.Ingin Cantik.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 


Indahnya berpurdah..

Salam'alaik..


Teringat ptg td tgok Al-Kuliyyah bincangkan ttg ingin cantik..Sapa yg x nak cantikkan? Kecantikkan tu anugerah Allah. Setiap org mempunyai cantiknya yg tersendiri tetapi ada yg ingin menghias diri untuk nampak cantik. Cantik boleh tp jgnlah berlebihan. Cantik dlm islam tak silap yg didengar td terbahagi pd 2 iaitu : 
  1. Memakai pakaian yg menutup aurat. 
  2. Memakai pakaian yg bersih (putih).
Memakai pakaian yg menutup aurat dijelaskan bahawa kita boleh berfesyen tetapi mestilah mengikut syariat. Nak berselendang atau apa jenis tudung sekali pun di bolehkan asal menepati syariat. 
 "...dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,....." (An-Nur 31)
Yg ke-2 adalah memakai pakaian yg bersih seperti putih krn Rasulullah amat menyukai warna putih. Warna putih pun sng nk kesan kotoran jd insyaallah kita akn lebih berhati² dari sesuatu yg kotor :) 


Yg menarik perhatian sye dlm forum td tentang pengunaan contact lense kerana sy slh seorg yg rabun. Hukum memakai contact lense adalah harus bagi tujuan perubatan dgn syarat tdk memudaratkan mata tetapi hukum memakai contact lense yg berwarna ni makruh sbb kdg² memudaratkan contoh mcm saja² pakai cermin mata dari tdk rabun boleh rabun. Tp hukum ni boleh jd haram kalau sehingga menimbulkan fitnah. Contoh buat org tertarik nak tgk mata, merenung mata dn sbgnya.. Jd kalau nk pakai yg berwarna pakailah yg tdk menonjol, hitam atau warna yg gelap² lebih selamat kalau pakai yg colourless :)



Meh tgk tips kecantikkan ^^

1) Jadikanlah ghadul bashar (menundukkan pandangan) sebagai celak bagi kedua belah alis mata kalian. InsyaALLAH, pandangan visual kalian akan menjadi makin jernih dan bening.
2) Oleskanlah lipstik kejujuran dan kebenaran (alhaq) pada ulasan bibir delima kalian. InsyaALLAH, ukiran senyuman kalian akan bertambah manis dan dihargai sesama.
3) Bedakkanlah raut wajah kalian dengan kosmetik yang berasaskan malu dan keadaban. InsyaALLAH, kesederhanaan lahiriah yang kalian biaskan itu akan menyejukkan mata yang memandang.
4) Lumurkanlah sabun istighfar ke sepelusuk anggota badan kalian. InsyaALLAH, ia boleh mengikis daki kotoran dosa dan kesalahan yang telah kalian lakukan.
5) Rawatkanlah rambut kalian dengan hijab ISLAMI. InsyaALLAH, ia akan menyelimuti azaraul jasad sang hawa daripada menjadi mangsa kerakusan insan yang terlepas daripada tambatan keimanannya.
6) Sarungkanlah kedua-dua belah tangan kalian dengan gelang sedekah dan jari-jemari kalian dengan cincin ukhuwwah Islamiyyah. InsyaALLAH, kelak kalian akan temui warga Solehin yang nilaiannya melangkaui segunung emas permata.
7) Alunkanlah kemerduan dan kesyahduan suara kalian dengan tilawatul Quran dan zikrullah. InsyaALLAH, berkat kekhusyukan dan penghayatan, hulwatul Iman akan dikecapi roh kalian sebagaimana lidah merasakan kemanisan makanan.
8) Luruskanlah postur tubuh badan kalian dengan ketulusan dalam menunaikan solat dan pengibadatan kepada Yang ESA. InsyaALLAH, takkan DIA persia-siakan keikhlasan atau keikhlasan atau keistiqomahan kalian dalam mencari keredhaan-NYA.
9) Hembuskanlah nafas taabud wa taqarrub ilaALLAH S.W.T. ke dalam roh dan sanubari kalian. InsyaALLAH, selama itu takkan kalian rasaiketandusan kasih sayang maupun kegelisahandalam kehidupan.
Berhias dlm islam dibolehkan asal tidak tabaruj atau berlebih-lebihan sehingga mendatangkan fitnah. Dan berhiaslah mengikut syariat insyaAllah ia akn menjadi cantik. Bagi kaum hawa simpanlah kecantikkan itu buat suamimu kelak, seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah :)

p/s | terlupa name ustaz tu tp ustaz dari UKM.


By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

2 comments:

siti norfadilah said...

al-kuliyyah smalm sgt menarik:)
ermm nme ustaz tuh pon xngat la..hehhe:) tp ape yg dismpaikan..best@!:

.Syira Nazari. said...

yup...penuh pengisiankan ukhti..tajuknye pun menarik ^^

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic