.Salam mujahadah wahai teman.



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Teman..
Salam taaruf dariku...
"namaku sahabat"..
engkau??? "aku teman"

Hari berganti hari..
adat dunia bertemu dan berpisah..
semalam ini kita bertemu dan berkenalan..
hari ini kita bersahabat berteman..
dan hatiku tertanya-tanya
adakah esok akan serupa?

Teman..
Hari ini aku melihatmu ketawa dgn yg lainnya..
aku hanya mampu melihat kau berlalu..
tidaklah cemburu tidaklah iri hati..
cuma sebagai manusia aku akui diri ini..
terasa hati..

tetapi tatkala hatiku berbisik...
''dia temanmu duhai sahabat''
aku tersedar dari dibuai perasaanku..
dia juga manusia sepertiku..
tiada yg sempurna..

Teman..
Waktu terus berlalu..
kini kau benar² meninggalkanku..
berlalu tanpa kata..
pergi tanpa suara..
apa slhku tidakku tahu..
dimana silapku tidakku temui..

Tapi tidak mengapa..
aku pasrah dgn apa yg terjadi..
mungkin ini takdir perjalanan hidup kita..
aku menerima dgn redha..

Teman..
Jika kau masih ingat
pernahku kata andai kau fahami
apa itu persahabatan Rasulullah..
pasti kau tidak meninggalkanku..
andai kau mengerti apa itu perjuangan
baginda..
pasti kau tidak akan berlalu pergi dariku..

tapi kini telah kau buktikan..
yg kau tidak pernah fahami juga mengerti
apa itu persahabatan dan perjuangan..
terkilan diri ini dgn sikapmu..
sayu hati ini mengenang dirimu..
mungkin ini terjadi kerana kau teman dan aku sahabat..

apa bezanya??
teman hanya teman yg bersama diri hanya sebagai teman..
dan sahabat akan bersahabat mendampingi diri
dlm apa jua keadaan..
insyaAllah bersahabat dunia akhirat..

Teman..
pernah ku harapkan..
suatu hari dari teman kau akan menjadi sahabat..
tapi ternyata ianya hanya angan²..
kerana hari ini aku menerima
salam akhir darimu buatku..
telah ku cuba pertahankan tapi ianya sia²
keputusanmu telah dinoktahkan...

Teman..
hari ini telah kau buktikan.
'persahabatan' kita telah layu seperti layunya
bunga yg tidak disirami dgn aturnya..
dgn itu kau sebenarnya telah buktikan yg kau hanya
teman bukan sahabat..

Teman..
andai ini berpunca dariku..
kemafaan darimu ku memohon..
aku hanya insan biasa..
yg kadang-kala melakukan kesilapan
tanpa sedarku..

Sebetulnya ku mengharap...
kesilapanku ditegurmu...
agar aku tidak mengulanginya..
tapi kehampaan yg ku terima..

Teman..
Bukan senang bagiku utk menerima..
tp tidaklah juga ianya sukar buatku..
biarpun kecewa aku tetap tabah..
kerana aku yakin..
jika tiada cintamu pdku..
cintaNya masih bersama kita..

Teman..
utk kali terakhirnya ku meminta..
jgn pernah kau tinggalkan DIA seperti
kau tinggalkan aku...
kerana DIA tidak pernah meninggalkanmu..

dan utk pengetahuan dirimu..
aku tetap sahabat..
dan selamanya akan menjadi sahabat,
sahabatmu yg ditinggalkan dgn kenangan..
juga sahabatmu dunia akhirat....

Ya Rabbul Izzati..
Andai ini yg telah Kau takdirkan..
redhakanlah aku..
ikhlaskanlah aku..
jgnlah mutiaraku tumpah lagi..
kerana aku yakin pasti hikmahMu terselindung
disebalik semua ini..

ku memohon..
Kau peliharalah dia kerana kini..
aku tiada lagi disisinya utk menjaganya..

Aku juga memohon agar..
suatu hari dia mengetahui..
apa erti teman dan sahabat..
dan aku akan selamanya menjadi sahabat
yg mencintainya dijalanMu ya Robbi...

Teman..
Jika kau ingat..
seawal perkenalan kita slm taaruf
ku hulurkan buat dirimu..
tetapi hari ini salam mujahadah mengiringi
berlalunya engkau dari hidupku..
semoga kau bahagia duhai teman...
insyaAllah..


"Selemah-lemah manusia ialah yg tidak boleh mencari sahabat dan org yg lebih lemah ialah org yg mensia-siakan sahabat yg dicari" -Saidina Ali-

Firman Allah : 
"...cukuplah bagiku Allah (yg menolong dan memeliharaku).." (At-Taubah 9:129)

wassalam..


By:

1 comment:

Anonymous said...

Jgn berhenti mncari shbt sejati..sahabat ada dlm diri teman..
kita y perlu rungkaikan ia.. =)

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic