.Apa khabar Palestine?.

Apa khabar bumi Palestine? Bumi yang diduduki oleh saudara-saudara ku..

Bumi yang selama ini, bermandikan darah dan keringat...

Bumi yang selama ini sentiasa bergegar dan tidak pernah aman...


Apa khabar bumi Palestine? Aku bertanya kepada diriku sendiri akan khabarmu...

Palestine, aku rindukan kamu...

Aku sayang kamu...

Aku cinta kamu...

Kerana,

Kamu adalah bukti nyata dalam perjuangan ISLAM...



Palestine, maafkan kami disini...

Masih ada diantara kami yang tidak peka akan isumu...

Masih ada diantara kami yang alpa tentang penderitaanmu di sana...

Masih ada diantara kami yang menganggap isumu adalah isu bermusim dan bukan urusan mereka...

Palestine, maafkan kami...



Palestine,

Ujian dan dugaan yang menimpa rakyatmu jauh lebih dashyat dari ujian dan dugaan kami di sini,

Tapi, kamu tetap tabah dan bersemangat mempertahankan haq dan kemuliaan ISLAM,

Tapi, bagi kami di sini...Keluh kesah,putus asa, dan sebagainya seolah-olah sudah sebati walaupun ujian dan dugaan yang menimpa itu amat sedikit berbanding dirimu...


Palestine,

Aku memohon untuk meminjam semangat juangmu,semangat luar biasa dalam menghadapi kehidupan...


Sungguh Palestine,

HatiKu kini Milikmu...

Palestine,

Aku menunggu pembebasan negaramu,kerana aku yakin ISLAM akan kembali mendominasi dunia..


Palestine...

Salam rindu sentiasa untukmu...

No comments:

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic