.Maaf dariku untukmu.






بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Bukan kehendakku ia begini...
Tidak ku pinta begitu...
ku mohon fahamilah diri ini..
sebagaimana kau ku fahami...


Ku tahu ianya sukar...
ku tahu ianya perit..
ku tahu ianya pilu...
aku juga merasakannya...


tapi demi Dia yg maha cinta..
aku tidak mahu terus menjadi fitnah buatmu..
aku tidak mahu kau berdosa keranaku..
maafkan aku...


Tapi ketahuilah dengan perpisahan ini ..
dirimu dan diriku akan menemukan
cinta yg lebih indah...
cinta dari Allah....


aku memohon jgn kau benci diriku...
redhailah apa yg terjadi..
pasti ada hikmah yg tersirat disebalik semua ini..
cukuplah hanya kau dan aku yg mengetahui
isi hati yg tersembunyi...


andai kau yakin dirimu bakal imamku kelak..
pinanglah aku walau hanya dgn senaskah kalam Allah..
andai kau bakal zauj ku kelak...
aku akan setia menunggu bagi diriku menjadi halal buatmu..


aku tak ingin menjadi kekasihmu yg tidak diredhai..
apa yg ku ingin adalah menjadi zaujahmu yg halal....
apa yg ku ingin adalah menjadi isterimu yg solehah..
apa yg ku ingin adalah menjadi penyejuk dimata 
dan penawar dihati...
aku ingin menjadi wanita Quratul' Ain bagimu..


Ya Rabbul Izzati...
Apakah ini kesudahannya?
apakah ini pengakhirannya?
Subhanallah..
apa lagi yg harusku harapkan selain
mengejar kasih dan cintaMu....


Ku memohon dengarlah rintihan doaku..
Andai dia tercipta bagiku...
Kau dekatkanlah hatinya dgn hatiku..
andai dia pemilik tulang rusukku...
Engkau satukanlah kami dlm redhaMu..


aku tidak mahu terlalu berharap..
kerana ku tidak tahu apa yg Kau aturkan buatku..
tetapi sekiranya...
dia bukan untukku..
Kau berikanlah dia zaujah yg solehah dan yg terbaik..
sekiranya dia bukan pemilik rusuk ini..
Kau redhakanlah aku dgn ketentuanMu..


Ya Allah...
Engkau kurniakanlah kekuatan hati bagi kami..
jgnlah kami menyalahkan takdir yg tertulis...
ku memohon Kau lindungilah dia...
kuatkan dirinya..
rahmatilah dia...
dan peliharalah dirinya...


Semoga disuatu hari nanti..
Engkau pertemukan kami dlm keadaan yg halal..
semoga kaulah zauj ku kelak..
imam yg bakal membimbing diriku..
insyaAllah....


kerana keikhlasanmu,kasihmu dan cintamu..
sukarnya bagiku utk melepaskan..
tapi ini yg terbaik bagi kita..
dlm mengejar cintaNya...
sekali lagi salam kemaafan dariku....


Amin~

  Firman Allah : 


"Perempuan² yg jahat utk lelaki² yg jahat, lelaki² yg jahat utk perempuan² yg jahat. Perempuan² yg baik utk lelaki² yg baik, lelaki² yg baik utk perempuan² yg baik..." (An-nur 24 :26)


"Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)



By:

2 comments:

Anonymous said...

=) CInta selepas nikah itu lebih indah.

.Syira Nazari. said...

aah betul tu mas...

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic