.Kesilapan semalam.


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Semalam ia gembira..
semalam jua ia menangis...
pernah ia berdarah kerana dilukai tanpa sengaja..
pernah ia terguris dengan sikapmu yg tidak mengendahkan..
Hati ini cuma sekeping..dan ia berusaha sebaiknya untuk menjaga hati² yg lain..
agar tidak turut berdarah dan terluka..
tidak pernah ia mempersoalkannya..
tidak pernah jua ia merungut kerana itu..
namun siapakah yg mahu menjaga hati ini??


Ya Rabbul Izzati..
kuatkah hati ini menempuhnya?
mampukah ia bertahan?


Andai pernah ku melukakan tanpa sengaja..
maafkanlah diriku..
andai ianya salahku..
Ku mohon ampunkan aku..
andai diri ini penyebab ia berdarah..
kemaafan yg ku pinta..


Aku hanyalah seorg insan yg tiada sempurnanya..
yg sering melakukan kesalahan yg sama..
yg sering melakukan kesilapan yg serupa..
Aku juga merupakan insan 
yg sering lagho...
yg sering terleka..
dan yg sering alpa..


Ya Rabbul Izzati..
Hanya Engkau yg maha mengetahui segalanya..
baik buruk diri ini..
terasa seperti mutiara jernih ku ingin mengalir lagi..
mengenang kesilapan semalam..


Ya Rabbul Izzati...
Ku memohon jgn Kau izinkan ia tumpah selain keranaMu..
Aku tahu aku cuma insan biasa..
tetapi jika ia tumpah jua..
jgnlah ia tumpah pada sesuatu yg sia²
jgnlah ia tumpah pada perkara yg tidak sepatutnya...


Ya Rabbul Izzati..
Andai tiada yg menjaga hati ini...
cukuplah hanya Engkau yg peliharanya...
andai ia berdarah lagi..
cukuplah hanya Engkau yg mengubatinya..
andai ia terluka..
cukuplah hanya Engkau yg merawatnya...


Aku berlindung hanya padaMu..
ku memohon peliharalah ia.. 
agar ia tidak melakukan kesalahan yg sama..
ku memohon kuatkanlah ia..
agar ia tidak mengulangi kesilapan semalam..


Amin...
   




By:

3 comments:

@vd2311 said...

Assalamualaikum ukhti ieyra..
Sajak ni sungguh syahdu, ana terasa seperti ingin menitiskan air mata.. Mudah2an kita diberi ketabahan dalam menjalani hidup yang penuh onak duri ni, insyaALLAH..

.Syira Nazari. said...

waalaikumussalam:) insyaAllah same2 mengingatkan :)

Bahulu Studio said...

as salam,terjah kat sini @join geng kat sini....VROOOOOM

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic