Ada info yang sangat best ingin saya kongsikan, saya ade terbaca tentang wanita ni ibarat rama-rama..kalau kita fikir dan renung balik memang betul pun. Rama-rama tu cantik bile kita pandang..kalau tengok pun sedap je mate memandangkan..orang tengok mesti senyum² sebab rama² tu comel..rase mcm nak tangkap pun ada,tapi kalau kita pegang die nanti rosak sayap die sebab x boleh senang² nak pegang rama² ni hilang keindahan dan kecantikkan yg ade pada die. Rama² jugak melengkapkan kuntuman bunga..kalau bunga tu x dihinggapi rama² mesti ade yg x betul dengan bunge tu...cuma bunga yg betul² menarik hati si rama-rama je yg akan rama-rama pilih untuk dihinggapinya..
Macam tu jugaklah dengan wanita..bile org tgok mesti suke sebab wanita ni ade daya penarik sifatnye yg lemah lembut, dan cantik..terutama wanita yg melaksanakan perintah Allah dlm surah annur 31..
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (24:31)
Pasti ramai yg akan cuba mendekati wanita seperti ini..tp kalau disentuh wanita ni mesti hilang serinya,kecantikannya. Maruah wanita akan tercemar dengan tangan² yg menyentuh dirinya. Sebab itu wanita yg solehah akan menjaga harga dirinya sebaik mungkin. Hanya yg betul² layak je yg mampu mendekati wanita ni tp melalui jalan yg diredhai...wanita itukan perhiasan..sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]
Subhanallah..ada hadis yg menerangkan bahawa wanita didunia itu lebih baik dari bidadari di syurga..
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu? Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning..." (Hadis Riwayat al-Tabrani)
Wanita yg solehah tidak akan membuat sesuatu yg akan menimbulkan fitnah..kerana dia tahu dirinya itu boleh membawa kerosakan pada kaum adam..
"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Hadis riwayat Bukhari)
Dengan ini saya menyeru diri saya dan akhowat² sekalian agar menjaga maruah diri..ingatan buat diriku,kamu dan semua..insyaAllah dengan usaha dan sifat istiqomah kaum wanita mampu melakukannya..
.Rama-rama vs Wanita.
Wassalam..
By:
No comments:
Post a Comment