.Cinta itu Ujian.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Assalamualaikum...

Alhamdulillah msih dpt bernafas hari ini untuk meneruskan penulisan. Sepanjang berdiam diri byk yg dihadapi dan dilalui, byk juga yg dipelajari. Alhamdulllah Allah masih menyanyangi hambaNya yg satu ini. Ujian demi ujian yg diberi, kadang kala jatuh juga sebab terasa tak mampu untuk hadapi sendiri, tp bila difikir Dia maha adil, Dia tak mungkin uji hambaNya melampaui kemampuan. :)

Saat diri rebah terjatuh, Allah sebenarnya hadirkan insan-insan yg cukup memahami. Insan yg selama ni tak kita perasan kehadiranya disisi, insan yg selama ni diabaikan dan tak dihargai. Itu lumrah kehidupan. Kadang kala manusia alpa bila bercinta, alpa dgn duniawi dan lagha. Andai dia yg terbaik Allah akn tunjuk pd kita, andai dia punya sesuatu kekurangan juga Allah akn tunjuk. Allah sygkan kita, rindu dgn setiap tangis taubat kita sbb tu di uji dgn pelbagai keperitan. Tapi bila diuji kita pula yg meraung...masa kita lupakan Dia tak pula kita fikir betapa Dia rindu kita dkt dgnNya?

Allah hadirkan sahabat, ibu ayah untuk sentiasa beri semangat saat kita rasa kita keseorangan melalui detik-detik kecewa dan luka. Allah akn gantikan dgn yg lebih baik. Apa yg kita lupa ialah, jodoh itu rahsia Allah. Sejauh mana kita melangkah, sejauh mana kita mengejar kalau Allah tetapkan bkn dia jodoh kita.. kunfayakun, kita dan dia tetap takkan disatukan.Hentikan mengejar, hentikan menagih!... Allah merancang sesuatu untuk kita, betul jodoh perlu diusaha dan doa, tp  berhenti mengejar, ada beza antara berusaha dan mengejar :) Kejar la cinta Allah sebelum menagih cinta manusia. Belajarlah hargai Kasih syg sahabat sebelum mengabaikan mereka demi insan yg belum pasti. 


Setiap manusia pasti akn ada saat kejatuhannya, mungkin dlm pelajaran, tdklah ianya specific tentang hati sahaja. Tp kebykkannya memang saat² kejatuhan itu berkenaan hati, kerana ini perlunya hati-hati dgn hati. Fitrah yg ditetapkan Allah, ada hikmah yg tersembunyi dan kita sebagai hamba hanya mampu meneruskan langkah mengenal siapa diri dan mencari ape yg kita mahukan dlm kehidupan. Mengapai mardhatillah itu tersangatlah penting. Dalam pencarian mengenal diri dktkan hati dgn insan-insan yg mendekatkan hati mereka pdNya. Kelalaian dan alpa itu biasa tp menangkis kelalaian dan kealpaan itu luar biasa. Jgn terus hidup dlm byg-byg kisah silam. Perjuangan hidup mesti diteruskan setiap saat sgt berharga andai kita sedar kepentingan ciptaan Allah dan sekeping hati yg diberikanNya untuk bertahan di bumi ini. 

Cinta terbahagi kepada 3 dlm islam... 

  1. cinta agung dimana cinta kepada Allah dan para RasulNya, cinta ini adalah cinta yg mendorong kita kepada kebahagiaan hakiki. 
  2. Cinta pertengahan, cinta terhadap ibu bapa, sahabat dan sesama manusia. Cinta yg boleh melalaikan dan mendekatkan pd Dia,
  3. Cinta terendah yg secara ringkasnya mencintai sesuatu melebihi Allah.

Cintai Allah, Rasul, Ibu bapa, dan diri, kemudian barulah fikirkan cinta yg lain. Cinta itu boleh mendekatkan juga boleh melalaikan andai tersalah langkah. Ianya boleh jd indah boleh jd juga sengsara, Ada cinta yg sanggup mengorbankan agama, maruah. Sepatutnya cinta dijadikan sebagai pendekat antara insan dan pencipta, sebab tu cinta berlandaskan syariat sgt dituntut. Buat adik-adik yg masih bersekolah, digalakkan hentikanlah penglibatan dlm cinta palsu, perjalanan masih pnjang.Teruskan melangkah ye, menulis berdasarkan pengalaman bukan membuka pekung didada tp sebagai ikhtibar dan perkongsian kerana tak sanggup mereka yang disayangi turut merasa jalan yang penuh duri tu. Sentiasa mengingatkan diri bahawa cinta itu adalah ujianNya :) 



































notahati | kekuatan itu terus diraih dgn redhaNya...

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

No comments:

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic