.Hati-hati dengan HATI.



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam alaik...
Hrmm tibe² terase nak ckp soal hati lagi....dari dulu kalu soal hati tak kan pernah habis..knp ye?? mungkin sbb hati adelah salah satu organ penting dlm tubuh manusia kut..kalau tak de hati mesti manusia x boleh hidupkan :) Itulah pentingnye hati, tambahan fungsi hati tu byk antaranya...

  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
  • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua.
  • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.
Selalu kalau sebut tentang hati org akn ckp tentang perkara-perkara ni..

Hati kalau x dijaga dgn betul boleh rosak dan kotor..setitik demi setitik terconteng dgn titik hitam lama² hitam keseluruhan hati, astaghfirullahalazim.. Tetapi hati jgk memainkan peranan dlm mengikut naluri fitrah. Hrmm di sinilah bahagian yg paling susah untuk manusia jage. Bak kate ustazah cubalah neutralkan hati :) Susah tak bererti tak boleh. Hati oh hati byk dugaan dan cabaran dlm menjagamu sebenarnya, hati ni racun hati jgk penawarnye..

Racun Hati.
  • Berlebihan dlm berbicara
  • Berlebihan dlm memandang
  • Berlebihan dlm mkn
  • Berlebihan dlm bergaul
ni la hati dlm badan kita :)
Kalau ade racun mestilah ade penawarnyekan..setiap penyakit tu ade ubatnye kecuali maut..^_^

Penawar Hati.
  • Membaca Al-Quran dengan meneliti maksudnya
  • Mengosongkan perut
  • Bangun bersolat malam
  • Bertadharruk (memohon doa) kpd Allah pd waktu sahur
  • Duduk di majlis org² soleh
Ya Allah payahkan nak jage hati ni walaupun sebenarnya tak susah pun nak menuetralkannya..hrmm ape-ape pun kne cube sbb tak de ape yg mustahil..Kne cuba untuk lebih menjaga hati ni tapi sebagai manusia fitrah insani tu tetap ade..mcm tu jgk dgn diri ini tak lari dari rase benda yg sama mcm org lain..semoga lebih berusaha menjaga agar terasa dekat dgn pemilik hati ini...insyaAllah. Kadang² diri ini pun masih keras hati..susah sgt nak lembutkan tak tahulah knp..Kalau ade masalah selalunye kite akan ckp.."ish x sedap hati laaa" , "hati tak tenteram"..sepatutnya istighfar dan berzikir..insyaAllah tenang...kan Allah ade berfirman..

 "..dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang"

 Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".


Tanda-Tanda Hati keras


1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud, 
"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)
2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan, 
"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja.Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.





Hati ini jgk tkut andai hati ni berpaling hati dari DIA..Ya Allah takutnya...Lebih menakutkan andai hati ni tak dpt dibersihkan dan hati mati..nauzubillah. Kita wajib berhati-hati dgn hati sebenarnya hati boleh membunuh jiwa kalau tak dijaga dgn baik. Hidupkanlah hati kita dgn ayat² suci Allah..sebab tu kalau takut hati kita sakit kite kena check selalu hati ni..


Tanda Hati Mati.

  1. Mengaku mengenal Allah tetapi tidak menunaikan hak-hakNya
  2. Mengaku cinta kepada Rasulullah tetapi mengabaikan sunnah baginda
  3. Membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum didalamnya
  4. Memakan nikmat-nikmat Allah tetapi tidak mensyukuri di atas pemberianNya..
  5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya..
  6. Mengaku ada nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya..
  7. Mengaku adanya neraka tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
  8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya..
  9. Menyibukkan diri membuka keaiban org lain, tetepi terlupa keaiban sendiri..
  10. Menghantar dan menguburkan jenazah saudara seislam tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya
Mati hati seseorg itu kerana
  • Hubbun Dunia (kasihkan dunia)
  • Lalai drp zikrullah
  • Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat

Hidup hati itu juga kerana 3 perkara
  • Zuhud dengan dunia..
  • Ingat akan Allah..
  • Bergaul atau berkawan dgn aulia Allah..

nak hidupkan hati dgn cinta dariNya pun x susah cuma terletak pd diri kita sendiri. Tertnye-tanye adekah hati ini 100 peratus pd DIA yg menciptanya?? Sape sebenarnya pemilik hati ni DIA atau dia?? renungkanlah :) Jd untuk memastikan hati kita terus hidup dlm keadaan bersih, insyaAllah dpt dilakukan dgn tips² ni :)

  1. Selalu berzikir kdp Allah krna dgn zikir pdNya hati kita akan terus menerus mendapat kekuatan sehingga ia jd sentiasa jernih. Hati yg sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.
  2. Hati ini hendaklah sentiasa digunakan bagi merenung dan mengkaji ayat² ataupun tanda² kekuasaan Allah dlm setiap perkara. Biarkanlah hati ini menterjemahkan hikmah drp segala sesuatu disekeliling kita, dgn hikmah yg kita dpt hati kita sentiasa hidup dan bebas dari segala penyakit.
  3. Berusaha memaksa diri bagi teruss beribadat dgn ibadat yg terbaik kerana ibadat yg khusyuk menghasilkan kekuatan yg begitu besar demi menjga kebersihan dan keteguhan hati. Hati adalah tempat tersimpannya iman. Keimanan tidak tahan lama dan tidak hadir pada hati yg kotor. Keimanan hanya kekal pada hati yg bersih, maka bersihkanlah hati kita selalu.
"..hai org² yg beriman berzikirlah (dgn menyebut nama) Allah,zikir yg sebanyak-banyaknya. " (Al-Ahzaab ayat 41)
Jadi mulai sekarang jom sama² merenew hati dan renovate sikit demi sikit, insyaAllah lama² clean n clear hati kita :)


Susah tapi tak mustahil...jagalah hati sebaik mungkin sebab kerana hatilah segalanya bermula dan kerana hati jualah segalanya berakhir..jd hati² lah dgn hati, kalau terasa ia mula sakit rawatlah dgn ubatnya :)


Selagi termampu,selagi kudrat ini terdaya,selagi nafas belum terhenti insyaAllah walaupun sukar akan tetap cuba yg terbaik dlm menjaga sekeping hati yg dianugerahkan ini..insyaAllah..semoga perjalanannya dipermudahkan Allah :)


By:






♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

5 comments:

daniel.geofry said...

Terbaik ! :D

Afiqa Khir said...

Aku byk makan. Aloooooooo. :'(

Btw, I LIKEEE <3
and nak tau jugakk nih. since hg rajin menggoogle. zikir ape paling best nak tenangkan hati ? any suggestion. huhu :'(

.Ieyra Nazari. (syanaz) said...

Daniel g..cepatnye :D thx ^_^

Afiqa : selawat ^_^ mcm2 adekan...insyaAllah tng :)

Anonymous said...

terima kasih kerana mengingati . hati saya sangat terpaut dgn post ni :)

mira said...

mmg best!! peringatan utk sye...btw khaliq tu ape?

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic