.Marilah kita renungkan bersama.

Assalamualaikum..

   Bismillahirahmanirahim..

     Saya ingin berkongsi tentang satu video yang saya dapat dari seorang adik. Selepas melihat video ini terasa diri ini masih jauh dariNya.Video ni di ambil dari salah satu rancangan berbentuk forum di tv 3 iaitu al-kuliyyah, melihat isi kandungan perbincangannya saya agak tertarik lalu di download dan disimpan sebagai simpanan peribadi.

  Perbincangan tersebut mengenai pengakuan seorang gadis yang telah terjebak dlm meninggalkan keluarga dan lebih menyedihkan lagi beliau meninggalkan agama, astaghfirullahalazim,  terasa pilu mengenang nasib si gadis. Disebabkan terlalu mengejar cinta jejaka yang berlainan agama, beliau sanggup meninggalkan ISLAM. Ada tercatat dlm ayat Allah tentang mereka² yang keluar dari agama.. nauzubillah jgnlah kita tergolong dalam salah satu antara mereka. Terasa gerun memikirkan azab Allah terhadap golongan ini.

   
.....dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya). (2:217)

   Syukurlah beliau masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk memperbetulkan kesilapan lalu. Alhamdulillah beliau tersedar dan bertaubat kembali kepada agama Allah.Saya agak kagum dengan beliau kerana berani tampil untuk berkongsi kisah silam beliau,pastinya bukan mudah untuk berhadapan dengan masyarakat. Semangat beliau untuk berubah dan menginsafi diri yang membuatkan saya cukup insaf dlm merenung dan meneliti diri sendiri. Semoga kisah ini menjadi tauladan dan membuatkan kita insaf dan bermuhasabah diri..insyaAllah.




.:.Semoga kita bersama-sama menginsafi kesilapan lalu dan melangkah kearah yang lebih baik pada keesokkan harinya, jadikan kisah silam semalam sebagai pengajaran agar kesilapan tidak berulang kembali..sama²lah kita mengejar cintaNYA..insyaAllah...


  Wassalam..


By:

4 comments:

nor amira said...

salam. akk mohon share ya video ni. sgt menginsafkan. moge kita sentiasa bermuhasabah diri. nak sape ye yg nyanyi lagu dlm video ni??

.Ieyra Nazari. said...

waalaikumussalam..

tafaddholin kak :)
insyaAllah semoga kita semua menginsafi diri..tajuk lagu tu epilog silam - haikal :)

nor amira said...

syukran dik ^^.

.Ieyra Nazari. said...

afwan kak :)

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic