidak mahu Ustaz Amir perasan bahawa dirinya sedang mengelamun. Dia Cuma membalas panggilan Ustaz Amir dengan senyuman tawar sahaja.

‘Aku nak mandi dulu ni. Ke kau nak mandi dulu ?, tanya Ustaz Amir’.
‘Takpelah kau mandi dulu, lagipun nak sejukkan badan ni dulu, balas Ustaz Safwan kembali’.

Ustaz Amir meninggalkan Safwan diruang tamu. Dia menuju ke bilik air. Safwan bingkas bangun dan menuju ke meja kecilnya. Dia menekan butang ‘on’ pada radionya itu. Kedengaran lagu ‘Permata yang Dicari’, dendangan kumpulan D’Hearty keudara.

‘Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat dihati
Mendamaikan jiwa ku yang resah ini’
‘Ya ALLAH, jika dia benar milikku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu’


Lirik lagu itu dihayatinya…. Serentak dengan itu dia terbayangkan wajah Nurul Iman. Dia akui sejak akhir-akhir ini wajah itu sering hadir dalam mimpinya. Kadang-kadang dia terpaksa buat-buat lalu dihadapan kelas yang diajar oleh Nurul Iman semata-mata hanya untuk melihat wajah tersebut jika seharian dia tidak melihatkan wajah itu.

‘Wan…. Wan, panggil Ustaz Amir’.

Safwan terserentak dengan suara Ustaz Amir. Namun dia hanya membalasnya dengan sebuah senyuman sahaja, sambil bangun dari tempat duduknya itu.

‘Hai… jauh sangat menungnya tu, kenapa? Teringat kat Nurul Iman lagi ke ?, perli Ustaz Amir’.
Safwan hanya menghadiahkan sebuah senyuman. Dia kemudiannya menuju ke bilik air untuk mandi. Selesai mandi dia melihat Ustaz Amir masih lagi berada di meja tulisnya. Lantas dia ke dapur untuk membancuh dua cawan air kopi.

‘Nah…, kata Ustaz Safwan sambil menghulurkan secawan air kopi kepada Ustaz Amir’.
‘Eh, tak mintak pun. Tapi syukran jazilanlah yea, balas Ustaz Amir sambil tersengih’.

Safwan duduk dimejanya yang terletak bersebelahan dengan meja Ustaz Amir.

‘Oh yea, macam mana tawaran jadi pensyarah kat UIA tu? Kau dah buat keputusan ke?, Tanya Ustaz Amir bila dilihatnya Safwan kembali termenung dimeja tulisnya’.
‘Belum…, balasnya pendek’.
‘Kenapa? Apa yang kau nak tunggu lagi. Susah nak dapat tu. Dulu kan kau jugak yang mintak, sambung Ustaz Amir lagi’.

Ustaz Amir sebenarnya tahu kenapa Safwan belum lagi membuat keputusan. Semuanya gara-gara Nurul Iman. Dulu Ustaz Safwan sememangnya beriya-ya hendak keluar dari sekolah tersebut setelah dia berjaya menghabiskan pengajiannya di peringkat master dan rezekinya murah apabila seminggu yang lepas dia mendapat tawaran menjadi pensyarah di UIA.

‘Amir… kau boleh tolong aku tak?, tiba-tiba Ustaz Safwan bersuara’.
‘Tolong apa cakaplah. InsyaALLAH kalau boleh aku tolong memang aku akan tolong kau, balas Ustaz Amir’.
‘Tolong lamar Nurul Iman untuk aku. Boleh?, sambung Ustaz Safwan tenang’.
‘Boleh… Apa salahnya, nanti aku bagitahu Shifwah pasal ni, jawab Ustaz Amir’.
‘Esok jugak aku bagitahu kat Shifwah. Dah tu pi tidur. Aku pun nak tidur dulu ni. Oh ye, lagi satu, pasal yang tawaran tu kau fikir baik2 yea, kalau kau takut berjauhan dengan Nurul Iman kau hantar je rombongan meminang cepat-cepat, usik Ustaz Amir’.

Ustaz Amir kemudiannya bangun menuju ke dapur untuk membasuh cawannya. Dia kemudiannya masuk tidur kerana merasa agak penat setelah seharian berjemur di padang kerana dia menguruskan acara olahraga siang tadi. Manakala Ustaz Safwan masih berada di mejanya. Masih memikirkan Nurul Iman, gadis yang ingin dimilikinya.
‘Ya ALLAH, benarkah dia milikku, bicara kata hatinya’.

Keesokkan harinya merupakan acara penutup bagi Majlis Sukan antara Sekolah-sekolah Agama. Semua guru terlibat bagi menjayakan acara tersebut. Segalanya berjalan dengan lancar. Majlis berakhir pada pukul 1.00 petang. Selepas itu para peserta mula meninggalkan sekolah menuju ke destinasi masing-masing. Nurul Iman dan Shifwah turut pulang ke asrama setelah segalanya selesai. Walaupun agak letih tapi mereka berasa lega kerana telah berjaya menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka. Selepas ini bolehlah mereka menumpukan perhatian kepada pelajaran semula.

‘Kak Nurul…. Shifwah cakap sikit boleh tak?, tanya Shifwah setelah mereka selesai menunaikan solat isyak’.
‘Tanyalah… insyaALLAH kalau kak Nurul dapat jawab kak Nurul akan jawab, tapi kalau tak dapat maafkan kak Nurul yea, balas Nurul Iman lembut’.
‘Apa pendapat Kak Nurul tentang Ustaz Safwan, tanya Shifwah’.

Nurul Iman memandang Shifwah sambil tersenyum.

‘Orangnya beragama, baik hati, dan bertanggungjawab. Mmmm… sesuai untuk Shifwah, usik Nurul Iman sambil tersenyum’.
‘Betul Ke?, balas Shifwah lagi’.

Nurul Iman hanya tersenyum. Dia kemudiannya bangun untuk membuka radio yang terletak diatas mejanya itu. Shifwah hanya memandang Nurul Iman sebelum meneruskan kata-katanya kembali.

‘Kak Nurul tahu, tadi Ustaz Amir beritahu kat Shifwah yang Ustaz Safwan nak melamar Shifwah, sambung Shifwah kembali’.
Nurul Iman berpaling ke arah Shifwah. Dia kemudian berjalan ke arah Shifwah dan memeluknya.
‘Alhamdulillah, Tahniah dik’, kata Nurul Iman’.
‘Tak sabarnya nak makan nasi minyak adik akak ni?, Bila nak lansungnya?, balas Nurul Iman teruja.

Shifwah Cuma tersenyum. Dia memerhatikan Nurul Iman. Dia tidak menyangka dia akan menipu sebegitu dengan Nurul Iman. Hatinya cukup terkejut petang tadi bila Ustaz Amir memberitahu lamaran Ustaz Safwan untuk Nurul Iman. Sedangkan dia sendiri terlalu menyintai Ustaz Safwan. ‘Maafkan Shifwah kak Nurul, bicaranya dalam hati’.

‘Amboi dah menung tu, tak sabar ke nak naik pelamin, usik Nurul Iman’.

Lamunan Shifwan tersentak. Dia cuma mampu tersenyum tawar dengan gurauan itu. Dia kemudiannya meminta diri untuk tidur awal. Tinggal Nurul Iman sendirian di ruang tamu. Nurul Iman tersenyum sendiri. Dia bersyukur kerana Jodoh Shifwah telah sampai. Dia catatkannya di dalam diari miliknya. Dia mula mencatat sesuatu

9 September 2009 – Shifwah, adik kesayanganku dikhitbah Ustaz Safwan. Ya Allah, permudahkan urusan mereka berdua, amin ya rabbal alamin….


Sudah sebulan Ustaz Safwan berhenti. Dia telah menerima tawaran menjadi pensyarah di UIA. Shifwah terkejut dengan berita itu apabila sekembalinya dia dari cuti penggal pertama persekolahan. Sementara Nurul Iman masih di kampung kerana awal-awal lagi dia telah meminta cuti 3 bulan tanpa gaji kerana urusan peribadi. Perkhabaran berita Ustaz Safwan disampaikan oleh Pengetua pada hari pertama persekolahan sewaktu perhimpunan pagi. Tiada jamuan perpisahan yang sempat dilakukan memandangkan Ustaz Safwan berpindah semasa cuti sekolah. Shifwah mengerti yang Ustaz Safwan membawa diri kerana cerita bohong yang di cipta olehnya sendiri dengan mengatakan Nurul Iman telah dilamar di kampung, dan bercuti selama 3 bulan untuk berkahwin. Dia ingat lagi kata-kata Ustaz Amir sewaktu dia menanyakan kepada Ustaz Amir perihal Ustaz Safwan.

‘Dia kecewa. Benar-benar dia kecewa Shifwah. Masa saya khabarkan berita tentang Nurul Iman akan berkahwin, dia menangis. Teruk nangisnya. Tak sangka sampai begitu sekali dalamnya cinta dia pada Nurul Iman. Takpelah mungkin tiada jodoh antara mereka. Doakan saja dia tabah, kata Ustaz Amir’.
Shifwah terkedu.
‘Ustaz rahsiakan hal ini dari Kak Nurul yea. Saya khuatir Kak Nurul rasa bersalah nanti, balas Shifwah’.

Shifwah tidak mahu rahsianya terbongkar. Hatinya berasa sakit mengenangkan hal itu. Namun dia tidak akan sesekali berputus asa terhadap Ustaz Safwan. Entah kenapa susah benar hatinya untuk lupakan Ustaz Safwan. Baginya Ustaz Safwan miliki segala ciri-ciri seorang suami yang dicarinya. Namun hatinya puas, sekurang-kurangnya dia dapat pisahkan Nurul Iman dan Ustaz Safwan. Mujur messagenya di balas Ustaz Safwan. Walaupun ada yang tidak di balas tapi sekurang-kurangnya dia dapat mendekatkan dirinya dengan Ustaz Safwan. Dia mahu mengambil berat perihal Ustaz Safwan dengan harapan dapat mencuit sedikit hatinya. Moga dengan itu Ustaz Safwan akan melupai Nurul Iman dan menghargai orang yang mengambil berat tentangnya. Shifwah tersenyum sendiri dengan perancangan yang diatur olehnya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Kak Nurul di skrin telefon bimbitnya.

‘Assalamualaikum, kak Nurul. Amboi ambik cuti tanpa gaji lagi. Tak cukup ke cuti 2 minggu tu?, kata Shifwah dengan panjang lebar’.
‘Waalaikumussalam wbt, Ish.. Ish.. Ish… tak sempat kita nak balas salam dia. Panjang pulak bebelnya, usik Nurul Iman’.
Berderai ketawa Shifwah di hujung talian. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia begitu pandai berpura-pura bahagia didepan Nurul Iman.
‘Rindu kat adik akak ni.. Rindu kat akak tak?, sambung Nurul Iman lagi’.
‘Rindu lah. Sorang-sorang kat sini, takde orang kita nak sakat. Kenapa cuti lama sangat kak Nurul? Baliklah cepat yea?, balas Shifwah’.
‘Kan dah beritahu hari tu, kak Nurul ada urusan peribadi. Insyaallah, kalau selesai cepat kak Nurul balik awal yea. Rindu sangat dekat Shifwah, kata Nurul Iman lembut’.

Tiba-tiba timbul rasa syahdu dalam diri Shifwah apabila mendengar ungkapan itu dari mulut Nurul Iman. Betapa mulia diri Nurul Iman berbanding dengan dirinya. Dia rasa bersalah dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh Nurul Iman kepadanya. Kerana Ustaz Safwan, hatinya terhadap Nurul Iman mula berubah. ‘Maafkan Shifwah kak Nurul, Shifwah sayang akak, tapi Shifwah benar-benar cintakan Ustaz Safwan, bicara hatinya sendiri’.

‘Shifwah… Shifwah.. Shifwah, panggil Nurul Iman bila didapati Shifwah senyap di hujung talian’.
‘Maaf kak Nurul. Mintak diri dulu yea, kita mengantuk sangat. Akak jaga diri baik-baik yea, Assalamaulaikum, balas Shifwah lemah’.
‘Maafkan kak Nurul yea. Baiklah, Shifwah juga. Yarhamukullah (semoga Allah merahmatimu). Waalaikumussalam, jawab Nurul Iman.

Shifwah mematikan talian telefon bimbit sebaik Nurul Iman menjawab salamnya. Berita Ustaz Safwan telah berhenti tidak dikhabarkannya kepada Nurul Iman. Hatinya kembali tidak tenang. Sungguh hatinya terseksa memperlakukan sahabat yang paling disayangi sebegitu rupa hanya kerana ingin meraih cinta seorang lelaki. Tiba-tiba dia merasa benci terhadap dirinya sendiri. Namun hatinya tetap ingin meraih cinta dari Ustaz Safwan.
‘Salahkah aku memiliki fitrah sebegitu. Mencintai seorang insan bernama lelaki, soal dirinya sendiri’.
Malam itu dia terlena bertemankan air mata….

Dari jauh Ustaz Safwan memerhatikan sesusuk tubuh di hadapannya. Hatinya berdegup kencang. Dia mengekori gadis di hadapannya dalam jarak yang jauh. Dia yakin itu adalah Nurul Iman. Namun Nurul Iman dihadapnnya itu sedang berjalan dengan seorang lelaki. Lelaki itu lengkap berjubah putih dan bersongkok. Dia yakin itu suami Nurul Iman seperti yang diberitahu oleh Shifwah kepadanya. Langkahnya terhenti apabila Nurul Iman berhenti dan meningalkan lelaki yang berjubah putih itu di satu tempat duduk. Sementara Nurul Iman meneruskan perjalanannya ke hadapan. Langkah Ustaz Safwan diatur kemas untuk mengekori semula Nurul Iman. Namun langkahnya terhenti apabila mendengar namanya dipanggil.

‘Muhammad Safwan Haris… panggil suara itu’.
Ustaz Safwan menoleh. Dihadapannya adalah lelaki berjubah putih tadi. Tidak disangka itu adalah Hafiz, sahabat sewaktu mereka menuntut di Cairo dahulu. Mereka berpelukan.
‘Ya Allah, Izayyak? (Apa Khabar?), kata Hafiz’.

Ustaz Safwan yang masih terkedu, Cuma hanya tersenyum tawar. Tidak dia sangka Hafiz adalah suami Nurul Iman. Hafiz menarik tangan Ustaz Safwan untuk duduk di kerusi yang disediakan itu.

‘Buat apa kat Hospital ni?, Siapa yang sakit?, sambung Hafiz lagi’.
‘Mak saudara aku. Dia kena kencing manis, tapi Alhamdulillah, dah boleh pulang esok.. Kau pulak?, aju Ustaz Safwan ingin tahu’.
‘Hantar adik aku ambil ubat, balasnya pendek’.
‘Adik?? Nurul Iman tu adik kau?, kata ustaz Safwan ingin tahu’.
‘Mana kau tahu nama adik aku, balas Hafiz hairan’.
‘Jadi Nurul Iman belum kahwin lagi? Betul kan Nurul Iman tak kahwin lagi?, tanya Ustaz Safwan bertalu-talu sambil memegang bahu Hafiz’.
‘Apa kau cakap ni? Mana kau kenal adik aku, balas Hafiz dengan hairan. Sambil cuba meleraikan tangan Ustaz Safwan dari bahunya’.

Ustaz Safwan Beristighfar.. Dia menarik nafas sedalamnya.

‘Maafkan aku Hafiz. Nurul Iman seorang Ustazah betul? Dia mengajar di Sabah kan? Jika benar Kami mengajar di Sekolah yang sama Hafiz. Tapi betul kan adik kau tak kahwin lagi?, kata Ustaz Safwan dengan tenang’.
‘Ya Allah, ye ke?, Bila pulak adik aku kahwin? Dia tak kahwin lagi lah, balasnya sambil ketawa’.
‘Alhamdulillah, ucap Ustaz Safwan perlahan’.
‘Apa yang Alhamdulillah. Kau pun ambik cuti ke? Kan sekolah dah mula?, aju Hafiz’.
‘Aku dah berhenti jadi guru. Aku dah jadi pensyarah kat UIA sekarang, balasnya’.

Ustaz Safwan mula menceritakan kisahnya dengan Nurul Iman kepada Hafiz dari awal hingga akhir. Hafiz Cuma mendengar dengan tenang cerita sahabatnya itu.

‘Boleh aku lamar dia Hafiz?, kata Ustaz Safwan setelah mereka berdua terdiam sejenak’.
‘Tidak Wan. Aku tak benarkan. Maafkan aku, balas Hafiz’.
‘Tapi kenapa? Apa kurangnya aku?, aju Ustaz Safwan’.
‘Takde kurangnya. Kau sahabat aku yang baik. Memang kau layak untuk adik aku, Cuma adik aku sakit Wan. Nurul Iman sakit, balas Hafiz perlahan’.
‘Maksud kau?, tanya Ustaz Safwan kehairanan’.

Hafiz membisu…

‘Apa maksud kau Hafiz?, tanya Ustaz Safwan lagi’.
‘Dia ada Barah Otak. Hidupnya tak lama, balas Hafiz perlahan’. Ada getar dalam suaranya’.
Ustaz Safwan terkedu. Dia bersandar pada kerusi. Air matanya jatuh.
‘Maafkan aku Wan, kata Hafiz sambil memegang bahu sahabatnya itu’.

Lama keduanya membisu. Tiba-tiba telefon bimbit Hafiz berbunyi. Satu message diterimanya dari Nurul Iman.

Assalamualaikum. Abang long, Nurul dah selesai. Nurul tunggu abang long di kereta yea. Nurul nampak abang long berbual dengan kawan tadi. Nurul segan nak datang dekat abang. Nurul dah ada dekat kereta. Maaf andai Nurul ganggu abang long dan kawan berbual.

Hafiz menutup telefon bimbitnya.

‘Wan, aku mintak diri dulu. Nurul dah tunggu aku dekat kereta. Maafkan aku yea, kata Hafiz perlahan’.

Mereka kemudiannya bersalaman. Belum sampai 5 langkah Ustaz Safwan memanggilnya.

‘Fiz, rahsiakan pertemuan kita dengan Nurul yea? Lagi satu boleh aku mintak nombor telefon kau?, tanay Ustaz Safwan’.

Hafiz mengangguk kecil. Setelah bertukar nombor telefon mereka berpisah dengan haluan masing-masing.

Shifwah berlari-lari anak mendapatkan telefon bimbit yang berada di atas meja studynya. Perlahan peti inbox messagenya dibuka.

Kau pendusta Shifwah. Tergamak kau menipu. Kau mengkhianati sahabatmu sendiri. Apa salah Nurul Iman pada kau?

Shifwah terkesima dengan message Ustaz Safwan yang baru diterimanya. Adakah dia sudah tahu segala penipuannya. Hatinya gelabah. Dia tidak mahu kehilangan Ustaz Safwan. Tangganya lantas menaip untuk membalas message dari Ustaz Safwan.

Assalamualaikum Ustaz.. Kenapa ni Ustaz? Apa maksud Ustaz mengatakan saya begitu. Apa yang telah saya buat?

Menyedari dirinya membuat tuduhan melulu, Ustaz Safwan beristighfar. Tidak lama selepas itu dia membalas messagedari Shifwah.

Waalaikumussalam.. Maafkan saya sebab berkasar. Saya jumpa Nurul Iman di Hospital hari ni. Kebetulan dia bersama abang kandungnya yang merupakan kawan saya semasa kami belajar dulu. Menurut abangnya Nurul Iman belum berkahwin lagi. Kenapa awak tak beritahu saya yang Nurul Iman ada Barah Otak? atau Nurul Imankah yang suruh awak menipu saya dengan menyatakan dia bakal berkahwin semata-mata ingin menyuruh saya berputus asa terhadapnya.

Shifwah terkejut dengan berita yang baru diterimanya itu. Dia lantas menyelongkar laci meja milik Nurul Iman. Dia mencari sesuatu. Akhirnya dia berjumpa diari merah jambu milik Nurul Iman. Seingatnya, Nurul Iman hampir mahu menangis apabila dia pernah mengugut Nurul Iman yang dia akan membaca diari milik Nurul Iman. Tapi setelah melihat Nurul Iman menangis dia berjanji tidak akan melakukannya kerana niatnya hanya mahu bergurau. Tahulah dia kini rupanya di dalam diari itu tersimpan rahsia besar Nurul Iman. Perlahan diari yang bewarna merah jambu itu diselaknya. Satu-persatu helaian laman diari itu disemaknya. Tiba-tiba tangannya berhenti pada satu tarikh.

7 March 2009 – Dugaan Allah buat diri ini. Doktor sahkan saya mengidap Barah Otak. Ya Allah, Hamba mengerti ujian ini telah diaturkan buat diri ini sepertimana dalam firmanMU dalam surah Al-Hadid, ayat 22:
Tiada Satu pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfudz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

Rasulullah s.a.w juga bersabda:
Segeralah melakukan hal yang bermanfaat bagi dirimu. Mintalah pertolongan Allah dan janganlah bersikap lemah. Jika kamu ditimpa musibah, janganlah berkata: ‘Jikalau aku melakukan begini, tentu akan begini dan begitu’ tetapi katakanlah: ‘Apa yang telah ditaqdirkan dan dikehendaki Allah, pasti terjadi’.

Tabahkan hati ini Ya Allah……


Shifwah menutup diari milik Nurul Iman. Hatinya bagai disentak. Dia merasa begitu terhina kerana memperlakukan Nurul Iman sebegitu. Betapa dia hanyut dengan cinta manusia dan mementingkan dirinya sendiri. Message dari Ustaz Safwan lansung tidak diendahkannya. Hati dan fikirannya kini cuma tertumpu pada satu nama iaitu ‘Nurul Iman’. Dadanya terasa sebak. Matanya kian kabur.Hampir pukul 3, dia terjaga. Shifwah bangun, hajatnya cuma satu mahu dirikan Qiamulail. Dia berharap taubatnya diterima Allah.
___________________________________________________________________________________________________

Nurul Iman termenung sendiri. Dia buntu. Shifwah menjauhkan diri darinya. Dia tahu Shifwah benar-benar insaf di atas apa yang telah terjadi. Dia ingat lagi bagaimana Shifwah menangis teresak-esak menceritakan segalanya semasa kepulangannya tempoh hari ke Sabah. Dia tidak menyalahkan Shifwah di atas apa yang telah terjadi. Dia menerima segalanya dengan tenang. Tidak wujud sekelumit perasaan marah atau benci terhadap Shifwah. Bagi Nurul Iman itu semua penyakit hati. Dia tidak mahu hatinya terganggu hanya perkara sekecil itu. Kini, dia terpaksa meninggalkan Shifwah. Surat berhenti sekolah, dokumen kelulusan dari Kementerian beserta surat akuan Doktor berada di tangannya. Esok dia akan membawanya kepada pengetua. Segala urusan di Kementerian Pendidikan untuk perletakan jawatannya sebagai guru telah diuruskan di Putrajaya semasa kepulangannya ke kampung tempoh hari. Penyakit yang dihidapinya menuntun dirinya untuk berhenti kerja awal.

‘Assalamualaikum, kedengaran salam dari luar tiba-tiba seterusnya mematikan lamunan Nurul Iman’.
‘Waalaikumussalam, jawab Nurul Iman dari dalam’.

Nurul Iman kemudiannya bangun membukakan pintu untuk Shifwah. Nurul Iman tersenyum menyambut kepulangan Shifwah di muka pintu. Shifwah tersenyum lemah. Shifwah masih terasa segan berada di hadapan Nurul Iman. Sejak akhir-akhir ini dia sebolehnya ingin mengelakkan diri dari Nurul Iman namun sering gagal kerana Nurul Iman tetap melayan dirinya seperti biasa.

‘Shifwah, panggil Nurul Iman apabila shifwah cuba mengelakkan dirinya dari Nurul Iman’.
Shifwah memandang Nurul Iman sambil tersenyum kelat. Dia tidak mampu mengeluarkan kata-kata pada Nurul Iman sejak dia menceritakan segalanya pada Nurul Iman. Melihat Shifwah Cuma diam membisu, Nurul Iman bersuara semula.
‘Kak Nurul akan berhenti Sekolah. Hari Ahad ni Akak Nurul akan berangkat pulang ke Semenanjung, bicara Nurul Iman perlahan’.
‘Kenapa? Kak Nurul dah benci dekat Shifwah ke?, balas Shifwah’. Ada getar dalam suaranya. Air matanya mula mengalir.
Nurul Iman merapatkan dirinya pada Shifwah. Dia memeluk Shifwah seeratnya. Hatinya pilu mendengar esakan Shifwah. Perlahan dia memujuk Shifwah. Malam itu Shifwah tidur di sebelahnya. Dia tahu Shifwah terkejut dengan berita perletakan jawatannya. Nurul Iman menyelimutkan Shifwah. Hatinya sebak melihat Shifwah. Perlahan Nurul Iman bangun. Dia mahu menunaikan Solat Sunat Hajat, Cuma Allah tempat pengaduanNYA.

‘Ya Allah berikan kekuatan pada sahabatku Shifwah dalam menghadapi UjianMU, doa Nurul Iman di akhir solatnya’. Amin Ya Rabbal Alamin….

Sudah 2 bulan Nurul Iman di kampung. Walaupun penyakitnya sekali sekala menyerang namun itu tidak pernah melemahkan semangatnya. Dia tidak mahu terus melayan kesakitan yang dihidapinya. Lantaran itu dia menaburkan bukti di rumah anak-anak yatim secara sukarela. Nurul Iman merasa tenang di situ. Dia merasa bahagia kerana dapat mencurahkan kasih sayangnya buat kanak-kanak di situ.
‘Jauhnya menung, Ingat kat pakwe yea?, sapa Hafiz tiba-tiba dari belakang’.
Nurul Iman tersenyum mendengar usikan dari abang longnya itu. Perlahan dia mencubit lengan abang longnya apabila abang longnya duduk bersebelahan dengannya.

‘Owch!! Adu Hafiz.
‘Berjam Nurul tunggu abang long kat sini, penat tau, adu Nurul Iman’.
‘Maafkan kekanda, wahai adindaku. Kekanda makan kuih cucur bonda tadi. Tak tahan, sedap sangat. Sebab itulah kekanda lewat menjemput adinda, balas Hafiz sambil berseloroh’.
‘Menyampah… Malas nak layan budak umur 2 tahun ni, kata Nurul Iman sambil menjeling pada Hafiz.
‘Ok, kalau menyampah, balik jalan kaki yea princess, balas Hafiz.
Nurul Iman memegang lengan abang longnya dengan erat. Dia takut jika abang longnya benar-benar meninggalkannya di situ. Sejak bekerja di Rumah anak yatim itu abang longnya lah yang akan menjemput dia pergi dan balik.
‘Bergurau je lah, takkanlah nak tinggalkan princess abang long kat sini kot, balas Hafiz setelah dilihat muka adiknya sedikit pucat dengan gurauannya tadi.
Nurul Iman cuma tersenyum.

Malam itu selesai solat berjemaah, mereka makan malam bersama. Hari itu abang longnya akan tidur di rumah umminya. Kebetulan kakak ipar dan anak-anaknya pulang ke kampung. Abang longnya tidak dapat turut serta kerana ada urusan kerja. Selesai makan Nurul Iman membawa buah di ruang tamu untuk dihidang kepada ummi, ayah dan abang longnya yang sedang menonton televisyen. Abang long dan ayahnya berbincang sibuk membincangkan hal politik. Sementara dia dan umminya cuma memasang telinga. Hampir jam 10.00 malam baru ummi dan ayahnya masuk tidur. Nurul Iman juga begitu. Namun baru Nurul Iman hendak beredar abang longnya bersuara.
‘Kakak, abang long rindu kat kopi yang kakak buat, kata Hafiz tiba-tiba’.
Nurul Iman tersenyum. Dia lantas ke dapur menyiapkan secawan kopi untuk abang longnya itu. Hafiz cuma menghantar Nurul Iman dengan pandangannya. Kotak fikirannya ligat memikirkan cara terbaik untuk menyampaikan hasrat Safwan bagi meminang adiknya itu. Terngia-ngia kata-kata Ustaz Safwan tengah hari tadi apabila Ustaz Safwan meminta berjumpa dengannya semasa makan tengah hari tadi.

‘Aku serius Fiz. Aku betul-betul nak peristerikan Nurul. Bagilah aku peluang untuk membahagiakan dia, aju Ustaz Safwan’.
‘Tapi kau akan menambahkan penderitaan hati dia. Cukup dugaan yang dia tanggung Wan. Jangan dibebani hatinya dengan cinta kau lagi. Lepaskan lah dia Wan, pujuk Hafiz’.
‘Apa salah cinta aku Fiz? Kau seolah-olah menafikan fitrah manusia yang ingin dicintai, balas Safwan’.
‘Aku tak nafikan fitrah manusia yang satu itu Wan. Tapi untuk apa? Doktor sendiri telah katakan, Nurul Iman tak kan hidup lebih lama? Masakan kau mahu berkahwin dengan orang yang akan pergi tidak lama lagi, kata Hafiz dengan tenang’.
‘Jadi kau percaya pada ramalan manusia?.Ramalan yang belum tentu benarnya. Apa kau lupa hidup dan mati seseorang di tangan Allah. Sungguh jika ramalan Doktor itu tepat sekalipun kalau Allah tak berkehendakkan semua itu, ia takkan terjadi. Jika terjadi pun itu semua atas kehendakNYA bukan atas ramalan Doktor tadi, balas Ustaz Safwan’.
‘Kebergantungan kita pada Allah Fiz, bukan pada manusia, sambungnya lagi’.


Hafiz membisu seribu bahasa. Akalnya ligat memikirkan kebenaran kata-kata Ustaz Safwan.

‘Jauh menung.. Ingat kat kak long yea?, baru sehari berpisah dah rindu. Abang long ni manja lah, usik Nurul Iman’.
Hafiz terserentak. Namun dia cuma tersenyum.
‘Nah kopinya. Nurul buat penuh kasih dan sayang khas untuk abang long, usiknya lagi’.
Hafiz menyambut huluran secawan kopi dari Nurul. Dengan lafaz Basmalah dia menghirupnya perlahan. Nurul Iman cuma memerhatikan abang longnya itu.
‘Nak ke? Pandang-pandang pulak. Segan lah abang long nak minum, usik Hafiz apabila dia menyedari Nurul Iman sedang memerhatikannya.
‘Menyampah, balas Nurul Iman sambil menjeling manja’.
Hafiz tertawa dengan gelagat adik kesayangannya itu. Perlahan dia meletakkan cawan itu di atas meja.
‘Kakak… Abang long cakap sikit boleh, tanya Hafiz’.
Nurul Iman menghadapkan badannya ke arah Hafiz. Nurul Iman Cuma mengangguk kecil sambil menanti butir seterusnya dari abang longnya itu.
‘Kenal Ustaz Muhammad Safwan Haris, sambung Hafiz’.
‘Abang long kenal dia? Mana abang long tahu pasal dia? tanya Nurul Iman kehairanan’.
‘Dia kawan abang masa dekat Universiti dulu, balas Hafiz perlahan’.
‘Ya Allah, ye ke? Kecil betul dunia ni kan abang long, ucap Nurul Iman’.
‘Kami jumpa masa dekat Hospital. Masa teman kakak dulu. Ingat tak?, kata Hafiz’.
‘Maknanya dia tahu pasal Nurul?, balas Nurul Iman minta kepastian’.
Hafiz mengangguk perlahan. Matanya redup memandang ke hadapan. Dia cuba bertenang untuk menyatakan hasrat hati Ustaz Safwan kepada Nurul Iman.Perlahan dia cuba mengatur bicaranya.
‘Kakak… Ustaz Safwan nak lamar kakak. Kakak setuju?, kata Hafiz perlahan’.
Nurul Iman cuma diam membisu.. Hafiz turut diam. Agak lama mereka begitu barulah Hafiz bersuara.
‘Kakak tidurlah dulu, dah lewat ni, aju Hafiz’.
Nurul Iman Cuma tersenyum. Selepas bersalaman dengan abang longnya dia bangun menuju ke biliknya.
‘Kakak.., panggil Hafiz’.
Nurul Iman berpaling.
‘Kakak fikirlah dulu yea, Abang long tunggu. Mintak petunjuk pada Allah. Apa pun keputusan kakak, abang long tetap sokong kakak, kata Hafiz sambil tersenyum’.
Nurul Iman cuma membalasnya dengan senyuman tawar. Dia kemudian berjalan menuju ke biliknya. Persoalan tadi sedikit sebanyak mengganggu gugat hatinya. Namun dia percaya ada hikmah di sebaliknya. Sebelum tidur dia melakukan solat sunat. Nurul Iman percaya solat itu bisa menjadi penawar bagi hatinya yang sedang bergundah gulana...
'Tabahkan hati ini Ya Allah, bisiknya di dalam hati'.

‘Aku terima nikahnya Nurul Iman Binti Mohammad Islam dengan mas kahwinya RM80 tunai, lafaz Ustaz Safwan dengan tenang’.

Bacaan doa diaminkan setelah sah lafaz akad nikah. Nurul Iman memanjatkan kesyukuran. Air matanya mengalir mendengar lafaz keramat dari mulut Ustaz Safwan sebentar tadi. Shifwan yang sentiasa berada di sisi Nurul Iman mengesat air mata yang mengalir dari pipi Nurul Iman.
‘Tahniah kak, bisik Shifwan perlahan’.
Nurul Iman cuma tersenyum. Alhamdulillah, pada hari itu majlis walimatulurusnya berjalan dengan lancar. Segalanya berjalan seperti yang dirancang. Sehingga pukul 11 malam baru Nurul Iman dan Ustaz Safwan dapat masuk ke bilik tidur. Ustaz Safwan memandang bilik pengantin yang telah dihias rapi. Menurut ummi mertuanya itu hasil tangan dari Nurul Iman.
‘Assalamualaikum, sapa Nurul Iman’.
‘Waalaikumussalam, balas Ustaz Safwan’. Dia sendiri tidak sedar bila Nurul Iman masuk ke dalam bilik. Ditangan Nurul Iman ada 2 gelas air susu bercampur madu. Ustaz Safwan tersenyum sendiri.
Setelah menghulurkan segelas susu kepada suaminya yang berada di atas katil, langkahnya diatur ke satu sudut bilik dan duduk di atas sofa yang berada di situ. Ustaz Safwan Cuma memerhatikan isterinya.
‘Sayang, panggil Ustaz Safwan’.
Nurul Iman yang terkejut dengan panggilan baru dari suaminya menundukkan pandangan. Ustaz Safwan Cuma tersenyum melihat gelagat isterinya. Dia sedar Nurul Iman masih malu dengan dirinya. Ustaz Safwan lantas bangun dan duduk di sebelah isterinya.
‘Saya Safwan, suami Puan Nurul Iman yang sah, awak siapa?, aju Ustaz Safwan’.
‘Saya Nurul Iman, isteri Muhammad Safwan yang halal untuknya, balas Nurul Iman sambil tertunduk malu.
‘Jika begitu mulai dari hari ini saya akan panggil awak sayang, Boleh?, soal Ustaz Safwan lagi’.
Nurul Iman cuma mengangguk kecil.
‘Sayang... izinkan abang menatap muka sayang. Kalau sayang asyik tunduk abang tak dapat menikmati anugerah Allah pada wajah sayang, uji Ustaz Safwan’.
Walaupun agak kekok dengan permintaan suaminya itu, namun Nurul Iman gagahi juga menaikkan mukanya buat suaminya itu. Kelihatan rona-rona merah di pipi Nurul Iman lantaran malu.
‘Subahanallah, cantiknya isteri abang, puji Ustaz Safwan’.
Menyedari Nurul Iman yang merah mukanya Ustaz Safwan menarik tangan Nurul Iman menuju ke katil. Ustaz Safwan memadamkan lampu.
‘Sayang, malam ni kita mulakan dengan sesi taaruf dalam keadaan gelap gelita yea. Kesian sayang. Abang tak sanggup tengok muka sayang merah sebab abang’, usik Ustaz Safwan’.
Malam itu mereka bertaaruf dalam mengenali antara satu sama lain.
___________________________________________________________________________________________________

Hampir 2 bulan Nurul Iman dan Ustaz Safwan melayari bahtera rumahtangga. Terpancar kebahagiaan di wajah Nurul Iman, walaupun badannya selalu lemah kerana barah yang dihidapnya, tapi itu tidak pernah melunturkan semangatnya untuk melakukan tugas sama seperti isteri yang lain. Kini Nurul Iman sedang sibuk menguruskan walimatulurus untuk suaminya sendiri dengan Shifwah. Ustaz Safwan sentiasa menemani Nurul Iman pergi mendapatkan keperluan untuk barang-barang hantaran jika dia tiada urusan kerja. Ustaz Safwan duduk memerhatikan isterinya dan Shifwah memilih baju perkahwin dia dan Shifwah. Selayang ingatannya teringat syarat yang dikenakan oleh Nurul Iman pada dirinya.

‘Itu syarat Nurul Iman Wan. Setelah 2 bulan berkahwin kau perlu berkahwin dengan Shifwah, ucap Hafiz tenang’.
Ustaz Safwan terkedu. Matanya redup memandang ke hadapan. Fikirannya buntu dengan syarat dari Nurul Iman.
‘Tapi kenapa?. Berat benar syarat itu untuk aku laksanakan Fiz, balas Ustaz Safwan tenang’. Ada getar dalam suaranya. Air matanya bergenang.
‘Kau mampu Wan. Jika kau benar-benar ingin membahagiakan adik aku. Kau terimalah syarat dia. bukankah itu yang kau nak buat untukknya, terang Hafiz’.
Ustaz Safwan membisu seribu bahasa. Lama baru dia bersuara semula.
‘Habis Shifwah bagaimana? Dia dah tahu?, soalnya lemah’.
‘Alhamdulillah, sudah. Dia juga tidak bersetuju pada mulanya, tapi sebab Nurul dah pujuk baru dia bersetuju. Sekarang keputusan di tangan kau, balas Hafiz’.

‘Abang… Abang…, panggil Nurul Iman’.
Ustaz Safwan terserentak dari lamunanya. Dia tersenyum memandang Nurul Iman.
‘Ada apa sayang? soalnya lembut’.
‘Giliran abang pula. Ukur baju, balas Nurul Iman sambil tersenyum’.
Ustaz Safwan menangguk lemah. Perlahan dia bangun menuju kepada tukang jahit yang setia menunggunya di satu sudut kedai tersebut. Jam 2.00 petang baru semuanya selesai.
___________________________________________________________________________________________________

‘Aku terima nikahnya Shifwah Binti Abdullah dengan mas kahwinya RM80 tunai, lafaz Ustaz Sfawan dengan tenang’. Untuk kali keduanya lafaz itu keluar dari mulutnya. Namun hatinya tenang menerima semua itu.

‘Assalamualaikum, ucap Ustaz Safwan’.
‘Waalaikumussalam, balas Nurul Iman lembut’.
Dia memandang suaminya itu dengan kehairanan. Menyedari Nurul Iman memandangnya dia bersuara.
‘Abang dah mintak izin dari Shifwah. Malam ni abang nak temankan sayang. Abang nampak sayang pucat tadi. Sayang tak sihat kan?, terang Ustaz safwan’.
Nurul Iman bangun mendapatkan suaminya yang duduk di birai katil. Nurul Iman duduk bersebelahan suaminya. Tangan suaminya di genggam erat.
‘Insyaallah, tiada apa-apa. Mungkin penat saja. Abang jangan risaukan sayang yea. Pergilah temani Shifwah. Malam ini untuknya. Pergi yea abang, pujuk Nurul Iman’.
Ustaz Safwan memandang lemah Nurul Iman. Dahi Nurul Iman dikucupnya. Nurul Iman dipeluknya dengan erat.
‘Pergilah… Jangan begini. Abang tak sayang sayang ke?, Abang pergi yea?, rayu Nurul Iman. Kali ini air matanya jatuh’.
Melihatkan hal itu Ustaz Safwan mengangguk lemah. Dia tidak sampai hati melihat air mata Nurul Iman gugur. Perlahan Ustaz Safwan bangun. Namun belum sempat Ustaz Safwan melangkah keluar, Nurul Iman memanggilnya. Langkah Ustaz Sfawan terhenti dia berpaling. Nurul Iman menarik tangan suaminya dengan lembut. Lalu dikucupnya tangan suaminya itu.
‘Maafkan sayang dunia akhirat yea abang. Halalkan makan minum sayang selama kita bersama. Terima kasih sebab sudi pilih sayang jadi permaisuri di hati abang, ucap Nurul Iman’.
‘Sayang tak pernah salah pada abang. Abang halalkan segalanya buat sayang. Maafkan abang sama yea. Terima kasih juga sebab sudi jadi peneman abang, insyaallah di dunia dan akhirat, balas Ustaz Safwan’.
‘Assalamualaikum, ucap Nurul Iman’.
‘Waalaikumussalam, balas Ustaz Safwan’.
Sejurus suaminya keluar, Nurul Iman menuju ke bilik air. Dia mahu berwuduk dan terus menunaikan solat sunat. Malam itu dia bertafakur pada Allah. Sedar dan tidak dia tertidur di tikar sejadah.
___________________________________________________________________________________________________

Pagi itu Ustaz Safwan masuk ke bilik Nurul Iman untuk mengejutkan Nurul Iman untuk solat subuh berjemaah. Lampu bilik Nurul Iman dibuka. Matanya meliar mencari Nurul Iman di atas katil, tapi tiada. Kemudian matanya tertumpu pada sekujur tubuh yang masih lengkap bertelekung berbaring di atas tikar sejadah. Perlahan Ustaz Safwan menghampiri Nurul Iman. Dia tahu malam tadi pasti Nurul Iman melakukan solat sunat. Sudah acap kali Nurul Iman tertidur di tikar sejadah. Selalunya dialah yang akan mengejutkan Nurul Iman.
‘Sayang.. sayang.., panggil Ustaz Safwan perlahan’.
Namun tiada reaksi yang Nurul Iman mahu bangun. Tiba-tiba hati Ustaz Safwan berdegup kencang. Dia dapat merasakan sesuatu. Lantas jarinya diletakkan di hidung Nurul Iman. Tubuh Nurul Iman digerakkan semula. Dia lantas ke bilik air mengambil air. Ustaz Safwan meruap sedikit air ke wajah Nurul Iman. Sekali lagi nadi Nurul Iman diperiksanya.
Inna lillahi wa inna illa hirajiuuun..ucapnya lemah’.
Shifwah yang kebetulan lalu di situ mendapatkan Ustaz Safwan. Shifwah memeluk erat Nurul Iman yang berada di pangkuan Ustaz Safwan. Ustaz Safwan cuba menenangkan Shifwah. Tubuh Nurul Iman diangkat dan diletakkan di atas katil. Perlahan selimut diangkat menutup wajah Nurul Iman. Ustaz Safwan dia perlu tabah. Dia telah berjanji tidak akan menangisi kematian Nurul Iman. Perlahan dia mendail nombor Hafiz.

‘Assalamualaikum, ucap Ustaz Safwan’.
‘Waalaikumussalam, balas Hafiz’.
‘Nurul… Nurul dah tiada Fiz’.
Inna lillahi wa inna illa hirajiuuun, balas Hafiz tenang’.
‘Nanti aku beritahu ummi. Kami akan ke sana. Assalamualaikum, sambung Hafiz’.
Hafiz tenang menerima berita itu. Hatinya tidak putus-putus berdoa. Sememangnya dia telah bersiap sedia dengan hal itu sejak dari dia mengetahui penyakit Nurul Iman. Keluarganya juga begitu, telah lama bersedia menerima saat itu.
'Ya Allah, tempatkan adikku di tempat hamba-hambaMU yang soleh Ya Allah, bisik hati kecilnya’.

Tepat jam 2.00 petang baru jenazah Nurul Iman selamat dikebumikan.

‘Moga kita bertemu di sana sayang, Insyaallah, bicara Ustaz Safwan di dalam hatinya sesudah dia melangkah keluar dari tapak perkuburan…

Dari jauh dia melihat Shifwah yang sedang menunggunya di kereta.
'Shifwah, kau amanah ku di dunia ini, Insyaallah akan abang cuba laksanakan amanah itu sebaiknya, bisik hatinya'.

Al- Fatihah buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, kepada keluarga baginda, dan para sahabat baginda. Tidak lupa pada mereka yang tersayang yang telah lama pergi, pada mereka yang syahid ketika menegakkan agama Allah, dan muslimin serta muslimat.
AL- FATIHAH

No comments:

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic