.Ramadhan dan Badar.


satu perjuangan Pictures, Images and Photos



Bismillahi wal hamdulillah 'ala kulli hal wa ni'mah..

Sya'ban makin melabuhkan tirainya manakala tirai Ramadhan makin menjengah[syaaban ambang ramadhan]. Sungguh, ramadhan adalah bulan yang sangat-sangat dinantikan oleh semua kaum muslimin dan muslimat.


Siapakah yang tidak teruja menunggu bulan yang dimana, seperti
sabda baginda Rasul, mafhumnya,"Apabila telah tibanya Ramadhan, telah terbuka pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka, dan dibelenggu segala syaitan"[Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasaie,Ahmad dan Baihaqi]. Nah!! Bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling pantas bagi kita untuk mendidik nafsu dan berusaha untuk melakukan segala amal kebaikan. Semoga ianya berterusan sehingga ke bulan-bulan seterusnya. Ramadhan dan segala fadhilatnya yang tidak terhitung merupakan bonus bagi sesiapa yang menghargainya. Berbicara mengenai Ramadhan, saya teringatkan suatu peristiwa yang begitu sinonim dengan bulan yang penuh keberkatan ini, iaitu Ghazwah Badar. Peristiwa Badar Kubra ini telah berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah, iaitu pada hari Jumaat. Sungguh, Badar merupakan bukti kekuasaan Allah S.W.T. Masakan tentera seramai 313 orang mampu mengalahkan pihak lawan seramai 1000 orang? Namun Badar membuktikannya. Sungguh. Golongan yang sedikit mampu untuk mengalahkan golongan yang ramai atas kehendak Allah S.W.T. Peristiwa Badar ini kebanyakannya telah dinukilkan di dalam kitab Al Quran di dalam surah Al-Anfal.

Firman Allah:" (Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu [dengan firmanNya], sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu [bala tentera] dari Malaikat yang datang berturut-turut".(Surah Al-Anfal:9)

Mengapakah Allah menurunkan bantuanNya pada tentera yang sedikit itu?
Kerana, kuantiti mereka kecil, namun kualiti mereka besar.
Siapakah yang sanggup untuk berlari di tengah panas pada bulan puasa? Siapakah yang sanggup untuk berjemur di tengah panas pada bulan puasa?
Begitu juga keadaan para sahabat pada ketika itu. Pada ketika itu, mereka sedang menghadapi dua perjuangan yang besar. Perjuangan menentang golongan kuffar dan perjuangan menentang hawa nafsu. Hanya mereka yang benar-benar dan berkualiti imannya mampu meneruskan jihad ini.
Biar kecil kuantiti, asalkan besar kualiti.

Badar mengajar kita betapa pentingnya sikap kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya melalui kisah baginda Rasul.
Doa baginda:
" Ya Allah, penuhilah kepadaku apa yang Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon akan sumpah janjiMU",
Doa baginda lagi: "Ya Allah, andaikata pasukan ini tewas pada hari ini, nescaya Engkau tidak akan disembah orang, Ya Allah, kalau begitu yang Engkau mahu, maka tiada orang yang akan menyembahMu selama-lamanya".

Kepasrahan baginda Rasul begitu memuncak. Baginda merayu dengan begitu pasrah sehingga tidak menyedari kain selendangnya jatuh dari bahu baginda sehinggalah di angkat oleh Saidina Abu Bakar.

Allah kemudiannya mewahyukan kepada malaikatNya:
'"(ingatlah) ketika Tuhanmu mewahyukan kepada Malaikat: sesungguhnya, Aku menyertai kamu(memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati-hati orang kafir dengan perasaan gerun, oleh itu, pancunglah leher mereka(musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka".(Surah Al-Anfal:12)

Dan turunlah bantuan Allah kepada hambaNya yang beriman dan bergantung harap padaNya. Bukan mudah usaha Nabi dan para sahabat dalam mengembangkan agama Islam pada ketika itu. Oleh itu, hargailah sahabat-sahabat sekalian Agama Islam yang sedang kita anuti sekarang ini.

Jikalau dulu, martabat wanita direndah dan dipijak. Datangnya Islam membawa cahaya. Maruah para wanita diangkat dan dimuliakan. Perintah menutup aurat menjadi satu kesempurnaan agar wanita terhindar dari pandangan-pandangan liar. Maka, janganlah para wanita pada hari ini seolah-olah menafikan hak-hak tersebut.

Badar mengajar erti pengorbanan.
Badar mengajar erti perjuangan.
Badar mengajar erti kehambaan.
Badar mengajar erti ketaatan.


Teringat saya sebuah nasyid yang didendangkan oleh kumpulan Mestica, Badar 313.
Khas untuk sahabat-sahabat yang sedang berjuang. Ingatlah, kuantiti yang sedikit bukan ukuran, kualiti jua yang menjadi pilihan. Wallahu'alam.



tak kan berundur
walaupun selangkah
biarlah berkubur
tak kan menyerah
begitu mujahadah
begitu terserlah
biarlah basah
bumi yang bertuah


rentak dan tarian
telah diperturunkan
hanya yang beriman
terus ke depan
dan demi masa
dan demi agama
dan demi bangsa
harganya nyawa


perkasalah
tersedarlah
semua yang ditidurkan
pasti terserlah
mereka yang dinantikan


dan demi masa
demi agama
dan anak bangsa
harganya nyawa


perkasalah
tersedarlah
semua yang ditidurkan
pasti terserlah
mereka yang dinantikan


313 tentera Badar berjuang
313 tentera Badar menyerang
313 tentera Badar menerang
313 tentera Badar gemilang




Mari bersama meningkatkan kualiti diri di bulan Ramdhan yang penuh leberkatan ini. Semoga ianya menjadi madrasah tarbiyatun nafsi bagi semua. :)

No comments:

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic