.Hakikat Ujian dari Allah.

Bismillahirahmanirrahim..


    Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan merasa ujian dari Allah SWT. Ujian dari Allah datang dalam pelbagai bentuk tanpa kita sedari. Mungkin sekarang juga kita sedang diuji. 


 Tanpa kita sedari ramai yg sering bertanya ''Ya Allah knp aku diuji begini??'' . Sebenarnya kita tidak sedar bahawa ujian yg diberikan itu mungkin 'kifarah' dosa yg telah kita lakukan ataupun sebagai tanda Allah mengangkat darjat kita disisiNya..


 Apa itu UJIAN dari Allah?


  Ujian dari Allah merupakan kekuatan iman dan hati seseorg yg diuji dengan dugaan dan musibah.Apakah kita akan menyalahkan takdir dengan dugaan dan musibah yg menimpa atau redha dgn qada' dan qadar Allah.  Tetapi ada juga yg diuji imannya dgn kesenangan, Allah menguji iman kita dengan memberi kesenangan hidup didunia mungkin dgn harta yg melimpah atau dengan pangkat yg besar. Kadang² kita lupa nikmat² yg Allah beri itu hanyalah sementara dan ianya juga ujian buat kita tanpa kita sedar. Firman Allah :


 "Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (QS al-Anbiya:35).


Mengapa kita tidak menyedarinya?


  Kerana kita leka dan lagho dgn nikmat² keduniaan yg diberikan Allah buat kita. Kita terlampau taksub dengan harta dan pangkat serta kedudukan yg tinggi. Riak dan bangga dengan apa yg dimiliki..dimana rase bersyukur kita? Bila ditanya ramai mengaku mereka bersyukur dengan pemberian itu, tetapi dimana buktinya? Adakah dengan takbur dan riak itu bukti kesyukuran? Fikirkanlah wahai hamba² Allah..apakah itu buktinya...Ya..tidak dinafikan ada yg benar² bersyukur setelah dilimpahi dgn kurniaan Allah itu tetapi ada juga yg tidak pernah melafazkan walau ''alhamdulillah'' sekali pun kerana masih merasa kemewahan yg dimiliki itu belum mencukupi..


 Dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Tabrani daripada Abu Umamah Allah berfirman kpd malaikatNya yg bermaksud "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."


  Hadis tersebut menerangkan perintah Allah kpd malaikatNya untuk melakukan pelbagai ujian dan dugaan pada hamba²Nya. Dengan ujian yg diberi, diharapkan agar terdengarlah suara hamba² yg merintih kerana ujian itu. Tetapi sekiranya tidak keluar suara² itu maka Allah mengetahui apa yg tersirat didalam hati setiap hambaNya. Sesungguhnya kehidupan didunia itu tidak akan putus dgn kesenangan dan kesusahan yg menimpa mahupun suka dan duka yg dtg dan pergi. Sesungguhnya semua itu adalah ujian dari Allah untuk mentarbiyah hamba²Nya. Oleh itu pada sesiapa yg beranggapan bahawa kehidupan ini hanyalah untuk mengejar kesenangan dan kemewahan semata-mata atau pun berfikiran bahawa kehidupan ini hanyalah kesusahan dan kesulitan buat selama-lamanya..itu adalah tidak benar sama sekali.


  Hadis ini juga menerangkan bahawa semua yg terjadi itu adalah ujian dari Allah dan ianya adalah sunnatullah. Kehidupan ini ibarat sebuah bangunan. Pada asalnya ia tiada apa² kemudian setelah siap kekukuhannya diuji dengan gegaran apakah ia mampu bertahan atau akan roboh dgn mudah dek kerana gegaran tersebut. Begitu juga dengan ujian Allah kpd kita, ujian yg dtgnya untuk menguji kekuatan iman kita. Apakah iman kita akan goyah dgn ujian yg sedikit atau kuat dan sentiasa bersabar dgn dugaan yg dtg. Ramai antara kita mengaku beriman sebelum diuji..
  
Seperti firman Allah..


   "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. " (QS Al-Ankabut:2-3).


Ayat tersebut jelaslah menerangkan bahawa iman bukanlah hanya terlafaz dengan kata² tetapi iman dilihat setelah diuji dengan perlbagai ujian dan dugaan. Dan dalam ayat lain Allah telah menjelaskan tujuan DIA menguji hambaNya adalah utk menilai siapa yg terbaik amalnya, kerana org yg terbaik amalnya itulah yg terbaik disisi Allah.Firman Allah bermaksud :


 "Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi itu sebagai perhiasan, agar kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik amal perbuatannya." (QS Al-Kahfi:7-8).


 Ujian akan dtg dlm pelbagai bentuk seperti yg telah dinyatakan sebelumnya. Sebenarnya ujian dari Allah keatas hambaNya ada yg berupa nikmat kemewahan dan kedudukan serta kesenangan, dan ada yg mengganggap ia tidaklah seberat mana, tetapi pada hakikatnya ujian ini lebih berat dari diuji dengan musibah dan kesulitan. Mengapa? ini kerana berapa ramaikah org yg memiliki kemewahan tetapi kehidupannya tidak gembira, penuh dgn duka kerana dek tiada keberkatan akibat salah menggunakan nikmat tersebut.Kemewahan yg dimilik pastinya akan diuji oleh Allah sebagaimana sabda Rasulullah SAW yg di riwayatkan oleh At-Tarmidzi yg bermaksud :


 "Sesungguhnya bagi setiap umat ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta kekayaan."


  Selain itu Allah juga berfirman dalam surah Al-Alaq  ayat 6-8:  "Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas ketika menganggap dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmu tempat kembali."


 Ayat ini bertujuan utk menegur sikap manusia yg bongkak dan takbur yg merasakan mereka itu Raja kerana memiliki segala-galanya tanpa sedar itu hanyalah kurniaan dari Allah yg boleh ditarik pd bila-bila masa sahaja. Rasulullah sendri bimbang kita akan lagho sekiranya di limpahi dgn kekayaan kerana takut umatnya melupakan Allah ini kerana kejatuhan umat terdahulu dek kerana kekayaan. Sabda Rasulullah : 


 "Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan atas kamu, akan tetapi aku khuatir sekiranya kemewahan dunia yang kamu dapat sebagaimana yang telah diberikan kepada orang sebelum kamu, lalu kamu bergelumang dalam kemewahan itu hingga binasa, sebagaimana bergelumang dan binasanya umat terdahulu." (HR Bukhari).


  Sebenar ujian yg diberi adalah tarbiyah dari Allah untuk mendidik kita supa menjadi lebih kuat dan tabah. Allah tidak akan menguji kita melainkan kita mampu seperti Firman-Nya : 


  ''.....Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kesanggupan hambaNya.'' (Al-Baqarah 286)


  Oleh itu sekiranya kita di uji oleh Allah, bersabarlah kerana dengan kesabaran itu Allah menjanjikan ganjarannya iaitu dosanya dihapuskan..insyaallah. Rasulullah bersabda dalam riwayat At-Tarmidzi :  


 "Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin baik lelaki atau wanita yang mengenai diri, harta dan anak-anaknya, tetapi dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa." (HR At-Tirmidzi)


 Subhanallah dari situ kita telah nampak bertapa pemurahnya pencipta kita yg maha pemurah. Ujian yg diturunkan Allah dtg dlm pelbagai bentuk, kita sebagai hamba haruslah sentiasa bersedia menghadapi ujian² yg bakal menimpa. Ada yg diuji dgn kemewahan dan ada yg diuji dgn musibah, tetapi yg terjadi itu pasti ada hikmahnya tersendiri. Jangan kita sebagai hamba mudah melatah dgn ujian dan dugaan tersebut. Tujuan Allah memberi ujian tersebut adalah untuk melihatan kekuatan iman kita, siapakah antara kita adalah hambaNya yg benar² beriman, juga untuk menguji kesabaran kita sebagai hamba. Ini juga adalah untuk memdidik kita supaya menjadi muslimin dan muslimat yg berkualiti dari segi keimanan dan ketaqwaannya..inilah sebenarnya hakikat ujian dari Allah yg tidak ramai menyedarinya. 


 La Tahzan kerana diuji, kerana ujian itu tanda bahawa Allah sangat mencintai Hamba²Nya. Semoga kita sama² bersedia menghadapi ujian dariNya kelak..dan semoga kita dapat melalui ujian yg diberikan dgn redha dan ikhlas. Ujian itu juga merupakan nikmat, dan nikmat itu ujian..Kuatkanlah hati dan iman dalam mengejar mardhotillah.. InsyaAllah..




Wassalam..

By:

No comments:

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic