.Dimana martabat auratmu??.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam'alaik..


Sejak akhir² ni rase mls menguasai diri walaupun sikit tetap rase keganjilan di situ..astaghfirullahalazim rase berdosa hati ni sebab lalai jlnkan ape yg patut. Bukan saje² nak mls tp entah la syaitan byk agaknye yg menghasut. Masalah hati ke??? kalau masalah hati memang x habis nak story, tp mslh hati dpt di atasi insyaAllah. Ok lupekan mslh hati tu..ni lagi parah dari masalah hati.. masalah kelalaian akal berfikir, hrmm cm mane tu? Kelalaian akal berfikir bile akal yg dikurniakan ni x mampu mengingatkan diri tentang kelalaian hati.. Ya Allah kalau nak di list dosa² diri ni guna darah manusia dan haiwan di bumi pun belum tentu habis.


Sabda Rasulullah SAW: "Bila seorang hamba membuat satu dosa terjadilah satu bintik hitam di hatinya dan kalau bertambah dosanya bertambahlah bintik-bintik hitam itu." 

Byk benda yg terbentang dpn mata tapi belum mampu nak tegur..lemahnya iman..yg menyedihkan ape yg x mampu ditegur tu benda yg dkt. Akal nak tegur tp hati x membenarkan, lemah kan? Jd cube memperbaiki supaya lebih baik. Kadang² tgk fb kekwn perempuan diorg update gambar ade yg kejap² bertudung kejap² hilang. Baru² ni terjumpe kwn yg dulunye bertudung tp sekarang free hair..ada yg bertudung tp tudungnye disilangkan menampakkan dada, bajunye pula makin nipis,jarang,singkat,ketat astaghfirullahalazim. Ade pulak fb rakan lelaki pakaiannye x terjage..Ya Allah sedihnye. Bukan niat nak mengata tp betul² rasa sedih kenangkan mereka² ni. Nak tegur tp hati tkt diorg terasa dgn kata² ni tp bila x tegur rasa berdosa dgn Allah..Dimana taraf aurat mereka?? Semoga Allah berikan hidayah buat mereka.


Buat akhwat² sekalian jagalah auratmu,pandangan matamu,pergaulanmu,tutur katamu,pendengaranmu, hatimu,solatmu dan imanmu..*peringatan utk diri sendiri jgk ni*. Ramai antara kita sekarang mementingkan fesyen dan stail. Lebih pentingkan pandangan dia dari DIA. Sapa kata kalau menutup aurat x boleh berfesyen?? Knp kite x cuba jdkan menutup aurat tu satu trend? Fesyen yg mengikut syariat. Fikirkanlah pandangan Allah bukan pandangan manusia. 




 Firman Allah: 
" ...Hendaklah mereka menghulurkan tudung keseluruh tubuh mereka supaya mereka mudah dikenali org kerana itu mereka tidak diganggu..." (Al-Ahzab 33:59)

Rasulullah juga ada bersabda: 
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”
 [HR Abu Dawud]


 Bagi ikhwan pula kalian pun seharusnya menjaga pandangan,aurat,hati,iman,solat,bicara kalian kerana kalian adalah bakal imam pada muslimat kelak. Kebiasaannya aurat kaum adam jarang sekali dititik beratkan, knp? bukan ke aurat tu ttp harus ditutup? Ni la kesilapan yg sering kita ulang dan kesilapan yg kita pandang sebelah mata. Istilah "tak apa" yg sering kita dengar kalau ditegur tentang aurat mereka baik muslimin mahupun muslimat. 
  • "TAK APA sikit je"
  • "TAK APA bukan orang nak tengok pun"
  • "TAK APA lain kali tak buat dah"
Kalimah TAK APA tu dah jd trend pulak. Yg sikit tula kalau dikumpul jd bukit. Mane kalian tau org tgok ke x? Senang sgt utk berkata TAK APA. Kalau x de laen kali utk kate TAK APA tu mcm mana? Ya Allah ampunkan mereka. Hanya doa yg mampu dipanjatkan. Semoga mereka sedar akan kesilapan diri dan perbaiki ke arah yg lebih baik. *Ingtan buat diri*




Firman Allah:
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak² yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (An-nur 30-31)



 Berdasarkan Al-Quran dan hadis isu aurat bukan sesuatu yg boleh dipandang remeh. Ia merupakan satu DOSA yg syaitan gigih perjuangkan, ini kerana dgn terbukanya aurat² kita akan memudahkan kita terjebak dgn maksiat seperti zina. Astaghfirullahalazim. Syaitan menjadikan dosa membuka aurat ni sebagai sasaran utama seperti mana firman Allah :


" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." (Al-A'raf : 20)


Antara salah satu sebab knp kita disuruh menutup aurat kerana ini membezakan kita dari haiwan. Cuba kalian tgok antara haiwan dan kita apa perbezaannya? Renungkan..


" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)


Ayat tersebut jelas menerangkan bahawa anak cucu adam disuruh menutup aurat mereka dan sesiapa yg berpaling dari perintah tersebut maka ia sama taraf dgn haiwan yg tiada kemampuan akal fikiran.


Wahai akhawat² sekalian jagalah auratmu,kerana itu maruahmu. Sama² berusaha menjadi wanita dlm balang kaca insyaAllah. Seindah perhiasan adalah wanita solehah.. buat para ikhwan juga auratmu harus dijaga dan kemantapan iman dihati itulah yg menjadi tarikan para akhawat bukan pada penampilanmu. Semoga kita sama² mengharapkan pengampunan dan keredhaan dari Allah. InsyaAllah..



*Akhawat, jagalah dirimu sebaiknya kerana dirimu begitu berharga*
*Jgn sesekali memberi tayangan percuma bg mereka yg tidak halal buatmu*
*Menutup aurat bkn bermakna anda kolot atau outdated, tp sekadar menjaga*

*Memohon maaf andai terkasar bahasa, bukan niat dihati untuk membuat kalian terasa cuma memberi peringatan utk diri dan umat Muhammad andai tersalah mohon perbetulkanlah kerana diri ini hanya insan yg lemah*


.::Semoga terhazaf dosa² dgn mehnah cintaNya, insyaAllah::..

Wallahualam..


By:



♫ Jazakallahkhair Khatiran ♫

No comments:

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic