.Hukum lelaki memakai gelang.

Bismillahirahmanirahim...


   Assalamualaikum warahmatullah...


  Seperti yg kite tahu lelaki zaman sekarang ramai yg suka memakai perhiasan seperti wanita, contohnya gelang,rantai, anting² dan sebagainya. Antaranya fenomena pemakaian gelang atau rantai yang amat ketara. Fenomena pemakaian gelang dan rantai bagi kaum lelaki dalam kalangan masyarakat kita sememangnya tidak dinafikan sehingga bermacam-macam jenis gelang atau rantai yg dipakai, tidak kira sama ada ia daripada emas,perak,tembaga,kayu,besi,getah mahupun plastik. Lebih menyedihkan bagi kaum adam apabila pemakai gelang tersebut tidak kira dari golongan muda mahupun tua.


  Bagi remaja zaman sekarang, ia menjadi fesyen terkini. Lebih² lagi dengan peralihan zaman ini ada banyak jenis gelang yg direka khas buat kaum lelaki. Kalau tidak memakainya dikatakan kolot dan ketinggalan zaman. Manakala bagi kaum yg tua sering memberikan alasan untuk tujuan perubatan. Adakah kita sanggup melanggar hukum Allah hanya kerana semata-mata dikatakan outdated? Astaghfirullahalazim..renungkanlah..


benci tgok org pakai bende ni =__='




 Seperti yg ramai antara kita tahu kalau gelang itu diperbuat daripada besi biasanya akan dikaitkan dengan tujuan perubatan.Walau bagaimanapun ia mempunyai hukum yang tersendiri. Nabi Muhammad sendiri melarang kaum adam memakai gelang. Baginda telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yg diperbuat drp tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut : "Apakah bendanya ini?" lelaki itu berkata "ia adalah gelang perubatan.". 


 Rasulullah bersabda : "Sesungguhnya benda itu tidak memberikan apa² (faedah mahupun untuk tujuan perubatan). Buangkan benda itu drp diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." (Sahih riwayat Imam Ahmad)


 Pemakaian gelang bagi kaum lelaki ini  pada dasarnya tidak selari dengan apa yg ditetapkan oleh hukum syarak. Jelaslah bahawa pemakaian gelang bagi kaum lelaki ini haram sekalipun ia bukan diperbuat daripada emas. Ia tetap haram walau diperbuat dari perak,besi,tembaga,kayu,plastik dan sebagainya. Ini kerana gelang merupakan perhiasan khusus bagi kaum hawa sama seperti rantai dan anting².Ianya haram kerana perbuatan memakai gelang itu menyerupai perempuan dan hukumnya adalah haram dan berdosa besar.Rasulullah sendiri melaknat lelaki yg menyerupai perempuan dan perempuan yg menyerupai lelaki sebagaimana disebutkan dlm hadis..


  "Rasulullah SAW melaknat org² lelaki yg menyerupai perempuan dan org² perempuan yg menyerupai lelaki." (hadis riwayat al-Bukhari)


Hadis tersebut jelas menunjukkan bahawa Rasulullah sangat melaknat mereka yg berada didlm golongan tersebut. Laknat di sini bermaksud jauh dari rahmat dan hidayah Allah. Berdasarkan hadis tersebut, Imam Ibnu Hajar al-Hataimi Rahimullah berkata :


 "Sesungguhnya haram (org lelaki) menyerupai mereka (org perempuan antaranya) dgn memakai perhiasan yg khusus bagi mereka lagi yg lazim menjadi hak mereka spt memakai gelang tangan,gelang kai dan seumpama keduanya."


 Dan Syeikh al-Islam Zakariyya al-Anshari Rahimullah pula berkata :


  "Dan drp apa yg haram ialah gelang tangan dan gelang kaki utk dipakai org org lelaki dan org khunsa."


Sebagaimana yg telah dijelaskan lelaki yg memakai gelang adalah perbuatan yang menyerupai perempuan dan ianya berdosa besar. Orang² seperti ini boleh dilabelkan sebagai fasik iaitu org² yg melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil.


  Kesan bagi lelaki yg memakai gelang ialah tahap kelayakkannya utk menjadi saksi dan wali nikah. Kesaksian tidak akan diterima dan tidak sah menjadi waji selagi dia tidak benar² menyesali perbuatannya dan bertaubat. Jelas bahawa hukum memakai gelang bagi kaum lelaki adalah haram, jadi elakkan dari memakainya sekali pun bagi tujuan perubatan kerana ditakuti tidak dapat memenuhi tuntutan maksud keuzuran yg dikehendaki itu. Terdapat pelbagai cara lagi untuk berubat tidak semestinya dgn memakai gelang. Dan jgnlah kerana kita teruja dan melihat rakan² memakainya kita turut sama mengikut pemakaian gelang yg kononnya berstyle dan bergaya itu (langsung tak!). Renung²kanlah wahai kaum adam..


 Ini antara gelang² kaum adam yg kononnya STYLE...








wassalam..


p/s: Memang sgt² x suke tgok lelaki yg pakai aksesori wanita ni..dan mmg akan menjauhkan diri dari mereka.Semoga kalian mendapat hidayah dari Allah dan berubahlah..insyaAllah...



By:

4 comments:

Afzan Rahman said...

kalau pakai gelang manik2 yg boleh guna utk jadikan tasbih cemane pulak ye? ^^,

.Syira Nazari. said...

knp x simpan je gelang tu dlm poketkah? haa kan byk alternative laen :D

Afzan Rahman said...

bile pakai lagi senang...
tak tercicir...
woot woot

.Syira Nazari. said...

yg tu ira x taw la kak sorry..kne tnye pakar :)

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic