بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Salam'alaik..
Pernahkah..
setiap sesaat kita cuba utk tidak lalai dlm mengingatiNya??
menyebut namaNya?
mengagungkanNya?
Pernahkah..
setiap perintahNya kita dahulukan sebelum dahului yg lainnya??
setiap suruhannya kita utamakan sbelum utamanya yg lain??
Pernahkah..
kita melupakanNya tanpa rasa berdosa dlm hati?
tanpa sekelumit rasa bersalah dlm diri??
Pernahkah..
kita cuba meninggalkan dia tanpa meninggalkan DIA?
melupakan DIA walau hanya sedetik???
Pernahkah..
kita mengucapkan cinta pada DIA melebihi cinta pada dia??
rindui DIA lebih dari dia??
Pernahkah..
walau dalam sehari kita ucapkan syukur lebih dari sekali??
ucap Alhamdulillah setiap kali di beri nikmat??
PERNAHKAH??
Ya Rabbul Izzati....
ampunkan kami..kerana..
Hampir kesemuanya...
hampir keseluruhannya..
memberikan jawapan
TIDAK PERNAH!
Jangan menafikan..
dan jangan menidakkan..
cuba renung dan fikir apakkah kita hamba yg baik??
apakah kita hambaNya yg sempurna imannya?
Ya Rabbul Izzati..
kalau difikir dan direnung..
Pernahkah
DIA melupakan kita walau sedetik??
meninggalkan kita walau sesaat??
Pernahkah..
DIA membezakan hambaNya???
memilih kasih, cintaNya pada hamba??
Pernahkah..
DIA terlupa memberi nikmatNya pada kita??
PERNAHKAH??
Ya Rabbul Izzati...
ampunkanlah kami hambaMu yg lemah lagi berdosa..
ampunkanlah kami kerana khilaf Ya Allah..
maafkan kami kerana terlalu leka dgn kecintaan pada dunia...
Ku mohon..
berikan kami kekuatan hati dan iman
agar kami akan sentiasa menginsafi diri
untuk selalu taat padaMu...
amin....
By:
♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫
No comments:
Post a Comment