.Bersyukurlah kerana hari ini kita masih bernafas.

Salam..

  Bismillahirahmanirahim...

  Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini. Sebesar-besar syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yg tidak terhingga ini. Kalau difikir kembali, berapa ramaikah yg mengucapkan alhamdulillah setiap kali terjaga dari tidur? Mungkin antara kalangan kita yang tidak sedar bahawa terjaga dari tidur juga merupakan salah satu nikmat yg di kurniakan Allah SWT, kerana kita masih lagi diberi peluang untuk melihat dunia setelah terjaga dari lena.

  Kalau diperhatikan kebanyakkan dari kita apabila terjaga dari tidur akan mengeluh dengan pelbagai keluhan..

  ''Sapa pulak yg kejut aku pagi-pagi ni? Nak tidur pun tak senang.!''

  ''Ish! Awal lagi ni baik sambung tidur.''

 Kita tidak sedar bahawa keluhan-keluhan seperti itu hanya merugikan kita. Sering kali kita mengulangi dialog yg serupa hampir setiap hari. Kadang-kala kita marah-marah apabila terdengar laungan azan subuh yg mengajak umat Islam menyembah Allah sedangkan kita tidak berfikir 2 kali apakah esok masih ada untuk kita merasa nikmatnya mendengar laungan azan.

  Mungkin perkara seperti ini di anggap remeh oleh sesetengah pihak. Tapi ketahuilah bahawa terjaga dari tidur itu merupakan satu nikmat yg tidak terhingga dan seharusnya kita mengucapkan setinggi-tinggi syukur pada yg Maha Esa kerana masih diberi peluang untuk bernafas kerana mungkin hari esok kita tidak lagi berpeluang merasa nikmat tersebut. Seperti mana Allah berfirman :

             ''Bersyukurlah kepada-KU dan jgnlah kau mengingkari (nikmat)-KU'' (Al-Baqarah 152)

 Semoga kita semua mendapat pengajaran dan iktibar agar sentiasa mengingatkan diri untuk mengucapkan alhamdulillah setiap kali terjaga dari tidur. Sama-sama kita menginsafi diri dan memohon ampun dari Allah atas kealpaan kita. InsyaAllah hidup akan sentiasa dlm redha jika kita tahu mensyukuri anugerah dan nikmat yg diberi. Jadi sama-samalah kita bersyukur pada Allah SWT...ucapkanlah Alhamdulillah dan bersyukurlah kerana hari ini kita masih bernafas.dan jadikanlah hari esok lebih baik dari hari ini dan semalam...sama-sama memperbaiki kelemahan diri insyaAllah..


By:

No comments:

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic