Wahai hati yang hitam,
Diri ini terasa semakin jauh daripada RABBNYA..
Semakin menyimpang dari jalan RABBNYA..
Semakin lupa akan KHALIQNYA..
Semakin lalai dengan nikmat RAHMANNYA..
Semakin tunduk kepada NAFSU AMMARAH yang merosakkan seluruh akhlakku…
Semakin tenggelam dalam bisikan-bisikan SYAITAN yang menyesatkan di segenap inci akidahku..
Wahai hati yang hitam,
Bilakah tangan yang dicintai akan berada di atas tangan yang FAKIR..
Bilakah kaki yang dicintai akan jejak di rumah ALLAH yang suci..
Bilakah mata yang dicintai akan menundukkan pandangannya daripada hidangan yang haram..
Bilakah telinga yang dicintai akan mendengar kalam-kalam ALLAH yang menggetarkan jiwa..
Bilakah mulut yang dicintai akan basah dengan ZIKRULLAH..
Bilakah badan yang dicintai akan diselubungi AURATNYA..
Wahai hati yang hitam,
Bilakah lagi..
Sanggupkah kau biarkan dirimu terus terusan dipalit noda..
Diinjak-injak oleh nafsu..
Diperbodohkan oleh syaitan..
Diri ini bukan boneka wahai hati yang hitam..
Diri ini perlukan kebenaran wahai hati yang hitam..
Wahai hati yang hitam,
Tangan, kaki, mata, telinga, mulut dan badan…
Terlalu merindui syariat ALLAH..
Berikan mereka hak yang selayaknya..
Merekalah saksi-saksi kau di hari pembalasan nanti..
Sanggupkah kau melihat mereka menjadi penentang kau pada mizan nanti..
Wahai hati yang hitam,
Menyesallah dengan perbuatan tercelamu..
Siramlah dirimu dengan air mata keinsafan..
Sujudlah dan pohon keampunan daripada MAHA PENGAMPUN..
Gembirakan tangan, kaki, mata, telinga, mulut dan badanmu..
Wahai hati yang hitam,
Jadilah seterang-terang cahaya keimanan..
Biarkan nafsu dan syaitan menangis kerana tewas dengan keimananmu..
Cukuplah sekali kau merana kerana mereka..
Cukuplah sekali kau menyesal kerana mereka..
Cukuplah sekali kau dimurkai oleh RABBMU kerana mereka..
Mereka bukanlah sahabat terbaik kau kerana mereka adalah sejahat jahat pendamping..
Wahai hati yang hitam,
Pendamping terbaikmu adalah ALLAH YANG SATU..
Dekatkan dirimu kepada NYA..
Sujud kepada NYA..
Selangkah kau merapat, seribu langkah DIA mendapatkan kau..
Dialah AR RAHIMMU..
Wahai hati yang hitam,
Kaulah penentu untuk diri ini menerima neraka atau jannah ALLAH..
Sedarlah wahai hati yang hitam..
Kau takkan layak untuk jannah ALLAH,
Kau juga tidak mampu menanggung azab ALLAH..
Sedarlah wahai hati yang hitam..
Sedarlah..
.Sumber. : .Link.
No comments:
Post a Comment