.Bagaimana caranya menjadi seorang pemaaf?.


Assalamualaikum..

    Saye ada terbaca mengenai mcm mana kita nak jd seorg pemaaf. Kalau kita perhatikan sekarang ramai yg susah nak memaafkan org walaupun kesalahan tu kecik je. Kadang² yg kecik ni la yg boleh buat persahabatan atau sesuatu hubungan tu rosak..antara puncanya ego yg tinggi. Bila ego tinggi kalau  ade tidak sefahaman pendapat mesti ade yg nak menang..kalau masing² nk menang je mesti dah bermasam muka lepas tu..susah nak memaafkan dan menerima pendapat..jd hari ni sye nk share sikit mcm mana caranya kite boleh jd pemaaf :) ingatan ni buat diri sye jge...insyaAllah..

Bagaimana hendak menjadi seorang yang pemaaf?
1) Tidak perlu hendak menang setiap masa. 
2) Memikirkan bahawa orang lain juga mempunyai masalah. 
3) Mengingati bahawa Allah mengangkat darjat orang yang suka meminta maaf dan memaafkan orang lain.
4) Berdoa supaya disabarkan hati.
5) Bersangka baik. (husnuzon)
6) Memikirkan kebaikan yang telah dibuat oleh sahabat kita.


   Sebenarnye senang je nak jd seorg yg pemaaf ni..kenelah sntiasa muhasabah diri...insyaAllah dgn merenung kesalahan diri kita akan buat kita berfikir untuk memaafkan kesalahan org laen..kan manusia tu x de yg sempurna dan x kan lari dari melakukan kesalahan..bezenye org yg sedar kesalahan dia dan cuba perbaiki dgn org yg sedar tp terus melakukan kesilapan yg sama..mudah-mudahan kita sama² merenung kesilapan diri dan perbaikilah supaya menjadi lebih baik pada kemudian hari..belajarlah memaafkan diri dan org lain..jgnlah menyimpan dendam dlm hati kerana dendamlah yg menghalang sesebuah kemaafan itu..insyaAllah kita mampu..seperti mana  Sayyidina Umar berpesan, "Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan."


 Wassalam..

By:

4 comments:

Afzan Rahman said...

ayat sempoi... senang faham...
point pun direct, xde bunga-bunga.. senang faham gak...
biar artikel ringkas tp padat...
jgn artikel panjang tapi meleret...
peace~ ^^,

.Syira Nazari. said...

syukran kak ^_^ alhamdulillah kalau boleh fhm risau jgk org bace x fhm..ape2 pun syg akk hehe ^_^ peace

Afzan Rahman said...

sayang ira balik...kihkihkih

.Syira Nazari. said...

taw dah..ngeh3

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic