::Mujahadah::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam'alaik..
Menulis..menulis..menulis..ini jelah yg menjadi aktiviti bile kebosanan dan x tahu nak buat ape. Tapi jgnlah leka dan lalai sampai yg wajib ditinggalkan. Jom ambil sikit mase utk bermujahadah dan muhasabah diri, jom layan lagu ni dulu :)



Kata-kata dari KH Rahmat Abdullah iaitu seorang daei..

Teruslah bergerak hingga kelelahan itu lelah mengikutmu..
Teruslah berlari hingga kebosanan itu bosan mengejarmu..
Teruslah berjalan hingga keletihan itu letih bersamamu..
Teruslah bertahan hingga kefuturan itu futur menyertaimu..
Teruslah berjaga hingga kelesuan itu lesu menemanimu..

Semakin hari titik hitam semakin membesar dalam hati kalau tidak dijaga dengan baik. Untuk menjaganya kenalah tarbiyah diri ni supaya kurangkan dgn terlalu mengingati pentas yg sementara ni.  Pentas yang mungkin membawa langkah ke taman syurga atau membawa langkah ke azab neraka.

Hari ni je dah 9 Ramadhan..cepat je rase, bulan ramadhan ni la seharusnya kita cuba sebaik mungkin melawan hawa nafsu kerana syaitan laknatullah dah pun diikat. Dibulan yg mulia ini seharusnya kita sama² mengejar redha Ilahi dan perbanyakkan ibadah terutama pada 15 mlm terakhir iaitu mlm lailatul qadar yg kita semua tahu ia digelar mlm 1000 bulan. Pada mlm tersebut Allah memberi ganjaran berlipat ganda pada org² yg bgn utk beribadah. Subhanallah besarnya nikmat Allah tu.  Jd cubalah belajar untuk menjadi seorang mujahid dan mujahidah yg bermujahadah untuk meraih keredhaan Allah. Berjihadlah dgn hati yg ikhlas, ikhlas kerana Allah. sememangnya diri ini  sering diuji dan akan terus diuji, semoga cekal hati dan terus cekal. Kesabaran yg sangat tinggi amat diperlukan semoga segala urusan di permudahkan Allah.. Ighfirli Ya Allah kerana sering terleka dgn dunia yg Engkau pinjamkan ini.

sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.(al-Baqarah:153)




By:

♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

No comments:

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic