.Muslim dan cara Teguran.



Apa khabar semua rakan dan sahabat2, semua sihat sentiasa saya harapkan.

saya disini ingin berkongsi perasaan kecil hati saya terhadap beberapa sikap orang muslim

kelmarin saya sempat berblogwalking ke sebuah blog (dah lupe blog sape) yang menyatakan ahmad memalukan orang Islam?

cara dia menegur orang sangat kasar. Apabila saya terbaca status facebook tuh saya terkilan.

Perlukah menegur dengan cara yang kasar?

Baiklah, pemilik dojo klasik ingin berbicara tentang cara menegur.

Apa yang saya terima daripada rakan2 saya dari muslimah mahupun muslim, ada daripada mereka yang ditegur secara kasar contohnya seperti di bawah:

1. eh, kenapa kau x pakai tudung? kau tahu kah kalau tidak pakai tudung berdosa? kau mahu masuk neraka kah?
2. weh kaizen (bukan nama sebenar ahaks), ko ni aq x pernah tengok ko solat, ko ni bakal ahli neraka kau tahu tak?
3. kenapa kau pakai macam nih? ketat sana, ketat sini, kenapa kau x berbogel sahaja? Haram kau tau bukak aurat? neraka jahanam tempat layak untuk kau.

dan banyak lagi yang pernah saya terdengar dan benda2 ini menyakitkan telinga dan sangat tidak elok dilakukan.

Ada sahabat kita yang telah merasai dia adalah ahli syurga, semua yang dilakukannya adalah elok dan orang lain adalah salah.

Sahabat, Syurga dan Neraka ketentuan Allah, hanyasanya Dia yang menentukannya, bukan kita wahai sahabat.

Islam tidak mengajar kita menegur dengan sebigini rupa. Mari kita lihat antara sifat2 Rasulullah S.A.W

tidak pernah Nabi mengajar umatnya menegur dengan kasar, bahkan dengan lenggok bahasa yang elok. susunan yang teratur dan hikmah teguran yang tinggi.

Begitu lah sahabat2 kita sekalian, seeloknya, Jangan kita dipengaruhi dengan amarah apabila kita menegur seseorang. Kerana sesebuah teguran itu boleh mendatangkan fitnah dan juga aib seseorang.

cara2 menegur dengan elok.

1. jangan menggunakan perkataan kesat.
2. mulakan dengan perkataan2 yang baik.
3. susun ayat dengan betul.
4. bermain dengan perangai si 'ditegur'
5. tidak terburu2 dalam teguran.

kita semua sudah dewasa,
tegur menegur amalan mulia
jangan kita alpa dan leka
nanti kita juga yang sengsara

No comments:

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic