::Istiqomah::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam'alaik..
Dah lebih seminggu berpuasa, alhamdulillah masih istiqomah tarawikh pun xde yg tinggal. Sekejap je dah seminggukan. Tapi dlm mase seminggu ni jugak ujian Allah byk yg dtg dan bakal dtg. Kuat ye hati. Dugaan,cubaan dan ujian perkara yg berbeza tapi dalam satu aspek yg same. Allah tidak pernah tidur DIA`sentiasa ada memerhatikan kita. Terasa diri ni masih byk yg belum diperbaiki. masih mencuba,masih berusaha insyaAllah boleh. Revolusi mesti diupdate dari mase ke semasakan kalau tak mcm mana nak pastikan diri ni istiqomah dlm buat sesuatu perkara..

Sebut pasal istiqomah..tawadduk pula jd persoalan. kalau dah istiqomah adekah kita tawadduk? Hrmm takut sebenarnye diri ni tak tawadduk. takut timbul rase riak dlm diri, nauzubillah minta dijauhkan. Masa pulak mmg jarang ade tambah² sekarang exam week memang x menang tgn nak pegang buku :)  Status rakan² MC110 mesti kebanyakkan pasal public speaking "speech to inform"..hari ni akan dinilai, tapi tuan punya blog ni hari khamis,alhamdulillah..walaupun berdebar nak present cekalkan hati kuatkan iman mesti boleh..Allah bersama kita. Tajuk yg menjadi pilihan hati "SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH" mmg sangat mengkagumi beliau, sultan yg termuda menakluk Konstantinople. Asalnye nak buat pasal Imam Hassan Al-Banna iaitu yg menubuhkan Ikhwanul Muslimin di mesir, juga merupakan tokoh islam tapi belum cukup ilmu nak ckp pasal die.

Khamis ni jugak kne submit outline speech to persuade. Hrmm masih berusaha, antara salah satu ujian buat diri ni. Tapi bukan penghalang utk teruskan niat..niat yg berlandaskan tanggungjawab dan amanah. Nampak tenang diluar tak bermakna hati setenang riak wajah. Hati ni tahu bakal ada hati yg terguris dgn kata-kata dan isi yg bakal disampaikan, tapi..WAJIB meneruskan..semoga yg buruk menjadi baik..tidak baik menjadi buruk..semoga dipermudahkan Allah. InsyaAllah. Semoga diri ini istiqomah dan tawadduk dlm meneruskan perjuangan...


By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

No comments:

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic