.World Cup vs Kekejaman Israel.







Piala dunia kembali lagi setelah 4 tahun menghilangkan diri. Peminat pasti tidak ketinggalan menghadapi 'demam cawan dunia' ini. Macam-macam ragam ada. Tetapi, dalam masa yang sama, rakyat Palestine tetap terseksa. Kekejaman tentera Israel menggemparkan dunia apabila kapal bantuan ke Gaza, Mavi Marvara diserang. Hampir seluruh rakyat dunia bangkit menunjukkan ketidakpuasan hati mereka atas tindakan tidak berperikemanusiaan Israel. Tunjuk perasaan berlaku dimana-mana.


Namun, semua itu hanya seketika. Lihat pada dunia sekarang. Semua rakyat dunia khayal seketika dan memberikan tumpuan kepada piala dunia. Saudara Islam kita di Palestine bagai dilupakan. Mana perginya semangat dan rasa kemanusian kita terhadap saudara yang terus diseksa? Mana perginya kemarahan yang bergelora sebelum ini?


Ya Allah, Inilah penangan world cup yang bermula baru-baru ini. Kita sanggup bersengkang mata demi satu perlawanan. Kita sanggup berjaga malam untuk menonton piala dunia. Tidak salah menonton bola. Tetapi apa salahnya jika kita ambil sedikit masa, mungkin sebelum menyaksikan perlawanan bola, bangun solat tahajjud. Solat sunat sambil mendoakan saudara kita di Palestine. Tidak lama masa diperlukan solat sunat 2 rakaat jika dibandingkan dengan 1 perlawanan lengkap bola sepak.


Alangkah bagus kalau seramai yang menyokong piala dunia itulah seramai yang bangkit menentang Israel.Seramai itu jugalah yang menghulurkan tangan membantu saudara kita di Palestine. Bukannya hanya mengharapkan sesiapa atau mana-mana pihak. Tetapi kita sendiri sebagai umat Islam yang perlu membantutkan kemaraan yahudi. Kelekaan kita terhadap piala dunia ini jugalah yang boleh memberi ruang untuk Yahudi Laknatullah itu terus menzalimi saudara kita. Sedangkan kita, terus hanyut dengan dunia bola.


Pedulikah kita tentang mereka? Sedang kita seronok menonton bola, mereka pula dikejar oleh 'bola-bola' peluru. Sedang kita berteriak memberi sokongan kepada pasukan kegemaran, mereka pula berteriak menangis kerana kehilangan anggota keluarag tercinta. Sedang kita kegembiraan pasukan kegemaran kita menang, mereka pula kesedihan melihat tanah air dan agama terus dizalimi. Pedulikah kita akan semua itu?


Lekanya kita,seksanya meraka. Mereka amat memerlukan kita.Mungkin tidak banyak yang kita mampu bantu. Paling tidak pun,doakanlah mereka. Tidak perlu wang yang banyak untuk itu. Tidak perlu juga bersengkang mata berjam-jam. Bayangkan jika kita berada di situasi mereka. Ya Allah, pasti pedih bukan menghadapi semua itu??


Sama-samalah kita membantu mereka. Sama-samalah kita membantu agama Allah.


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ( Muhammad : 7)



2 comments:

liyana said...

salam...~
paling tidak, doaknlah mereka...
doakn agama Islam kita yg tercinta.. :)

.Syira Nazari. said...

wslm..
btul tu kak..
tp diorg ni sesetgh kala dah tgok bola..tu hrmmm rasenye ape pun x ingt..

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic