.Kebahagiaan yg hakiki.



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Terbentang sudah apa yg tersurat..
Yang tersirat jua kian terserlah..
Apa esok akan seindah hari ini??
Seperti mana hari ini tenangnya seperti semalam.??..

Ya Allah..
Andai telah Engkau takdirkan permulaannya begini..
jgnlah biarkan kesudahannya begitu..
kalau awalnya tidak seindah laut yg biru..
biarlah penamatnya secantik bintang dilangit..
walau ku tahu ianya mungkin hanya mimpi..

Walau setiap permintaanku belum terkabul..
walau setiap doaku belum dijawab..
aku tahu pasti ada hikmah disebaliknya...
insyaAllah cepat atau lambat terhurai juga persoalannya..

Ya Allah..
Sekian lama diri ini terbiar dlm kehidupan yg terabai..
Keperitan hidup mengajar aku supaya lebih kuat
harungi ujian yg melanda diri..
Kepayahan hidup memberi ruang mengenal erti cinta..
aku memohon jgnlah diri ini mempersoalkan
mengapa aku diuji...
kerana ku tahu ini bukti tanda cintaMu buatku...

Ya Allah...
Sering aku tertanya-tanya bilakah semua akan berakhir..
esok? lusa? atau mungkin 10 thn akn dtg??
yg pasti ku yakin harinya pastikan tiba jua..
ku mohon tetapkanlah kesabaran yg tinggi dihati ini..
agar cintaku padaMu tidak luntur walaupun sedikit..

Ya Allah..
Izinkanlah diri ini merasai apa yg erti cinta..
izinkanlah ia merasa apa itu gembira..
izinkanlah ia fahami erti kebahagiaan..
walaupun ia dtg hanya buat sesaat..

Ya Allah..
Andai tiada kebahagiaan buat diriku..
ku mohon Kau tabahkan jiwaku..
agar ia setenang Siti Khadijah
sekuat Fatimah Al-Zahra..
dan seikhlas Aisyah Humaira.
Kau berikanlah kekuatan buat hati ini..
agar ia sentiasa redha dan qada' dan qadarMu..

Ya Allah..
Ampunkan aku kerana terlalu meminta-minta..
Maafkan aku kerana terlalu byk memohon..
aku hanyalah hambaMu yg lemah..
hambaMu yg tidak lari dari perasaan itu..

Ya Allah..
Andai ini yg dinamakan pengorbanan..
aku rela korbankan kegembiraan hidupku..
walau tidak sehebat pengorbanan Rasulullah..
kerana ku tahu ini maharnya bagi kebahagiaan
disana kelak...
mahar yg dibayar dgn jihad Fisabilillah..

Andai selamanya harus derita..
aku rela hadapinya..
kerana ku tahu ia tidak sehebat penderitaan
baginda Rasulullah..
biar derita sekarang jgn merana disana
kerana hidup tanpa mujahadah..
biar menangis kerana terseksa didunia..
aku sedia harungi ia..
kerana ku tahu Kau menjanjikan kebahagiaan
jannah yg kekal abadi disana..
insyaAllah..janji Allah itu pasti..

Amin~



By:

8 comments:

Anonymous said...

amin.penderitaan yang berbaloi utk kebahagiaan di sana nanti =)

.Syira Nazari. said...

insyaAllah ukhti :) amin

cik dila said...

nice words dear..=)

.Syira Nazari. said...

syukran ukhti =)

Anonymous said...

kenapa ni ? ada masalah ke ? cuba cerita...

.Syira Nazari. said...

sekadar memperingati diri..^^

.Syira Nazari. said...

syukran jazilan ye ^^

No.Random.Name said...

^_^ amin...

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic