.Hati.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Hati..
Kau cuma sekeping..
Sukar bagiku untuk menjaga mu..
Sukar untuk ku membahagikan agar dirimu seimbang..
Sukar buatku untuk menentukan kepada siapa harus ku berikan..
Tapi aku sedar yang aku bukan sesiapa untuk menentukan.
Kau milikNya keseluruhan...


Hati..
Ramai yang menginginkanmu..
Semakin membuat aku keliru..
Apa harus aku berikan kepada dia? atau dia? mahupun dia?
Tapi aku yakin pada jawapanku yg satu iaitu tetapkan pada DIA..


Hati..
Kadang kala kau teramat keras..
Sukar hendak meyakinkan mu..
Tapi kadang² kau terlalu lembut..
Mudah mengalah dengan hasutan..
Sukarnya menjadimu wahai hati..


Hati..
Hari ini kau gembira.
Hari esok kau terluka..
Dan seterusnya adakah gembira? atau terluka??
Ya Allah inikah ujianMu buat hati?


Hati..
Setiap hari kau mengeluh..
Setiap hati juga kau berkata-kata..
Setiap hari kau merintih..
Dan setiap hari kau tak pernah berhenti menangis..


Hati..
Aku cuba menjaga mu sebaik yg mungkin..
Aku cuba agar kau tidak dicerobohi..
Tapi aku belum mampu..
Engkau belum cukup kuat wahai hati..
Belum cukup kuat untuk menolak org² yg inginkan mu..
Mengapa???


Hati..
Adakah kau sememangnya terlalu kotor?
Atau salah ku yg tidak membersihkan mu?
Salah ku kerana tidak menyucikan kau dengan ayatNya??
Atau lebih tepat kau memangnya tidak sedar kau dicemari..
Kenapa wahai hati???


Hati..
Aku takut kau terjatuh ditangan yg salah..
Aku takut kau terleka dengan dunia..
Aku takut kau melupakan akhirat..
Aku takut kau lalai...
Dan yg paling aku takut kau lupakan ALLAH..
Ya Allah kuatkanlah hati ini...


Hati..
Aku tahu kau lemah di dalam..
Tapi kau juga kuat diluar..
Apa aku keterlaluan meminta mu untuk kuat luar dan dalam??
Keputusannya muktamad!
Kau harus kuat!

Hati..
Aku sedar ia fitrah diriku..
Tapi maafkan aku..
Aku harus bertegas!
Ketetapan pada iman harus didahulukan..
Lantas aku putuskan..
Hanya DIA yang berhak keatas mu..
DIA yg saban waktu tidak pernah meninggalkan mu..
DIA yg memilikimu seluruhnya..
Kerana DIA pemilikmu selamanya..
Hanya DIA...




By:

3 comments:

masyitahfarid said...

salam :)
sy share fb eh post ni :)

Novelgurl said...

right..hanya Dia y selayaknya.

p/s: suke lgu nie > <

.Ieyra Nazari. (syanaz) said...

masyitah ; wslm..taffadholin :)


Mastura; yup betul tu hanya DIA :) hihi tajuk die wahai kekasih - nazrey johani :)

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic