.Uhibbukhi Fillah duhai sahabat.




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sahabatku..
Bertahun kita bersama..
Melayari kehidupan suka dan duka
Bersama kita berkelana...
Tetapi terasa bagai semalam baru bersua..
membina ikatan persahabatan ini..

Sahabatku..
Tidakku sangka begini akhirnya...
pilu hatiku mengenang sikapmu semalam..
luluh hatiku mendengar bicaramu..
ku akui hati ini terasa dgn sikapmu..

Sahabatku..
Andai kau mengerti persahabatan Rasulullah
pasti kau akan berfikir dua kali sebelum melangkah pergi...
andai kau faham perjuangan baginda..
aku yakin kau tidak akan berlalu meninggalkanku..

Sahabatku..
tidak ku minta kau berkorban buatku..
tidak ku minta kau mengerti diriku..
tapi andai kau mengerti setiap pengorbanan Rasulullah..
pasti kau juga faham apa itu pengorbanan...

Sahabatku..
Aku tahu kata²mu bknlah yg terlahir dari hati...
tapi dari amarah yg menguasai diri...
aku tahu bukan niatmu untuk melangkah pergi..
tapi puncanya pada egomu yg tinggi..

Sahabatku..
Andai saja persahabatan kita seindah persahabatan 
baginda Rasulullah..
pasti tidak akan wujud jurang antara kita...
Andai saja ukhwah yg terjalin seerat 
persahabatan Rasulullah..
pasti akan lahir kebahagiaan dan persepakatan antara kita...

Sahabatku..
Andai apa yg terjadi itu berpunca dariku..
maafkanlah..
Andai yg berlaku kerana diriku..
ampunkanlah...
aku hanya insan biasa yg tidak memahami kehendak 
dirimu duhai sahabat..


Sahabatku..
Andai kau tahu..
aku terlalu rindu padamu..
rindu masa kita bersama...
andai kau juga tahu..
sygku dan cintaku tidak pernah berkurang..
walau ku tahu kasihmu buatku kian hilang..

Sahabatku..
Marilah kita mulakannya dari awal..
kita bina semula pertalian yg terputus tanpa sengaja ini...
kita bina ia dgn lebih kukuh lagi...

Kita perbaiki kesilapan lalu..
kita perbaharui kisah ini..
dengan hubungan yg baru...

mungkin ia tidak sehebat persahabatan Rasulullah..
mungkin ia tidak mampu menyaingi ukhwah Baginda..
tetapi sematkanlah difikiran..
bahawa..
tiada yg lebih indah..
tiada yg lebih baik..
tiada yg lebih membahagiakan diri ini 
melainkan persahabatan yg terjalin atas kalimah lillahitaala..

Sahabatku..
kita kukuhkanlah jalinan ukhwah ini dengan tali Allah..
kita utuhkan ia dgn kasih dan cintaNya..
Cinta,kasih,ikhlas hanya kepadaNya..
kerana apa yg hadir ini datangnya dari DIA..

Ya Rabbul Izzati..
dengarkanlah doaku ini...
semoga perpisahan ini hanya buat sementara..
aku memohon semoga persahabatan ini tidak terus terputus..
tidak terus terhenti dan ternoktah disini..

Engkau pertemukanlah kami kembali suatu hari nanti..
pertemuan dlm keadaan yg Engkau redhai..
sebagaimana Engkau redhai ukhwah fillah baginda Rasulullah...
janganlah Engkau biarkan ia terputus ditengah jalan..

Ya Allah...
Tidak mahu aku sandarkan harapan yg tinggi..
Tapi inilah yg kuharapkan...
walaupun berpisah dlm keadaan yang tidak terduga...
biarlah tautan hati tetap erat bersama...
demi sebuah persahabatan yg terlalu mahal harganya..

Sahabatku..
Bagiku kau adalah satu anugerah yg terbaik..
satu anugerah yg terindah..
anugerah yg tidak akan ku tukar ganti dgn apa pun jua..
gembira kita bersama..
menangis jua bersama..

Sahabatku..
Ayuh genggam erat tanganku..
Aku menunggumu utk bersama meneruskan perjuangan ini..
menunggumu untuk bersama menyampaikan dakwah
fissabilillah..
menanti dirimu untuk kita saling mengingatkan..
biar penantianku 1000 thn lagi...
biar ia tiada penghujungnya
aku akan tetap terus menanti dan menunggu.....

Sahabatku..
Andai ada umur yg panjang..
andai ada rezeki kelak..
mudah²an bertemulah kita bersama Nur Ilahi...
walaupun mungkin keadaannya berbeza..
situasinya juga tidak sama..
tetapi engkau tetap sahabatku dunia dan akhirat..
uhibbukhi fillah abadan abada duhai sahabat..

Amin~




Sabda Rasulullah :

‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.


.::Tegurlah ana sekiranya ana mulai berubah dan jauh dariNya::.


Wassalam...




By:

2 comments:

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic