.Kegagalan itu Guru, bukan alasan berputus asa.

Assalamualaikum..


  Bismillahirahmanirahim...


   Sebagai manusia biasa kita pastinya tidak pernah terlepas dari menghadapi pelbagai bentuk ujian. Antaranya kegagalan. Ramai dalam kalangan kita yang berputus asa dan patah semangat setelah menghadapi kegagalan. Hakikatnya kegagalan itu bukan bererti kita akan terus gagal, tetapi kegagalan itu adalah guru buat kita agar terus berusaha menjadi lebih baik di masa hadapan. Bukanlah hamba namanya jikalau tidak diuji dengan kegagalan.


  Ramai yang kecewa setelah menghadapi kegagalan dan langsung tidak berusaha untuk perbaiki diri dan meneliti dimana silapnya kita sehingga berlakunya kegagalan. Bahkan ada yang menyalahkan Allah kerana diuji dengan kegagalan kerana mereka merasakan bahawa mereka telah berusaha dan bertawakal, sedangkan Allah telah berfirman : 


'' Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.'' (al-Ankabuut ayat 2 &3)


  
      Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui. DIA menguji kita dengan kegagalan kerana DIA tahu bahawa kita mampu menghadapi kegagalan tersebut.


   "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (2:286)


    Kita sebagai hamba seharusnya mengucapkan syukur ketika menghadapi kegagalan kerana mungkin itu adalah yang terbaik buat kita. Hidup kita umpama roda mungkin hari ini kita gagal esok lusa mungkin sebaliknya, orang yang sentiasa berjaya juga belum tentu akan terus berjaya.  Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNYA. Janganlah kita menyalahkan takdir atas kegagalan yang kita alami.


   ''Boleh jadi kamu menyukai sesuatu perkara padahal ia amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu perkara padahal ia amat baik bagimu. Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui'' (2:216)


  Setiap yang terjadi itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Jadikan kegagalan itu sebagai pemangkin kita menuju kejayaan. Orang yang gagal bukan bererti dia tidak tahu apa-apa tetapi orang yang tidak pernah gagal ialah orang yang tidak pernah berbuat apa-apa. Jadi jika kita menghadapi kegagalan ucapkanlah syukur kerana kita masih diberi peluang memperbetulkannya. Kegagalan itu juga nikmat tanda kasih Allah pada hambaNYA. Marilah sama-sama kita merenung diri kita..semoga kita diredhai Allah dalam menuju kejayaan. InsyaAllah.








By:  

No comments:

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic