.9 Sukarelawan PBSM Malaysia Tiba di Gaza.

Alhamdulillah. Mereka sampai juga di bumi gelojak Gaza, setelah menghadapi kerenah-kerenah manusia yang mengikut telunjuk si kafir penjajah. Sempadan kenegaraan dilihat antara punca utama kesukaran mereka untuk memasuki Gaza. Inilah natijah daripada sempadan nasional yang dicipta sendiri oleh kaum kafir penjajah untuk memecahbelahkan umat Islam kepada negara-negara kecil.

Tinjauan mereka mendapati keadaan Gaza cukup daif. Peninggalan kekejaman Israel selama 22 hari 18 bulan lalu masih jelas kelihatan. Gaza Islamic University dibom dengan sewenang-wenangnya oleh si kafir Yahudi. Tidak lain tidak bukan, tindakan mereka ini adalah untuk melenyapkan umat Islam berintelektual untuk jangka masa panjang. Rumah-rumah warga Palestin pula diratakan sesuka hati.

Penderitaan warga Palestin tidak terhenti di situ. 140000 warga Palestin menganggur tanpa pembelaan. Manakala penguasa-penguasa Arab yang selama ini menguasai industri minyak dan gas hanya berdiam diri di atas kerusi empuk mereka. Mereka bagaikan melihat penderitaan warga Palestin ini bagaikan menonton wayang sambil menikmati bertih jagung!



Keadaan Gaza Islamic University


Kehadiran 9 sukarelawan PBSM Malaysia ini dilihat sebagai satu keprihatinan umat Islam terhadap saudaranya. Tetapi, apa yang menyedihkan, penguasa-penguasa muslim hari ini hanya berdiam diri. 'Saudara besar' kita di Pakistan dan Indonesia juga tidak menggerakkan ketumbukan ketenteraan meskipun Indonesia mempunyai berbilion-bilion penduduk dan Pakistan pula memiliki senjata-senjata canggih. Begitu juga di tanah air kita, senjata canggih seperti Sukhoi dibeli tetapi ia hanya dimanfaatkan untuk pertunjukan udara sahaja. Adakah ini yang dituntut oleh Allah S.W.T?

Kehadiran sukarelawan-sukarelawan ini bukanlah noktah kepada penyelesaian isu Palestin yang berlarutan sejak kejatuhan Khilafah pada tahun 1924. Apakah yang dapat mereka lakukan melainkan memberi bantuan perubatan? Bagaimana pula jika bantuan perubatan sentiasa dihulurkan, dalam masa yang sama, tiada tentera tampil untuk membantu warga Palestin? Oleh yang demikian, tentera Zionis terus bermaharajalela dek kerana tiada tentangan daripada tentera muslimin.

Sesungguhnya warga Palestin sangat memerlukan bantuan ketenteraan. Bantuan PBSM ini wajar dipuji, namun ia bukanlah penyelesaian akar umbi. Kerana bantuan perubatan tidak mungkin akan melenyapkan pendudukan Yahudi di bumi Palestin.

Apakah maknanya sekiranya bantuan perubatan diberikan, tetapi setiap hari mereka dibunuh dan dicederakan? Apakah maknanya sekiranya selimut diberikan, tetapi selimut itu digunakan untuk menutup mayat mereka? Apakah maknanya bantuan makanan diberikan untuk mengenyangkan perut mereka, tetapi peluru sentiasa menembusi perut mereka?

Tuntasnya, bantuan perubatan adalah sesuatu yang amat diperlukan, tetapi bantuan ketenteraan adalah penyelesaian akar umbi bagi masalah Palestin.

Ayuhlah para tentera muslimin! Pintu jihad sedang terbuka luas! Kejarlah kemuliaan, sama ada menang ataupun syahid! Sesungguhnya, tiada ketaatan dalam maksiat. Penguasa muslimin hari ini telah terang-terangan memaksiati Allah S.W.T kerana tidak melaksanakan kewajipan jihad!




"Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan" [TMQ al-Anfaal:39]


"Tidak boleh taat kepada pemimpin dalam hal maksiat kepada Allah kerana kewajipan taat hanya dalam urusan yang baik"
[Hadis Riwayat Bukhari]



SUMBER: LINK


No comments:

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic