بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Salam'alaik...
Kurang dari seminggu berakhirlah kehidupan sebagai 'penanam anggur' insyaAllah..semoga segala urusan dipermudahkan Allah. Semalam singgah kejap kat pesta buku PWTC tu..sempat masuk booth karangkraf..nmpk le penulis buku thriller Ramlee Awang Murshid, jadi belilah sambungan buku ''Hijab sang pencinta'' ,"Cinta Sufi". Nak amik signature tp panjang pulak org beratur, xde rezeki la tu :) Buku² dia best sbb die byk gunakan ayat² Quran jd bace pun rase semangat je.Selain buku tu beli buku ''Jalan Wanita Solehah", x sempat nak jenguk buku lain sebab sesak sgt, insyaAllah ade rezeki thn dpn pegi lagi.
Hari ni pulak mase tengah jalan² dkt internet ni saye terjumpa sesuatu yg menarik pd pndangan saye utk dikongsi.InsyaAllah semoga bermanfaat bagi semua, dan buat renunang untuk muhasabah diri..
Seperti yg kita tahu ikhtilad semakin hari semakin meluas lebih² lagi dlm kalangan remaja. Peringkat usia begini sememangnya kita terdedah dgn perasaan ingin mencintai dan dicintai. Semuanya bermula dgn hati, bila hati mula berbisik dan sukar dikawal maka terlahirlah perasaan seperti ini. Tidak dinafikan ianya adalah fitrah insani, perasaan cinta yg wujud adalah fitrah kita sebagai manusia jika kita menafikannya itu bermakna kita menidakkan fitrah. Tetapi perasaan yg wujud mesti dikawal agar tidak berlebihan dan mengatasi cinta padaNya. Sememangnya Allah telah menjadikan manusia itu berpasang-pasangan antara lelaki dan perempuan dan perasaan cinta dlm diri..
Firman Allah :
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, Dia menciptakan utkmu pasangan² dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kpdnya dan menjadikanNya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang." (Ar-Rum : 21)
Dan dlm ayat yg lain Allah juga berfirman:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yg lain)...." (Al-Hujurat 49 :13)
"Dan kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang" (An-Naba' 78:8)
"Dan tiap² jenis Kami ciptakan berpasangan..." (Adz-Dzaariyat 51:49)
Ayat² tersebut jelas menerangkan bahawa kita dijadikan berpasang-pasangan antara lelaki dan perempuan tetapi itu tidak bermakna kita boleh sesuka hati bergaul dengan bebasnya dan melibatkan diri dengan ikhtilat (pergaulan bebas). Hukum bercinta itu harus tetapi boleh menjadi haram bila kita tersasar dan jauh terpesong dari Islam, dan ketaatan kita pada Allah SWT semakin hilang. Contohnya kita melebihkan cinta pada manusia berbanding cinta pada Allah. Kerana cintakan manusia lebih dari Allah la maka terjadinya perkara-perkara yg menjerumuskan kita kepada zina..Allah berfirman dlm surah Al-israa ayat 32.
"Jgnlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina adalah suatu perkara yg keji.." (Al-israa 32)
Bukan tidak boleh bercinta tp biarlah kena pada caranya..halalkan dgn ikatan pernikahan. Jika benar² serius untuk menikah tetapi belum mampu gunakanlah perantara insyaAllah akan terhindar dari perkara ikhtilad.. dan cinta yg hadir mestilah tidak mengatasi cinta pada yg maha pencinta. Jagalah hati,betul! ianya sukar tp tak mustahil utk meneutralkan hati agar tidak lalai dlm mengejar cintaNya.
Video dibawah ni saya dapat dari blog slh seorg akhowat. Semoga perkongsian ini memberi pengajaran bagi kita. Sama² kita renung dan muhasabah diri, sebagai hamba saya juga insan yg masih byk kelemahannya..insyaAllah akan terus berusaha memperbaiki diri dlm mencari Nur kasihNya..
Ya Allah
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yg
melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu..
Ya Allah..
Jika aku jatuh hati..
izinkanlah hati aku menyentuh hati
seseorg yg hatinya tertaut padaMu..
agar tidak terjatuh aku dlm jurang
cinta nafsu...
Ya Allah..
Jika aku jatuh hati..
jagalah hatiku padanya agar
tidak berpaling dari hatiMu..
Ya Allah..
Jika hatiku tertaut..
tautkanlah ia pada seseorg yg merindui
untuk berjuang di jlnMu agar
aku tidak lalai dlm merindui syahid di jlnMu..
Ya Allah..
Jika hati ini hadir rasa cinta..
jgn Kau biarkan cinta ku padanya
melebihi cintaku padaMu...
Ya Allah
Kurniakanlah aku CintaMu,
kurniakan kpdku cinta org yg cinta kpdMu,
kurniakanlah aku cinta apa saja yg menghampirkan
aku pada Allah..
Semoga cinta kpd Allah itu lebih kita dambakan dari
seteguk air..
Ya Allah
yang maha Agung,
aku hambaMu yg tidak layak ke syurgaMu,
namun aku juga tidak sanggup merasa seksa azab nerakaMu.
Maka dengan itu aku memohon keampunan dariMu
kerana sesungguhnya Engkau pengampun dosa² besar."
Amin~
.::Semoga terhazaf dosa² dgn mehnah cintaNya..insyaAllah::.
By:
1 comment:
sutera bidadari !
Post a Comment