.Rasul Hebat Teladan Sepanjang Zaman.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 


Dia yang indah dimata umat..
Dia yang mulia disisiNya,,
Dia jujungan kita sebagai umat..
Dia manusia teladan sepanjang zaman..

Rinduku padanya tidak tertanggung..
Rindu ukhuwah Dia bersama para sahabat
Rindu menyebut selawat padanya..
Walau ada manusia yang dengki akan akhlaknya
Tenang wajahnya mengukir senyuman..

Rasulullah kau yang diutus Allah
untuk bimbing kami kejalan-Nya..
Kau yang memberi syafaat buat umatmu..
Suami penyayang Imam yang unggul..
Al-Amin menjadi sebutan dalam sirahmu..

Dicintai isteri dan sahabat..
tetapi engkau lebih memilih mencintai umat..
menangis kerana umat..
"Al- Quran dan sunnah ku tinggalkan buat umatku"
itu khutbahmu dlm sejarah...

Engkau yg sentiasa bertawakal dgn-Nya
Menangis sahabat kerana takut kehilangan mu
tetapi engkau menangis kerana memikirkan umatmu
walhal engkau dihujung nyawa..

Rasul hebat sepanjang zaman..
Nama mu tersemat dlm lipatan sejarah..
menjadi sebutan sepanjang zaman...
Rindunya aku padamu Rasulullah..

















notahati | Salam maulidurRasul

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

No comments:

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic