.Kerana itu yang terbaik.



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam'alaik..

Pernah suatu masa ia terguris..
pernah jua suatu ketika ia terluka..
pernah ia kecewa ditinggalkan tanpa kata..
pernah ia kemurungan dibiarkan sendiri..

Kalau dahulunya ia menangis kerana peritnya gurisan itu
kalau dahulunya ia merintih kepedihan kerana luka itu..
Hari ini ia menangis bahagia kerana pernah terguris..
hari ini ia merintih kesyukuran kerana pernah terluka..

Ya Allah..
Besarnya rahmatMu buat hamba yg kerdil ini..

kalau dahulu ia kecewa ditinggalkan bersama kebisuan..
kalau dahulu ia pernah dilanda kemurungan kerana bersendiri..
hari ini kekecewaan itulah semangatnya utk terus berdiri..
kerana kemurungan itulah dia mampu tersenyum hari ini...

pernah ia mengharap waktu itu kembali..
utk mengubah hakikat ia ditinggalkan..
menahan hati dari terluka dan terguris..

tapi hari ini..
ia mengharap agar waktu itu kembali..
agar dpt mengubah apa yg terjadi pada awalnya..
mengubah sesuatu kesilapan kecil yg tidak sepatutnya
berlaku pada awalnya..
kerana kesilapan kecil itulah ia terluka..
kerana kesilapan kecil itulah ia kecewa..

Tetapi...
Andai dahulu ia tidak pernah terluka..
pasti ia tidak tahu apa itu bahagia..
andai dahulu ia tidak pernah kecewa..
pasti ia tidak tahu apa itu gembira..

Syukran Ya Allah..
kerana dia aku terluka..
kerana dia aku kecewa..
kerana dia aku mengenal apa itu kekuatan..
semangat,ketabahan..dan..
KEBAHAGIAAN mengejar cintaMu...

Image by google


Ya Rabbul Izzati..
Hanya padaMu ku serahkan      
segala jiwa dan raga..
Engkaulah penciptaku,fitrahku..
hanya padaMu ku meminta..

Ampuni kekhilafanku 
dimasa lampauku..
kesilapan silamku..
jgnlah Engkau biarkan 
kesilapan itu berulang lagi 

Ya Rabbul Izzati..
Jgn Kau izinkan mutiaraku tumpah 
pada  perkara yg sia-sia....
kuatkan diriku agar seunggul keteguhan
Siti Khadijah...seutuh Aisyah Humaira
tiada lain yang ku harapkan..
hanya kasihMu...cintaMu..rahmatMu.

Kalau semalam aku tertanya-tanya..
knp semua ini terjadi??
hari ini aku temui jawapannya..

kerana itu yg terbaik..
setiap yg terjadi ada rahmatMu disebaliknya..
hanya kesabaran kuncinya..
alhamdulillah...:)

"....cukuplah hanya Allah bagiku...." (At-Taubah 129)

.:::Ingatan buat diri,sahabat juga umat Muhammad:::. 

By:


♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

5 comments:

Anonymous said...

sangat indah luahan rasa hati ini..seperti diri ini juga...moga BAHAGIA akan ada buat kita semua..bersabarlah...:)

.Syira Nazari. said...

insyaAllah..Allah itu maha adil :)

Unknown said...

sabar itu indah:')

.Syira Nazari. said...

aiwah ^_^

Nenek Fasola said...

nice blog n nice info ;)

jemput singgah blog nenek http://penglipurlarafasola.blogspot.com kalau nk follow pun buleh! hehe ;D

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic