.Bila diajak ke kelab malam.


"Jom clubbing malam ni.  Kita pergi minum-minum jer," kata Ah King Kong kepada Asmadol.
"Tak mau la, aku mana boleh. Kau tak pe la," balas Asmadol menolak perlawaan Ah King Kong.
Sebagai muslim, dia tidak mahu terjerumus ke lembah hina. Di Kelab malam, macam-macam jenis syaitan bertopengkan manusia ada. Ada yang bertanduk, yang tak bertanduk pun ada juga.
"Ala kita bukan minum  arak. Kita minum coke je, jom la," Ah King Kong  masih tidak berputus asa mengajak seorang umat Muhammad ke tempat jin menari.
"Ermmm. Aku tak beranilah. Nanti mak aku marah. Lagipun aku mana penah pergi kelab malam ni," kata Asmadol mahu melepaskan diri.
"Ala, sape nak bagitau mak kau. Mak kau mana tahu kalau kau sendiri tak bagitahu. Lagipun malam ni aku dah janji dengan kawan. Tak bestlah kalau aku pergi sorang, diorang datang berdua takkan aku nak datang seorang saja" Ah King Kong memasukkan jarum karatnya.
"Ermmm. Ok. Tapi kena janji tak minum arak ok," balas Asmadol mempersetujui ajakan Ah King Kong dengan bersyarat.
Itu hanyalah perbualan rekaan saya sahaja. Tapi sering berlaku dalam dunia akhir zaman ni. Non Muslim (Yahudi) tak jemu-jemu nak memasang perangkap untuk kita, namun kita masih belum sedar dan masih mudah terpengaruh. Macam-macam agenda yang mereka cuba serapkan. Salah satunya adalah kelab malam.
Apakah hukumnya masuk ke kelab malam?
Hukumnya tidak berdosa jika masuk ke dalam kelab malam yang kosong (maksudnya hanya signboard kelab malam) tapi mana ada kelab malam macam tu, kalau kelab malam yang baru nak beroperasi mungkin tapi selalunya signboard akan dipasang paling akhir. Hukumnya adalah haram dan berdosa. Ya, haram dan berdosa walaupun tidak minum arak. Tapi cawan yang digunakan itu keberangkalian untuk digunakan untuk air-air lain (arak) adalah 90 %. Rajin ke diorang nak buat cawan asing-asing ni? Ermmm.. sendiri mau ingatlah. Nauzubillah.
Ermmmm, kalau dah namanya kelab malam mesti ada perempuan-perempuan miskin dan lelaki-lelaki kaya yang tak cukup akal. Kenapa saya kata dekat kelab malam ada ramai perempuan-perempuan miskin dan lelaki-lelaki kaya yang tak cukup akal? Haaaaaaa.. Laser kan saya ni?? Maaflah kalau ada yang terasa. Saya cakap hakikat je. Nanti ada pulak yang cakap, kubur masing-masing lah yang kau sibuk sangat apesal??
Haihhh, memanglah kubur asing-asing tapi nanti sapa yang nak gali kubur, nak mandikan jenazah, nak solatkan jenazah? Jenazah tu sendiri ke? Kalo jenazah tu boleh buat sendiri mau bertempiaran orang kampung lari. Saya juga tak terkecuali akan lari. Lagipun kalau kubur sekali boleh jugak la nak tolong-menolong di alam kubur, tapi kalau dah asing-asing duduklah sorang-sorang dan diam-diam dalam tu. Kata-kata ini lebih berupa peringatan kepada diri saya sendiri.
Perempuan miskin dan lelaki kaya tak cukup akal? Kenapa?
Kembali kepada topik perempuan miskin dan lelaki kaya tak cukup akal. Perempuan-perempuan miskin yang dimaksudkan adalah mereka yang tak cukup duit nak beli kain lebih buat baju. Kalau diorang ni kaya pun mungkin kedekut agaknya. Tapi sepasang pakaian yang menutup seluruh tubuh takdelah mahal pun. Harga mampu beli. Lelaki-lelaki kaya yang tak cukup akal pula sebab menghabiskan duit pada perempuan-perempuan miskin tadi. Maksudnya sugar daddy. Pahala atau dosa tu hak Allah jadi saya tak mahu ulas pasal tu. Cumanya kalau duit tu disalurkan ke baitulmal ke ada jugak baiknya. Saham akhirat tu.
Bila dah masuk ke dalam kelab malam mesti la ada bunyi bising (lagu). Bunyinya masyaAllah membingitkan telinga. Macam mana saya tahu? Opsss. saya pernah masuk ke??? Ish, Ish, Ish, saya tak pernah masuk, cuma dengar orang cakap. Tapi cakap yang boleh dipercayai. Ayah kepada member saya merupakan seorang polis bahagian narkotik jadi ada satu ketika tu ayahnya turut serta dalam serbuan di kelab malam. Nak tangkap pusher (pengedar dadah). Kawan saya cerita ayah dia beritahu keadaan bising di kelab malam sampai macam nak pekak telinga, patutla orang yang masuk ke dalam kelab malam akan mengambil pil estacy sebabnya untuk khayal dan tak terasa bingit telinga.
Masuk ke tempat jin menari ni mengundang padah. Malaikat di sebelah kiri dah sedia dengan buku catatan manakala malaikat di sebelah kanan pula hanya duduk bersenang-senang. Nasib tak baik, polis buat serbuan, bermalam la dalam lokap. Nasib lebih tak baik, azab Allah di akhirat kelak. Nauzubillah.
Sebagai renungan bersama. Jauhilah perkara-perkara mazmumah dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan malaikat di sebelah kanan berehat panjang. Kita kena bagi malaikat di sebelah kanan ni buat kerja banyak sikit catat amal kebaikan dan malaikat sebelah kiri duduk bersenang-senang. Nasihat untuk diri saya dan juga teman-teman lain yang membaca.
Sekian, InsyaAllah jumpa lagi. Wassalam

No comments:

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic