.Surat Khas Untuk Awak.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum..


Surat ni memang saya tulis khas buat diri awak. Awak yg DIA telah ciptakan menjadi pemilik rusuk ini. Dan saya yakin awak juga yg telah dihantar DIA untuk menjadi bakal Imam pada saya dan insyaAllah pendidik bakal anak-anak saya kelak. 


Mungkin awak pernah hadir dalam hidup saya sebelum ini,mungkin juga awak dekat dgn saya sekarang atau mungkin saya belum pernah mengenali awak dan masih tercari-cari siapa awak. Mungkin juga saya masih berharap awak adalah dia yang saya telah kenali.Tapi saya yakin saya akn tahu siapa awak bila tiba masanya nanti. ^^


Awak..saya tak pedulikan sejarah lampau awak,baik mahu pun buruk, saya tiada hak hendak mengukur sbb setiap org mempunyai sejarah silamnya yang tersendiri. Saya terima awak seadanya dan saya harap awak pun sama k :)  Saya yakin Allah telah tetapkan awak org yang paling layak dan yang terbaik buat diri ini untuk menjadi pemilik hati ini sesudah lafaz "aku terima nikahnya" kelak...^_^ 


Hati saya ada sekeping je awak, die menunggu orang yang selayaknya untuk kunci hati ni saya harap tu awak, bkn senang nak jaga tau, tapi tak mustahilkan? :) insyaAllah saya akn usaha jaga ia sebaik mungkin dan saya harap awak pun buat benda yang sama yang penting hati tu tak boleh leka dari ingat pada DIA ok ^^


Awak, saya selalu tertanya-tanya awak ni sapa ye?? rupa awak?? perangai awak?? Saya tak mintak awak mcm ustaz tapi cukup la awak ampu membimbing saya dan didik saya dalam jalan menuju keredhaanNya. Kita sama-sama usaha ya awak! Bila saya tengok ada kawan-kawan saya yang dah bertunang terasa hati ni nak berumahtangga juga tapi mungkin masanye belum sampai, Dia sedang merancang yang terbaik buat kita kan ^_^  Tapi saya mintak jgn biarkan diri saya digantung tanpa jawapan lame² . Saya tunggu awak datang jemput saya!


Saya tahu banyak tanggungjawab dalam bina masjid ni kita sama-sama berusaha ye, InsyaAllah saya yakin jodoh yang ditetapkan Dia tu adalah yg terbaik buat diri saya, awak kena kuat tau. Saya tunggu awak jemput 
saya untuk awak jadikan saya yang halal buat awak ^_^


Ikhlas Dari :
-Rusuk Kiri Awak-




Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda bagi yang mahu berfikir. [ Ar-Ruum : 21 ]
notahatiini : Buat awak yang mungkin saya belum pernah kenal dan tidak tahu berada dimana...

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

No comments:

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic