.Penyakit was-was.

Was-was adalah satu perkara yang tidak disukai oleh Nabi Muhammad.Penyakit was-was ini pernah berlaku kepada seorang sahabat Rasulullah (s.a.w) , namanya 'Uthmaan ibn Abi al-'Aas (r.a.).
Beliau datang berjumpa Rasulullah (s.a.w) dan mengadu tentangnya: "Syaitan menggangguku di dalam solatku, dan menyebabkan aku teragak-agak di dalam bacaanku." Rasulullah (s.a.w) bersabda: "Syaitan itu dipanggil Khanzab. Jika kamu merasa kehadirannya, mintalah perlindungan daripada Allah dan ludah (ludah kering) ke kiri kamu sebanyak 3 kali." Selepas daripada itu 'Uthmaan berkata: "Aku melakukan apa yang Rasulullah (s.a.w) suruh dan Allah telah menjauhkan dia (syaitan) daripada aku." (HR Muslim).

Hadith ini menyatakan 2 cara untuk menghalau syaitan yang cuba mengganggu di dalam solat.

Cara yang pertama ialah dengan meminta perlindungan kepada Allah daripada kejahatan syaitan (a'udzubillahi minas syaithaanirrajiim) , walaupun dengan mengucapkan perkataan ini semasa solat - perbuatan ini tidak menyalahi apa-apa dalam solat.

Cara yang kedua ialah dengan meludah (ludah kering) ke kiri sebanyak 3 kali. Ini bermakna menghembuskan angin yang menyerupai perbuatan meludah tetapi dengan hanya sedikit air liur, selagi ianya tidak mengganggu orang di sebelahnya ataupun mengotorkan masjid.-Hal ini dinyatakan oleh Syeikh Muhammad Saleh al-munajid.

Kaedah ini juga boleh dilakukan bag menghilangkan was-was dalam berwuduk.Yakinlah dengan apa yang disampaikan Nabi Muhamamd SAW.


WaAllahualam...

No comments:

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic