.Buat kaum Adam : Lelaki acuan Al-Quran.




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam'alaik..

Alhamdulillah semakin hari semakin byk ilmu yg dapat dan semakin byk juga yg dpt dikongsi. Subhanallah Allah maha besar. Selalunya berckp tentang kaum hawa je, hari ni saya nak kongsikan sesuatu tentang kaum adam yg ditulis oleh seorang akhawat,semoga bermanfaat buat ikhwan² diluar sana begitu juga dgn para akhawat, kerana tentunya sebagai seorang wanita kita juga mahukan lelaki acuan Al-Quran atau lelaki mukmin yg soleh sebagai Imam kita kelak,insyaAllah. Mari kita hayati bait kata-kata ini..

Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menjaga pergaulan dan tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan al-Quran”





.::Semoga kalian kaum adam berusaha mencapai taraf sebagai lelaki acuan Al-Quran, insyaAllah::.

Sumber : .Link.


By:

No comments:

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic