.Ya Allah, tak terlafaz dimulut dan tak terucap dihati.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Ya Allah...
Aku HambaMu yang hina..
Aku HambaMu yg lemah..
Aku HambaMu yg sering lagho dan alpa..
Aku HambaMu yg sering mengulangi dosa yg serupa


Ya Rabbul Izzati..
Kau berikanlah diriku hidayah dan petunjukMu
Kau berikanlah diriku NurMu buat penyuluh hidupku..
Kau berikanlah diriku rahmat dan keredhaanMu..


Ya Ar-Rahman..
Kau ampunkanlah diriku kerana kesilapan itu..
Kau ampunkanlah diriku kerana kelalaianku..
Kau ampunkanlah diriku kerana kealpaanku..
Kau ampunkanlah diriku kerana dosaku..


Ya Al-Ghaffar
Kau kasihanilah hambaMu yg lemah ini.
Kau kasihanilah jiwa yg rapuh ini..
Kau kasihanilah hati yg sering mengeluh ini..


Ya Al-Malik..
Kau kurniakanlah kesabaran yg tinggi dlm diriku..
Kau kurniakanlah kekuatan luar dan dalam bagiku..
Kau kurniakanlah kecekalan dan ketabahan hati bagiku..
Kau kurniakanlah kekuatan iman yg luar biasa dlm diriku..


Ya Al-Khabir..
Sesungguhnya hanya Kau yg mengetahui segala yg tersirat dan tersurat..
Sesungguhnya hanya Kau yg berhak keatas diriku..
Sesungguhnya hanya Kau yg mampu menenangkan jiwaku..


Ya Allah..
Terlalu byk permintaanku..
Terlalu byk juga dosaku..
Terlalu byk ku berjanji..
Terlalu byk juga ku ingkarinya..


Ya Allah Ya Tuhanku..
Hanya Engkau satu²nya Tuhanku..
Ampunkan aku kerana mengingkari janjiku..
Kuatkan hatiku dlm menempuh ujian dan dugaan dariMu..
Tabahkan aku dlm menjalani hidup..
Sabarkan diriku jika aku diuji..
Semoga aku istiqomah dlm ibadahMu..
Semoga aku tidak mengulangi dosa semalam..
Mungkinkah?
InsyaAllah..



By:

1 comment:

Anonymous said...

Insya-Allah .. =)

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic