Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum warahmatullah...
Terdetik hati nak tulis tentang kegagalan setelah mengenangkan result spm hari tu.. (tp x de la gagal, alhamdulillah ^_^) Mungkin ramai antara kita yang selalu merasa rendah diri dengan kegagalan yang di alami. Tidak kiralah kegagalan dalam apa sekali pun. Ada yang berfikiran bahawa sekali kita gagal bermakna kita akan terus gagal. Apa yg difikirkan itu tidak betul sama sekali kerana tidak semestinya sekarang kita gagal esok lusa akan gagal jugakan? Sentiasalah berfikiran positif. Husnuzonlah. Cuba renungkan dimana silap kita hingga mengakibatkan kegagalan tersebut terjadi, renung kebelakang tanpa menoleh kearahnya.
Setiap yg terjadi itu pasti ada makna yg tersirat,ada hikmah disebaliknya. Allah itu maha adil, mungkin dari kegagalan ini ada yg DIA mahu kita perbaiki, atau mungkin juga ini merupakan ujian dari Allah untuk mentarbiyah kita supaya menjadi mukmin yg berjaya kelak..wallahualam..
Benci dengan kegagalan? Ya, betul ada yg merasa begitu. Siapa yg suka kalau dirinya gagal. Kita merasa kecewa apabila gagal kerana kita belum pernah merasai kegagalan sebelumnya, sebagai manusia biasa kita harus ingat bahawa tidak selamanya kita akan berada di atas dan tidak selamanya kita akan berada dibawah. Mungkin hari ini kita di atas tp esok mungkin kita dibawah pula. Tp jgn jadikan kegagalan tersebut penyebab kegagalan di masa hadapan. Jadikan ia sebagai pendorong kita untuk berjaya dan jgn sesekali berputus asa,berpeganglah pada ayat Allah, kerana Allah tidak suka akan hambaNya yg berputus asa.,
"....dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir." (Surah yusuf 12:87)
Tiada sesiapa yg suka dan mengharapkan dirinya gagal. Tetapi mungkin kegagalan sekarang adalah yg terbaik buat dirinya utk terus bangun. Seperti firman Allah :
"Boleh jadi kamu menyukai sesuatu itu padahal ia amat buruk bagimu,dan boleh jadi kamu membenci sesuatu itu padahal ia amat baik bagimu. Allah maha mengatahui sedangkan kamu tidak mengetahui.'' (Al-Baqarah 2:216)
Jangan sesekali gagal kerana kegagalan! Bangunlah dengan merenung penyebab kegagalan tetapi jgn berundur,teruskan langkah kehadapan menuju impian mencapai kejayaan hidup juga kejayaan akhirat kelak. Jgn lg berfikiran bahawa sekarang kita berjaya dan selamanya akan berjaya, dan jgn berfikir sekarang kita gagal selamanya kita akan gagal. Kita hanya manusia yg merancang dan selebihnya Allah yg menentukan. Jadi berusahalah untuk berjaya jgn sesekali berputus asa, Allah sentiasa bersama kita. Perancangan kita itu usaha, perancangan Allah itu takdir. Nilailah kegagalan itu dengan adil. Untuk mencapai kejayaan itu juga kita harus merubah diri kita, jika dahulunya kurang usaha sekarang tingkatkanlah, Allah tidak akan mengubah nasib kita, kita harus mengubahnya sendiri..
".....Sesungguhnya Allah tidak akan megubah apa yang ada pada sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri....." (Ar-Ra'd 13 : 11)
Wallahulam...
.::Gagal itu biasa, terus berusaha itu LUAR BIASA dan jangan berputus asa::..
By:
No comments:
Post a Comment